Kesabaran dan Keikhlasan dijanjikan balasan….

January 26th, 2007 by hiekal

1.00 am…Jan 28th 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua….

Sebelum apa-apa aku nak mintak maaf kepada semua yang sentiasa menanti aku update blog aku ni…dah sebulan lebih aku tak update…. sebenarnya banyak benda yang berlaku dalam sebulan ni….banyak sangat perkara-perkara yang berlaku sehingga banyak perubahan terpaksa kami buat disini….dan banyak perkara-perkara yang berlaku dan mematangkan lagi kehidupan kami disini….serta perkara-perkara yang menyentuh talian persahabatan dan kepercayaan…..

  Keputusan untuk menetap di rumah Kak Shila dan Abang Akson di New Haven, Connecticut pada Krismas 2006 lepas memang membawa perubahan besar dalam kehidupan kami disini…..Dalam sebulan aku mendiamkan diri tanpa menulis sebarang cerita baru bukannya aku takde idea…aku banyak benda nak cerita tapi masalahnya aku takde masa nak taip…bila ada masa plak takde line internet plak…..tertinggal laptop la…macam-macam…tapi terus-terang aku cakap..dalam sebulan ni mmg aku dan nadiah terlalu busy dan berusaha nak teruskan hidup dekat sini…. banyak keputusan yang perlu dibuat kali ini….sampai kadang2 aku terpikir…betul ke langkah yang aku ambil ni…. lagi cerah ke peluang kami nanti???? Hanya Allah sahaja yang tahu….

    Ok…. Sebelum aku pergi ke New Haven…kerja aku dekat dunkin donut di Hadley agak kucar-kacir sebenarnya…. aku dah mula terasa isu perkauman mula berkeliaran di tempat kerja aku ni….bukan aku je terasa…ada 3-4 orang lain yang semuanya berkulit putih…..Hal ini berlaku disebabkan manager aku tuh berbangsa Hispanic….dan kebanyakan orang yang bekerja disini berbangsa Hispanic… Dari minggu ke minggu masa bekerja aku mula dikurangkan sehinggakan ada satu ketika tuh…sampai 3 minggu aku takde dalam jadual… dan dalam hal ni bukan aku sahaja yang kene…. golongan berkulit putih pulak diberikan jadual bekerja waktu malam sahaja….. sakit hati pon ada jugak sebenarnya….Masih lagi ada manusia sebegini hidup di dunia nih…… Disebabkan hal ni…kehidupan aku dan Nadiah bertambah tertekan…duit makin sikit…..sewa rumah kene bayar…makan lagi….Cari kerja tempat lain pun semuanya hampa…Macam-maca hal lagi la kalau korang nak tau…Allah je tau macam mana keadaan kami waktu ni…Dipendekkan cerita sebab banyak lagi benda aku nak cerita….Manager yang buat aku sakit hati ni kene buang kerja dan aku pulak dah berhenti bekerja di Dunkin Donut.

Mengenai kisah di New Haven pulak….atau orang aku panggil kampung orang Malaysia di US ni…hehhehe….di area sini sahaja ada dekat 30 keluarga orang Malaysia yang kebanyakannya melayu tinggal disini dan kebanyakan mereka semua sudah ada Green Card dari kerajaan US dan telah menetap disini lebih dari 10 tahun…. Area ni 10 kali ganda lagi happening dari area umah aku dekat Holyoke sebab dekat dengan pantai dan keadaan bandar yang lebih terancang dan kemas…..Jarak dari Holyoke dengan New Haven ialah 80 batu ataupun satu jam 15 minit perjalan menggunakakan kereta. Gambar yang aku dok posing atas tuh aku tangkap kat pekan West Haven….jalan kaki je dari rumah Kak Shila….satu kilometer plak dari sini ada pantai….West Haven Beach….lawa area sini….tapi masa winter ni kosong je la…Kak Shila cakap..kalau masa summer…penuh tempat tuh dengan orang…macam2 aktiviti ada kat sini… aku nak citer sangat pon aku tak tau…kita tunggu summer nanti k…

Cakap mengenai Kak Shila dan Abang Akson ni pulak…mereka ni suami isteri…ada 3 orang anak…..Balya, Annie dan Dede…dan lagi satu..mereka ni ada restoren sendiri…restoren masakan melayu…. Nama restoren tuh Warong Selera…terletak kat 702B, Boston Post Road, West Haven CT 06516…..Bersebelahan dengan kedai daging halal milik Abang Dean, orang melayu malaysia jugak….Terus terang aku cakap…masakan Kak Shila dan Abang Akson mmg sedap…. lepas rindu aku dengan makanan-makanan kat KL…hehehe…. dah sebulan lebih aku tggl bersama mereka….dan sampai dah kenal la regular customer restoren ni…hehhehe…..Tapi selaunya restoren ni ramai masa Kak Shila buat "Brunch"….sekali dalam 2 minggu….masa ni special….masakan special dan bnyk pilihan….lauk pun banyak..selalunya buat macam Warong_selera_012style nasi campur kat Malaysia…hehhe…siap dengan kuih-muih lagi….Kalau sesiapa yang berada di US….dan nak tau pasal restoren ni…boleh la email aku atau call je number dalam gambar aku tuh…

Ok la…..takat ni saja untuk waktu ni…aku baru je balik kerja..letih sikit…dan insyaallah aku akan sambung cerita lagi…kali ni aku nak cerita mengenai apa yang berlaku semasa aku dok kat Connecticut ni dan cerita tentang kerja baru aku dan macam mana aku boleh kerja kat sini…hehhehe….harap bersabar ye….Lagi sekali aku nak minta maaf sebab buat korang semua tunggu-tunggu story dari aku…

-Takziah kepada Sahabat baik ku saudara Abul sekeluarga kerana kembalinya abang beliau iaitu arwah Emran Abd Manan ke Rahmatullah pada 24 Jan 2007 lepas…. Harap pembaca yang beragaman Islam dapat sedekahkan Al-fatihah kepada arwah dan semoga Abul sekeluarga sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dari Ilahi ini.

2.00am….Jan 28th 2007….

3 bulan dan 3 musim….

December 22nd, 2006 by hiekal

22 Dec 2006…..11.50 malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Salji4 Harini ialah hari pertama kami berada di dalam musim sejuk…..dalam 3 bulan 20 hari aku dan nadiah ada kat sini…dah 3 jenis musim kami rasa….masa kitorang sampai dulu…masa tuh penghujung musim panas….sempat la rasa kejap musim panas yang tak berapa panas tuh…hehhe…pastuh kitorang dapat rasa musim luruh plak…memang cantik masa tuh…dapat tengok semua pokok dari hijau bertukar warna ke merah la..kuning la…oren la….dan lepas tu tinggal ranting je….dan sekarang ni…musim sejuk pulak…tasik dah mula beku….rumput pun dah beku…walaupun dalam kalendar menyatakan harini hari pertama musim sejuk..tak bermakna la harini baru start sejuk…. sebelum ni dah rasa dah….first time salji kat sini pada 4 dec lepas..tapi aku lupa nak citer dalam posting yang lepas…maybe tengah aniversary mood kot….hehhehhehe…..tapi salji nipis je….lepas tuh dah takde dah…

  Suhu paling sejuk dah kami rasa sepanjang kami hidup dekat sini ialah -19 darjah celcius…..tapi sehari dua je sejuk dia..pastuh naik balik ke 2-3 darjah celcius….mula-mula dulu sakit gak la bila kene sejuk macam ni…lama-lama dah ok dah…amik masa nak biasakan diri…..Salji1

   Alhamdulillah kerja aku ok… dapat gak la aku berinteraksi ngan orang-orang sini…. tapi aku tak berapa nak boleh berborak sangat sebab hampir semua orang kat tempat kerja aku ialah orang-orang porto rico…slang diorang masa diorang bercakap tuh…buat aku pening….cair gak telinga aku nak paham aper yang diorang cakap….hehheheh…. tapi alhamdulillah semuanya ok…tapi aku tak budget pon nak kerja sini lama…..dalam 2-3 minggu kerja nih aku dapat idea terbaru…insyaallah aku akan masuk school balik dalam bulan 3 nih…aku rancang nak ambil course avdance massage therapy and physical therapy program….dan lepas habis tuh aku nak terus buat lesen dekat sini…. ada satu public school dekat Easthampton yang buat course ni…dan boleh dikira fees dia berpatutan dan mampu juga untuk aku usahakan sebelum bulan 3 nih….cuma kene kerja keras sikit… Insyaallah dengan kerja kat dunkin donut nih dan buat massage part time…aku boleh kumpul duit……Insyaallah…

   Sebenarnya hati aku tergerak nak belajar balik nih dalam 3 hari lepas…dok pikir-pikir balik…kalau aku ada lesen nih..lagi jauh aku boleh pergi…bukan sahaja Malaysia nanti…dekat US pon aku boleh kerja dengan senang hati tanpa risau bila dah ada lesen ni….betul tak? Aku nak start buat massage dekat sini pon pakai lawyer gak…hehehhe….nak kene buat satu surat….dalam minggu depan baru aku dapat surat tuh…dah dapat tuh baru la aku confident nak buat massage dekat sini…ada la protection sikit….

  Esok pagi aku dan Nadiah akan ke New Haven lagi sekali…orang Malaysia yang menetap dekat sana jemput kami tinggal sana dalam 2 hari…… Gi sana naik keretapi (Amtrak) Ok gak la…dapat gak la release tension kitorang ni…Nadiah pon alhamdulillah dah habis semester pertama…February nih baru dia masuk school balik….Dia pon baru je sehat…dah 3 hari dok terbaring je…badan dia letih sebab kene stomach flu….and maybe stress study and travelling ke UMASS tiap-tiap hari dulu kot….

Ok la..hingga jumpa lagi….Wassalam….

12.05 am

Alhamdulillah…..

December 9th, 2006 by hiekal

Dec 9, 2006….6.44pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada semua….

3 Disember lepas genap la setahun aku dan Nadiah bergelar suami isteri….Dah setahun dah kami kahwin….Macam-macam dah kami lalui…dan alhamdulillah serta syukur ke hadrat Illahi kerana mempertemukan kami berdua…. 6 tahun kami berkawan sebelum tuh…..setahun dah kahwin…..Macam-macam dah kami lalui….dan langkah terbesar dalam hidup kami ambil ialah mengambil keputusan untuk datang kesini….Datang ke Amerika…….

   Seperti yang kami rancang sebelum datang kesini…aku perlu dapatkan kerja dalam masa 3 bulan setelah kami sampai sini…kalau aku tak dapat kerja memang kami kene balik Malaysia balik la jawabnya sebab duit yang kami bawak cukup-cukup untuk survive  3 bulan dekat sini je….dan Alhamdulillah aku dapat kerja….dah 3 hari aku kerja sebenarnya…..Aku dapat kerja kat Dunkin Donut dekat Hadley….on da way ke UMASS….kira-kira 30 minit dari rumah aku……Asyik tak dapat je bila apply kerja-kerja yang ada relate ngan degree aku……ada je yg tak cukup…lesen la…degree aku tak sama ngan silibus kat sini la…hehheh…. macam-macam….Sebab tuh aku belasah je kerja kat Dunkin Donut…ada gak la income…. Sebelum ni aku ada buat kerja tolong orang belikan barang dan pos ke Malaysia…tapi tak cukup nak hidup beb…hehheh….Jangan nak memilih sangat pasal kerja…kalau dok memilih sampai bila-bila la takde kerja…..Belasah je aper yang terlintas depan mata dulu…..Sok kalau ada offer kerja lain…lompat la…hehhehe….nak hidup beb….

   23168403_o Dalam pada masa yang sama….aku pernah mention pasal lesen massage dulu kan…? hehhe…..tuh kalau nak kerja full time….kalau buat part time boleh sebenarnya…ramai yang buat….aku dah jumpa 2-3 orang yang buat massage part time…diorang siap ajar aku camner nak buat….hehheh…dan aku dah beli meja massage aku sendiri dan insyaallah akan start buat massage kat rumah aku….aku charge rendah dari harga market sini….orang baru la katakan…harap-harap orang sini suka la cara aku massage….hehhhehhe… harap korang semua doakan aku success kat sini k…kerja…kerja..kerja…!!!

Ujung bulan ni semua orang muslim sambut Hari Raya Aidiladha pulak… pastu Tahun baru plak…..Mari kita semua doakan agar semua bakal-bakal haji kita selamat mengerjakan ibadah haji dan selamat pulang ke tanah air….dan diharap negara kita akan bertambah maju dan sentiasa aman makmur hendaknya….Amin….

Hingga jumpa lagi…Wassalam….

7.49pm

Peru dan Firewood

November 28th, 2006 by hiekal

28 Nov 2006 ….4.15pm

   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Korang mesti tertanya-tanya kenapa tajuk aku macam tu kan?…hehhehe…. Percaya tak kalau aku cakap Peru terletak dekat Massachusetts?…percaya atau tak…memang Peru terletak dalam Massachusetts….hehhhe…ada satu tempat disini nama Peru. Aku pun mula-mula tak percaya masa Jamilah cakap…. dan ahad lepas Jamilah bawa kami pergi sana….tempat tu kira-kira 45 minit dari rumah aku…. kami pergi sana sebab Jamilah nak ambil kayu api dekat sana untuk bekalan waktu musim sejuk nanti. Perjalanan kesana memang seronok sebab lalu kawasan hutan dan ladang…memang cantik pemandangan ketika perjalanan kesana….pokok-pokok pun hampir semua dah takde daun…tinggal dahan je…..satu pemandangan dan pengalaman baru untuk aku….selalunya dapat tengok dekat dalam TV je….hehhehe….

  Jamilah sebenarnya ada tanah dikawasan ni dan dalam perjalanan kami kesana Perumassachusetts26nov2006_029_1 kami berhenti dekat satu tasik….Menurut Jamilah tasik ni ialah buatan manusia dan disini kami dapati tasik ni dah mula membeku… aku ngan nadiah dapat tengok dah mula ada lapisan ais atas tasik tu. Orang Malaysia jumpa benda macam ni…jadi kecoh la kejap…hehhehehe….aku cuba pijak lapisan ais tu dan dapat tengok ais tub merekah sebab belum cukup kuat lagi….dengar bunyi ais tuh merekah memang menakutkan….sebijik macam dalam movie…. Aku dengan Nadiah cuba baling batu dengan kayu dan seronok tengok batu ngan kayu tu menggelongsor je atas tasik tu……Ini baru musim luruh..tasik dah mula beku….esok nanti dah musim sejuk…macam mana la pulak sejuknya….hehheheh….kita tunggu je la nanti…..

Perumassachusetts26nov2006_053 Lepas tuh kami bergerak ke tanah milik Jamilah….perjalan untuk kesana lebih kurang 5 minit je dari tasik tadi. Sampai je dekat sana kami dapat tengok rumah bergerak milik Jamilah…teruk dah rupa rumah tuh…terbiar….Jamilah cakap,kali terakhir dia guna rumah tuh kira-kira 11 tahun lepas….Dia dulu selalu camping disini waktu summer. Dekat sejam setengah juga kami disini. Nak kata banyak kumpul kayu tak juga….asyik borak-borak je…hehhehhe….macam-macam Jamilah cerita mengenai tempat ni dan kawasan sekeliling.

Perumassachusetts26nov2006_067 Dalam perjalanan pulang, kami singgah dekat satu lagi tasik iaitu kira-kira 10 minit dari tempat ambil kayu api tadi. Tasik ni nama dia Lake Granite. Tasik ni lebih luas dari tasik yang mula-mula dan tasik ni merupakan punca air dan kawasan tadahan air untuk kawasan ni. Jamilah cerita, tempat ni kalau waktu summer memang ramai orang. Ada yang berkelah, camping, memancing dan macam-macam lagi avtiviti mereka buat dekat sini. Tetapi aktiviti bermotor seperti motorbot atau jetski adalah dilarang. Ini bagi menjaga dan memelihara keaslian tempat ni.

Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam……

Thanksgiving dan basketball

November 23rd, 2006 by hiekal

Nov 23rd 2006 10.36 malam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Agak lama juga aku tak update kisah aku kat sini….dok sibuk dengan beberapa urusan sejak kebelakang ini sampai takda masa aku nak menulis….banyak juga email yang aku dapat dari para pembaca yang dok tanya bila nak update…. hehehheh….minta maaf kepada semua…. sibuk satu perkara juga dan satu lagi sebab aku tak menulis ialah kerana takde benda yang manarik nak aku ceritakan agaknya…..

Cakap mengenai perkara menarik, Semalam aku, Nadiah, Dr. Utama dan isteri pergi melihat perlawanan basketball antara UMASS lawan St. Francis. Game ni dekat Mullins Center di UMASS…..Kebetulan Nadiah dapat tiket free…dapat 4 pulak tuh, sebab tu kami ajak Dr. Utama dan Kak Destri tengok sekali…..memang la nak kene ajak mereka nih…kalau takde mereka ni memang tak tengok la aku game ni….takde transport beb…hehhehe…. Game ni pukul 7 malam….memang dah takde bas time tuh nak ke UMASS….1st time kami nak tengok game nih….memang excited…selalu dekat KL dulu tengok dalam TV je…nih dapat tengok live….Dr Utama ambil kami pukul 6.30 dan kami tiba di UMASS pukul 7.00 malam….parking memang dah penuh….terpaksa la jalan kaki….jauh juga berjalan semalam…. dah la sejuk….nasib baik pakai jacket tebal… Sampai je dalam stadium..game baru start 10 minit…suasana time tuh memang meriah…Juruacara game tuh memang pandai mengawal suasana…para penonton pun memang sporting. Ini yang membuatkan game tuh meriah…aku yang baru first time tengok game nih walaupun tak tau law game ni sangat pon jadi bersemangat…. Masa rehat separuh masa, suasana jadi tambah meriah…pasukan cheerleader dari UMASS buat persembahan….macam pertunjukan acrobatik masa ni….siap melambung-lambung la cheerleader ni masa buat pertunjukan ni. Lepas pertunjukan dari pasukan cheerleader ni pulak…pengacara buat pengumumam dimana mana-mana penonton dapat menari ikut lagu yang dimainkan…mereka akan dapat makan malam percuma dan beberapa hadiah lain….penonton hanya perlu menari dari tempat duduk mereka dan dari skrin besar…camera akan fokus kepada sesiapa yang dapat menari dengan gaya yang paling manarik…time ni la aku dapat tengok macam-macam gaya mereka menari…yang melompat la…yang jadi macam ular pon ada…semua nak makan punya pasal…hehhehe…all the crowd memang sporting…..

Turkey2 Ok….kali ini aku nak ceritakan satu perayaan yang boleh dikatakan penting di US ni iaitu perayaan Thanksgiving yang disambut hari ini (23 Nov 2006). Perayaan ini pertama kali disambut di New England (Massachusetts) pada tahun 1621 iaitu kira-kira hampir setahun selepas pendatang dari eropah dari Plymouth, England menjejakkan kaki di bumi Amerika ini. Perayaan ini disambut selepas mereka berjaya mendapatkan hasil dari ladang mereka (hasil tuaian) serta selamat menempuh musim sejuk yang mencabar disini pada ketika itu. Ketika itu perayaan ini disambut selama 3 hari berturut-turut dan mereka menjemput penduduk asli Amerika iaitu kaum Red Indian sebagai tetamu mereka kerana penduduk asli Amerika inilah yang menyelamatkan mereka ketika musim sejuk ketika itu dengan memberi bantuan dari segi pakaian dan selimut untuk golongan pendatang eropah ini. Ketika perayaan ini mereka menghidangkan ayam belanda (turkey) sebagai hidangan utama dan menjadi tradisi sehingga ke hari ini. Pada tahun 1939, Presiden Amerika pada ketika itu, Franklin D Roosevelt mengumumkan secara rasminya perayaan yang disambut pada hari khamis ke empat pada bulan November ini menjadi perayaan umum bagi semua penduduk Amerika tanpa mengira agama bagi memperingati peristiwa dahulu.

Cakap mengenai kerja….aku still tak dapat kerja lagi…takde rezeki lagi…tapi minggu depan aku ada interview kat 2-3 tempat…doakan la aku dapat kerja k…. minggu lepas ada la dapat offer kerja kat Hartford dan New Haven….tapi tempat tuh dalam satu jam dari rumah aku kalau drive…memandang aku takde kereta…terpaksa la aku menolak….ada juga orang Malaysia yang offer kerja…tapi still terlalu jauh untuk aku… Cerita mengenai lesen untuk aku bekerja di hospital….rupa-rupanya lesen tuh hanya bagi mereka yang hendak bekerja di Massachusetts sahaja…kalau di state lain kebanyakan tak perlu…dan daripada kajian yang aku buat…undang-undang di Massachusetts ni la satu-satunya state di US nih yang agak ketat dari segi pekerjaan ini. Sebabnya aku ada dapat satu offer kerja di hospital Harford dan mereka tak memerlukan lesen untuk aku bekerja di bahagian physioterapi. Ini adalah kerana Hartford terletak di dalam state Connecticut. Korang semua boleh refer mengenai hal ni kat website dibawah untuk maklumat lanjut.

http://www.pcshq.com/pcsweb/pcspages.nsf

Sampai sini saja buat kali ini….Insyaallah kita jumpa lagi.

Wassalam….

Lesen dan Exam

November 12th, 2006 by hiekal

Nov 12, 2006…..10 malam…

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Dekat seminggu gak aku tak update apa-apa…bukan sebab sibuk…tapi aku takde benda apa nak cerita….Aku dok busy cari kerja dengan interview je minggu lepas…. Minggu lepas aku ada hantar resume and interview dengan company-company yang ada kaintan dengan medical field…sebab aku dulu kerja bahagian ni… memandangkan aku tak boleh kerja bahagian physioterapi lagi kat sini…so aku cuba cari kerja-kerja di dalam company yang medical base ni…macam dekat klinik atau hospital…Macam aku cerita dalam penulisan aku yang lepas..aku kena amik exam untuk dapatken lesen untuk aku kerja dalam bahagian physioterapi ni dekat sini…memang undang-undang dekat Massachusetts memerlukan lesen bagi sesiapa yang nak bekerja dalam bahagian ini. Ambil exam dengan nak apply lesen kene ada dekat 800 dolar…banyak tuh kalau convert RM…huhuhuhu…..

Aku ada juga apply kerja sebagai massage therapist…sebab aku ada belajar dan ambil training masa study dan masa kerja dulu….tapi masih tak boleh prektis skill aku dekat sini…undang-undang dekat sini memerlukan lesen bagi sesiapa yang hendak bekerja sebagai massage therapist dan dalam hal ini…bukan sahaja duit diperlukan…mengikut law sini…untuk dapatkan lesen nih..seseorang kena amik training selama 500 jam di massage school di US ni baru boleh quailified untuk dapatkan lesen nih….lama gila….duit dan masa diperlukan…macam-macam hal la nak kerja kat sini….maklum la…aku tak tau pun ada benda-benda ni semua…

Duit dah makin susut…bosan duduk rumah pun satu hal jugak….alamak aiii!!!…..So minggu ni aku target nak cari kerja kat fast food chain ataupun pasar raya je…Stop N Shop ke…CVS ker…walmart ke…Dunkin Donut ker….McD ke…KFC ker..cafe mana-mana lar…aku tak kesah….janji aku dapat kumpul duit untuk dapatkan lesen Physical Therapist Assistant(PTA) aku….. Cakap pasal alesen nih…aku pon sebenarnya boleh jadi Personal Trainer(PT) sebab aku ada kelulusan dalam bidang nih….tetapi…nak jadi PT dekat sini pun pakai lesen…dalam 150 dolar kena ada untuk ambil exam untuk dapatkan lesen tuh… duit…duit…duit….

Ini la namanya dugaan….. hehehhe…tapi takpe…aku masih boleh hadapi dugaan ini…hal kecik je kalau nak dibandingkan dengan orang lain..aku pasti ada orang lagi susah dari aku kat sini….aku pon pernah kerja kat McD dulu masa kat KL…nasib baik ada pengalaman…tak la rasa kekok kalau nak kerja tuh balik…hehhe…So..kita bermula dari bawah balik….Start from scratch… Doakan la aku dapat kerja k…. Bagi sapa-sapa yang datang sini dan ingin bekerja dalam medical field ni…aku harap dengan pengalaman aku nih..korang akan dapat bersedia dari awal…….Hingga jumpa lagi….Wassalam….

"Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah"

10.25 malam….

Orang Malaysia dan kerja…..

November 6th, 2006 by hiekal

Nov 6th 2006 11 pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua….

                        

Pejam celik dah 2 minggu dah kita berada dalam bulan Syawal…..kejap je masa berlalu….. Sorry la kalau buat korang semua tertunggu bila aku nak update blog ni….aku bz sikit dalam minggu ni…maklum la…tgh dok sibuk cari kerja….sebelum tuh ada sambutan Halloween plak kat sini….pengalaman yang menarik dalam hidup kitorang kat sini…seronok tgk budak-budak pakai kostum sambil minta candy kat rumah-rumah….Cakap pasal Halloween nih…perayaan nih adalah berkaitan dengan roh-roh jahat dan baik serta pemujaan pada asalnya tetapi orang-orang yang menyambutnya dah tak percaya hal-hal tuh semua dan sekarang nih perayaan adalah lebih untuk golongan kanak-kanak nih…seronok layan budak-budak diorang cakap…Diingatkan bahawa sebagai umat Muslim..adalah HARAM untuk korang sambut perayaan nih..just nak clearkan keadaan kat sini…. Aku citer pasal Halloween nih sebab aku nak gambarkan keadaan kat sini jer…dan aku berada dalam community ni secara langsung dan bukan sebab aku sambut…. Sebab aku tau yang baca blog nih semua orang dari pelbagai kaum…. So aku citer untuk semua orang,..bukan pada orang-orang tertentu..harap semua maklum… korang bleh refer pasal sejarah Halloween kat webpage bawah:

                           http://www.halloweenishere.com/history.html

Dan cerita yang menarik nak aku citer kat korang semua ialah buat pertama kali dalam 2 bulan 3 hari aku kat sini aku jumpa orang Malaysia….hehehhe…seronok tak ingat…!!!Cerita dia macam ni…semalam Abang Utama dan isteri ajak kitorang gi beraya kat Queens, New York…seronok kitorang dapat gi New York….dah 2 bulan terperuk dalam area ni…dapat keluar dari sini..tu yang seronok… ada 2 tempat akan kami pergi..pertama kami akan berjumpa saudara Kakak Destri, dia ada buat makan-makan dekat rumah dia dekat Queens, New York dan selepas itu baru kami akan berjumpa orang Malaysia dimana diorang ada buat majlis hari raya dekat satu dewan di West Haven, Connecticut.

    Queens_ny_dan_new_haven_gatheringnov_5th_2  Perjalananan ke Queens mengambil masa 3 jam setengah dari rumah aku…..dari rumah aku kami guna route 91 masuk ke route 291 sebelum tiba ke Queens…..aku tak berapa ingat sangat jalan kesana..baru first time….tapi syok lalu kat highway sini….syok bukan apa pon…pemandangan lain…suasana lain…first time la katakan….semua lain..tuh yang buat menarik..bukan aper pon…  tempat yang agak menarik masa perjalanan ni masa kitorang sampai Bronx dan menuju ke Queens….kitorang lalu sebelah banggunan New York Times dan kene naik satu jambatan plak ..nama dia Bronx Whitestone Bridge …dari jambatan tu boleh nampak Manhattan…atau lebih dikenali sebagai New York City(NYC)….. dan lepas tuh kitorang lalu sebelah ngan tower yang diorang guna masa shoot movie Men In Black….ala..tower yang ada macam piring terbang tuh kat atas dia..kalau korang tgk balik movie tuh sure perasan….Bronx, Queensdan Manhattan nih wilayah-wilayah dalam New York…ada 5 sebenarnya..lagi 2 aku lupa apa dia….dalam 5 wilayah nih…Manhattan la yang paling terkenal…cantik gak nampak NYC nih…dah lama tak nampak bandar…dah 2 bulan dah…excited gak bila tgk….dari jauh nampak tenang je bandar tuh tapi bila tengok kat langit…banyak gila kapal terbang dok lalu atas kepala…sibuk betul…nih sebab ada airport yang dekat area sini….John F Kennedy Airport….

Sampai kat rumah sedara Kakak Destri je…kitorang disambut dengan lagu-lagu klasik Indonesia…tuan rumah mmg friendly giler…so tak la rasa kekok sgt….nadiah je la yang agak sengal sebab tak paham bahasa Indonesia…aku plak selalu berurusan dengan warga Indonesia masa kat tempat kerja dulu…ramai orang dari sana yang datang operate kat tempat aku kerja dulu…so aku memang paham sangat apa yang diorang cakap..Cuma nak cakap balik aku kantoi sikit…Nadiah terus ternganga je la…hehehheh….lawak tul tgk dia..aku la yang jadi tukang translate untuk dia…..makan best kat sana…daging lembu bakar..ikan bakar.. bakso….dan ada beberapa lagi hidangan sampingan….memang sedap makanan kat sini…kitorang pon balon la sampai terdiam…hehhhe..lama tak makan macam ni…masakan dia pulak memang kene dengan selera aku…hehhhe..tak bagi peluang la…hahahahah….dekat 2 jam gak kami lepak sana..borak-borak semua…

   Lepas tuh dalam pukul 2.30 macam tuh kami beransur….menuju ke West Haven pulak….dalam 2 jam lebih juga perjalanan ke sini….tempat ni memang ramai orang Malaysia…. Ramai juga orang-orang terkenal di Malaysia pernah study dekat kawasan ni…  Kawasan nih lebih meriah dari kawasan tempat tinggal aku organized la orang kata…makanan halal pon senang cari….ini sebab ramai orang muslim tinggal dekat kawasan ni….restoren melayu pon ada kat sini, orang melayu kita yang punya….….hehhehe…. Jarak dari West Haven dengan rumah aku dalam satu jam setengah…kalau nak kereta la…aku yang tak berkereta nih..kalau naik bas..ada la dalam 3-4 jam jugak…hehehhe… Sampai-sampai je kat tempat yang Queens_ny_dan_new_haven_gatheringnov_5th_3 dituju setelah sesat…. hehhe..nasib baik tanya orang…. Dah nampak budak-budak melayu dok main kejar-kejar dekat luar dewan….hehehhe…Alhamdulillah…jumpa gak aku orang sendiri… Masuk dewan jer..terus dengar lagu raya nyanyian Datuk Siti Nurhaliza…. hehehe… meriah giler kat sini..ramai betul orang…first time aku nampak orang pakai baju melayu…first time la aku nampak satay dan lemang…Wakakakak…. Seronok giler… Ramai gak aku kena-kenal masa kat sana…buat kawan baru la katakan..…semua yang dah stok duduk sini 15-16 tahun beb….lama gila…  Memang dah kira menetap kat sini…. Ada yang dah restoren sendiri..ada yang dah jadi manager… ada yg jadi doktor… macam-macam la…. Semua just balik Malaysia sekadar melawat sanak saudara kadang-kadang…. Semua orang friendly…macam Abg Manan, Abg Amir dan Abg Sam…diorang nyer kepala mmg cun…rasa macam kat KL jap la masa lepak ngan diorang ni…. Macam-macam kitorang borak dan diorang ajak datang rumah diorang setiap hujung minggu…..Insyaallah kalau dah ada kereta sok memang selalu la aku ngan nadiah sampai sana….. Ada juga aku tanya kenapa tak balik Malaysia dan kerja kat sana?…hehhehhe…. jawapan diorang bagi memang bernas dan aku rasa agak sensitif untuk aku nyatakan kat dalam nih..dan aku dapat jangka mostly korang semua tau sebab apa kan?…..hehhehe….

Antara gambar-gambar kat perjalanan aku haritu dan koleksi-koleksi lepas serta akan datang ada aku upload kat sini…korang klik la link bawah tuh…

                             

   

Ok…tu pasal orang-orang kita di sini…sekarang mengenai kerja aku plak… aku ada dapat reply dari hampir semua hospital yang aku apply…semua memang berminat nak interview aku..tapi aku ada masalah rupanya…aku nih takde lessen untuk practice skill aku dekat dalam Massachusetts ni…aku kene ada lesen dulu baru boleh start kerja macam aku buat dekat KL dulu….so aku pon gi la check aper yang diperlukan untuk ambil lesen ni…requirement dia…kene ada degree yang related…OK…..kene amik exam dan lulus…OK….dan kene bayar dekat USD800 untuk ambil exam….pergh!!! …gila banyak….lesen untuk Physical Therapist Assistant hamper cecah 800 dolar!!!! Mana aku nak cekau duit tuh…aiseyman…. lesen nih antara yang termahal dalam state ni…paling mahal lesen doctor la….kene amik 3 exam sebelum boleh start kerja kat sini….kos plak….mmg lagi mahal dari lesen yang aku nak buat…..aku tak kesah la kalau tak boleh apply kerja nih lagi….so aku pon apply la keje as office boy….nak kumpul duit untuk lesen aku nnt…Khamis ni aku ada interview…wat kerja pejabat dekat satu klinik kat Easthampton…dekat je dari rumah aku..tapi kene naik bas ke Northampton dan naik satu lagi bas ke Easthampton….dekat sejam la gak…hehhehe..ada satu jalan dekat nak kesana dari rumah aku….tapi bas tak lalu sebab jalan tuh berbukit…bas tak larat naik gamaknya…hehehhe….So guys…doakan la aku dapat kerja ni k…aku memamg berharap sangat la dapat kerja..tak kesah kerja apa pon…janji dapat duit…hehhe… bukan kerja nih jer aku apply…bnyk kerja-kerja lain yang lebih kurang macam nih pon aku apply…termasuk McD ngan KFC kat sini…aku tak kesah… kene struggle la dah dok kat negara orang la katakan…

“Bukan senang nak senang…dan bukannya susah nak susah!!!!”

Hingga jumpa lagi….Wassalam…..

Perubahan waktu dan Halloween…

October 30th, 2006 by hiekal

30 Oct 2006….11pm…

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Harini kira hari kedua secara rasminya dalam kalendar 4 musim aku berada dalam musim fall….ada benda lawak nak aku citer pasal musim fall ni…semalam aku perasan pc dan phone aku berubah waktu…jadi lambat sejam…..pelik aku…mula-mula aku ingat nadiah saja la ubah jam aku…tapi aku tgk jam tangan aku tak ubah pon…aku tanya dia…dia ubah ker?..mana tau saja buat lawak ker pagi-pagi tuh…hehhehe…..dia kata takde pon…. Rupa-rupanya masa musim fall nih memang waktu kat sini jadi lambat sejam….Housemate kitorang yang bagitau…dia dengar aku cakap-cakap ngan nadiah pasal jam ni pagi tu…laptop ngan handphone aku nih autoupdate waktu dia, patut la tiba-tiba berubah….

     Sebab waktu di lambatkan sejam masa musim nih ialah kerana nak dapatkan waktu lebih untuk watku siang. Ini disebabkan waktu siang untuk musim ni jadi kurang…dan kalau korang nak tau…pukul 5.30 petang kat sini dah macam pukul 9 malam kat Malaysia…dalam erti kata lain..dah malam….cepat betul dia berubah…semua nih kuasa Allah…tak silap aku dalam minggu lepas…dalam pukul 6.45 petang baru gelap…harini pukul 5.30 dah gelap dah…cepat betul berubah….sebabkan hal nih la jam dilambatkan selama sejam….Harini matahari terbit pukul 6.21 pagi..dalam terbenam pukul 4.47 petang….kalau sapa-sapa nak ganti puasa atau buat puasa 6..memang ni la waktunya….

Mttom29102006126 Manakala esok pula, orang-orang sini akan sambut perayaan Halloween….aku tak bape tau sangat pasal Halloween nih tapi seronok tengok hausemate kitorang prepare buah labu untuk perayaan ni…buah labu ni dia carve jadi macam muka hantu…hehehh…dia cakap orang sini buat macam ni sebab tak nak kasi hantu masuk rumah…macam-macam….hehehhe…aku ngan nadiah ada tolong dia buat labu nih…ada dalam 3 labu kitorang buat…dan perayaan nih mmg budak-budak tunggu sebab diorang akan pakai kostum dan berjalan kerumah-rumah untuk kutip candy…. macam budak-budak pergi raya lar lebih kurang…pergi dari satu rumah ke rumah lain…kalau kita tuh..kutip duit…budak-budak sini kutip gula-gula… sure happening esok…seronok gak nak tengok budak-budak datang rumah dengan macam-macam bentuk dan rupa…hehehhe……

Hingga jumpa lagi…wassalam….

Aidilfitri2006….pengalaman,pengorbanan dan harapan…

October 27th, 2006 by hiekal

27 Oct 2006, 7.40 malam waktu tempatan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca tulisan aku nih… Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua masyarakat Islam dan jutaan terima kasih kepada mereka yang menghantar email kepada aku….macam-macam komen, ucapan-ucapan dan kata-kata semangat diberikan…terima kasih lagi sekali….

Pertama sekali aku meminta maaf kerana agak lewat aku update blog kali ini…mungkin sebab sibuk dengan persiapan hari raya dan aku dok cari kerja pada masa yang sama….maklumlah..baru jer dapat permit kerja…hehheh… cakap mengenai raya…harini dah hari raya ke empat disini… kat sini raya awal sehari dari Malaysia…dan harini aku nak cerita pasal pengalaman pertama aku berhari raya di perantauan…. terus-terang aku cakap memang jauh berbeza dari Malaysia…mungkin sebab tempat aku tinggal ni takde orang Malaysia langsung…atau mungkin sebab aku tak pernah jumpa lagi…tetapi menurut Malaysia Student Department(MSD) cawangan New York..mmg tiada pelajar Malaysia di kawasan ini.

Malam raya tuh..aku dengan Nadiah memang busy…kitorang ada ajak beberapa kenalan baru ke rumah pada malam raya pertama…buat makan-makan sikit…serius sunyi beb kalau tak buat apa-apa masa raya..dah la family jauh…member-member aku pun jauh…sure terasa kalau takde buat apa-apa raya pertama esok….. menu kami untuk esok ialah nasi ayam, nasi himpit dengan kuah kacang, bubur jagung dan 3 jenis kuih raya…itu jer la yang sempat kami prepare…dan sempat juga Nadiah prepare rendang ayam untuk sarapan esok…

Raya2006massachusetts016 Pagi hari raya pertama….Nadiah dah prepare rendang ayam untuk kami sarapan…bila dah siap semua..kami beraya bersama-sama..inilah pertama kali kami berhari raya sebagai suami isteri….pertama kali aku berhari raya sebagai seorang suami…pertama kali Nadiah berhari raya sebagai seorang isteri…Kami akan sembahyang raya di masjid yang terletak di West Springfield…Sahabat kami, Abang Utama bersama isteri datang ambil kami pagi itu dalam pukul 6.45 pagi sebab sembahyang raya bermula pukul 7.30 pagi…. Perjalanan dari rumah aku ke masjid mengambil masa lebih kurang 30 minit….aku lengkap pakai baju melayu dengan sampin semua…dengan harapan ada la orang Malaysia tegur aku…hehehe…perjalanan ke masjid agak menarik kerana kabus tebal sepanjang perjalanan…. sampai sahaja disana orang sudah agak ramai tiba dan suhu ketika ini kira-kira 3 darjah celcius….kebanyakan mereka orang-orang dari Timur Tengah…dapat dilihat dari rupa dan pemakaian mereka….dan masih belum kelihatan orang pakai baju melayu lagi….hehhehe…aku sorang jer la yang baju nih…tapi takpe beb…aku bangga dengan baju kebangsaan kita ni…..

  Masjid ni aku tak berapa perasan nama dia sebab masjid tengah diubahsuai sebab nak diperbesarkan…..Ini disebabkan komuniti Muslim berkembang dengan pesat di negara ini….kesan dari kejadian September 11 yang lepas….ini diakui sendiri oleh beberapa penduduk disini…semenjak kejadian itu…penduduk US semakin terbuka kepada Islam….Suasana di dalam masjid tidak jauh beza dengan suasana ketika di Malaysia tetapi apa yang berbeza…takbir raya mereka…cara mereka melagukan takbir raya jauh berbeza dari apa yang kita selalu dengar di Malaysia….Imam bagi khutbah pagi tu memang semangat betul..menyeru supaya berkorban dan bersatu untuk mengukuhkan kembali masyarakat Islam disini khususnya dan di dunia umumnya…. seronok tengok cara dia menyampaikan khutbah pagi ni….satu perkara yang menarik disini ialah ketika sudah selesai sembahyang raya…kalau seperti kita di Malaysia..kita akan bersalaman sambil berselawat..tetapi disini mereka berpelukan demi mengeratkan ikatan persaudaraan antara mereka…..dah selesai semua..kitorang semua lepak kat luar masjid tu sekejap…dan disini aku ada kenal dalam 3 orang melayu…tetapi mereka dari Indonesia….dan kitorang borak-borak dekat 30 minit jugak tapi tak boleh lama sebab sejuk sangat pagi ni…

Sampai sahaja rumah…kami relax jap dan dalam pukul 2 macam tu kami dah mula masak nasi himpit dengan nasik ayam…..sebab semalam kami sempat buat kuah kacang dengan kuih raya je dan marinate ayam utk di bakar harini…… Alahamdulillah semua berjalan lancar dan kami setel masak semua ngam-ngam pukul 7……Majlis nih kami jemput Abang Utama dan isteri bersama 3 orang rakan mereka dan Sabina sekeluarga..Sabina ni student UMASS jugak..kami selalu berborak ketika dalam perjalanan ke UMASS…dia orang Perancis dan berkahwin dengan pendiduk disini. Majlis malam tu berjalan dengan lancar…semua orang memuji masakan kami…..cuak jugak…mana tak nyer…inilah first time kitorang wat makan-makan…untuk orang luar pulak tuh…tak suka ke tak apa yang kitorang masak ni….nasib baik ok….Walaupun takde orang Malaysia…tapi aku bersyukur dapat jumpa Abang Utama dan isteri, Kak Destri….mereka ni banyak membantu kami disini…Terima kasih kami ucapkan kepada mereka….Hanya Allah dapat membalas jasa baik mereka… Sekurang-kurang dengan kehadiran mereka pada hari raya kali ini dapat mengurangkan rasa rindu kamu kepada keluarga dan sahabat-sahabat kami di Malaysia….

Kira-kira pukul 10 malam hari raya pertama itu…kami call family kami di Malaysia, kat Malaysia baru pukul 10 pagi hari raya pertama….pertama kali kami beraya dan memohon maaf dengan mama dan abah kami melalui webcam je…..memang sebak betul rasa masa tuh….Allah sahaja yang tahu apa yang kami rasa masa ni…. aku sempat call sahabat-sahabat aku di KL…tuh je la cara nak hilangkan rasa rindu kat mereka semua…..Bersyukur jugak ada Yahoo messenger ngan MSN nih…tiap-tiap hari aku boleh berhubung dengan family and member-member aku semua…dapat tanya khabar mereka tiap-tiap hari….

Keesokannya…kami dua-dua kong…letih memasak dan layan tetamu semalam kot…hehehhe…sehari kami tidor…Nadiah pon tak larat nak pergi kelas harini… Lepak rumah jer la kitorang…cas bateri….hehehhe…..

Dan harini Oct 27, 2006…adalah hari paling sejuk setakat ini sepanjang kami berada disini….suhu pagi ini ialah -4 darjah celcius….kitorang dapat tengok embun beku atas daun, daun-daun jadi keras dan hampir semua rumput dan pokok-pokok kecil mati….nih baru musim luruh…belum lagi masuk musim sejuk…macam mana la rasanya suhu time tuh agaknya…..sekarang nih pon dah beku muka aku rasa..hehhehe….

ok lar…hingga jumpa lagi….. Wassalam….

Suhu -2 dan Working Authorization aku….

October 14th, 2006 by hiekal

Assalamualaikum dan salam sejatera kepada semua pembaca…..

(14 Oktober 2006, 1.33 petang waktu tempatan)

Terima kasih atas segala komen-komen membina dan email-email dari semua pembaca dan rakan-rakan….

Lebih kurang satu minggu lagi masyarakat Hindu akan merayakan perayaan Depaavali dan 9 hari lagi masyarakat Muslim akan merayakan perayaan Aidilfitri…..Selamat Hari Deepavali dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambut dan diharap tahun ini akan membawa lebih kebahagiaan dan kesejateraan kepada semua rakyat Malaysia.

Alhamdulillah aku dan Nadiah sihat walafiat….  Ok..korang semua mesti tengok TV semalam kan?..ini mengenai ribut salji dekat Buffolo, New York…. Setakat nih 3 orang mati disebabkan ribut tuh….SaljiKawasan tempat kami tinggal nih tidak “effect” dengan kejadian semalam..syukur….Jarak dari Holyoke ke Buffolo, New York lebih kurang 592 kilometer dalam 6 jam kalau drive dari sini. Walaupun jauh, tapi mengikut kedudukan geografi, Holyoke dan Buffolo berada pada kedudukan hemisphere yang sama dimana cuaca antara dua tempat nih sama (betul la kot penjelasan aku nih…heheheh..) dan buat pertama kali la kami merakan suhu dibawah paras beku. Semalam kawasan kami disini mencatatkan suhu -2 darjah celcius bawah paras beku kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan. Nasib baik sistem pemanas rumah ini tiada masalah. Nak rasa la juga macam mana rasa suhu nih…. Kami pon lepak luar rumah sebab nak amik pengalaman sebelum tiba musim sejuk nanti… 5 minit jer kami bertahan kat luar rumah…belum biasa lagi agaknya…hehehhe…

Cuaca agak kurang menentu sejak dua menjak nih…dan mengikut penduduk tempatan tahun ini kemungkinan salji akan turun awal dan suhu ketika itu biasa dalam -32 darjah celcius. Ya Allah…sejuk nya….. risau tapi tak sabar nak tunggu salji turun…Maklumlah…tak pernah tengok salji…hehhehe…

Kira-kira pukul 11 pagi tadi posmen datang dan aku dapati aku dapat surat dari US Citizenship And Immigration Services. Permohonan kebenaran untuk bekerja aku lulus!!!!…Alhamdulillah… dah nak boleh kerja dah aku…tapi aku nak kene apply social security number pulak lepas tuh….alamak..kene tunggu lagi…adus… Nadiah haritu pun dekat satu bulan tunggu number nih…. Number nih kene ada baru boleh start kerja. Aku ingatkan working authorization nih dah approved boleh la kerja…dan aku ingat dia sekalikan dengan social security number nih…rupa-rupanya lain….ada lagi satu hal kene setelkan pulak….Nih la dugaan namanya….sabar..sabar… Nadiah takde time nih…dia dapat kerja part time jaga budak dekat Amherst…sini kerja jaga budak diorang bayar agak lumayan…dalam 10-12 dolar sejam…. Dan 2 minggu dia jaga budak nih….tapi jaga hari sabtu sahaja…. Parents budak tuh suka cara nadiah jaga budak… Nadiah pon dulu kerja kat tadika…jaga budak nih dah memang kerja dia…

Ok cerita mengenai kos kehidupan disini…. “Cost of living” dekat sini memang rendah nak pulak jika kerja kat sini… dah dekat 2 bulan kat sini…Barang-barang dapur yang kitorang beli pon tak sampai USD150…. Barang-barang dapur nih siap daging ngan ayam halal semua..stok mmg cukup nak cover dekat sebulan lebih kat sini… saja jer beli lebih…sebab agak jauh gak nak beli makanan halal..so beli banyak terus la bila ada….petrol dah mula turun sejak 3 minggu nih…harga petrol sekarang ialah 2.30 dolar untuk satu gelen…  Harga petrol berubah2 setiap hari dekat sini..kejap naik..kejap turun..macam main saham…hehhehe….

Pasal inflasi macam kat Malaysia tuh rasanya tak wujud kat sini… Ini disebabkan kat sini ada undang2 untuk menjaga kebajikan pekerja dimana dah tetapkan gaji minima untuk setiap pekerjaan di sini. Dalam undang-undang menyatakan bahawa gaji minima untk seseorang ialah 7 dolar satu jam…. Nih kira gaji paling rendah kat US nih…nih sebab kalau ada org bagi gaji lagi rendah dari ini…company tuh boleh kene saman…. bayangkan..kerja KFC kat sini pon gaji dalam 10 dolar sejam minimum…..aku dulu kerja McD kat KL dulu gaji 3.50 ringgit jer sejam…..macam mana nak hidup kalau gaji macam nih….dah la harga barang naik..petrol naik..hehhe.. harap-harap undang-undang untuk menjaga kebajikan pekerja di Malaysia akan digubal…dan aku rasa undang-undang nih mmg bijak bagi mengawal inflasi dan pada masa yang sama membela rakyat…dalam hal nih aku mmg setuju kalau kerajaan Malaysia menggubal undang-undang agar taraf kehidupan rakyat Malaysia lebih baik pada masa akan datang.

Dengan kemajuan teknologi sekarang….aku dok jauh dari family pon tak berapa terasa sangat…yer lar…kalau nak telefon tuh mmg la mahal..tapi bila guna VOIP(voice over internet protocol) service…masalah nih jadi murah atau lebih tepat lagi..PERCUMA…contohnya yahoo messenger, MSN messenger ataupun skype sebagai telefon internet (internet phone)….siap boleh videocall lagi…maju betul teknologi sekarang…. Teringat lagi masa aku satu family kene dok Jakarta tahun 1987 dulu…abah aku kene transfer kerja sana…masa tuh dia reporter untuk Utusan Malaysia….Mana ada benda-benda nih semua….telefon ngan surat jer la kami guna untuk tanya khabar dengan keluarga di Malaysia… susah betul masa tuh…Dah la mahal kalo nak telefon. Sekarang nih tiap-tiap hari aku bleh cakap ngan keluarga dan sahabat-sahabat aku dekat Malaysia…cakap melalui computer lar..tapi kalau aku nak call handphone atau telefon rumah.. aku guna Skype..murah jer kos dia…dalam 10 sen kalau call telefon rumah dan 20 sen kalau call handphone dekat Malaysia…..hingga jumpa lagi….Wassalam…

Haikal

(3.37pm)