July 4th, 2007 by hiekal
July 5th, 2007 12.47am
Assalamualaikum dan salam sejahtera….. Jumpa lagi kali ini…Soory la aku lambat sikit update story aku…laptop aku ada problem sikit …baru je ok ni..takde masa aku nak betulkan…
Ok…hari kedua parents aku ada kat sini…aku bawak diorang pergi jalan-jalan kat area New Haven…. 5 minit je dari rumah aku…. kat sini aku bawak pusing-pusing je kat area New Haven…aku pon sebenarnya baru nak berjalan kat area sini…dah lebih 4 bulan aku dok West Haven..still tak berjalan kat New Haven…asyik dok kerja je..mana ada masa nak berjalan…hehehhe…
Kat New Haven ni corak jalan dia sama seperti bandar New York…
ada Street dan Avenue…..walaupun bandar ni jauh lebih kecil dari Manhattan…tapi town ni relax dan nadi bandar New Haven ni ialah Universiti Yale…..iaitu university ketiga paling top dalam USA ini.. fakulti-fakulti University Yale ni berselerak dalam bandar New Haven ni…..
Banyak waktu kitorang habiskan kat Yale ni… parents aku memang suka tengok banggunan lama-lama ni…tapi kene balik awal sikit sebab aku kerja malam hari tu…. 3 hari pertama parents aku kat sini memang aku kene kerja…Kalau ikutkan hati memang nak terus berjalan gak…tapi kene kerja jugak beb…. sapa nak bayar sewa rumah nanti…. bayar bil-bil semua nanti..hehhehe… tarak kerja… tarak gaji la beb….dan masa hari ketiga tuh parents aku rehat dekat rumah je sebab esoknya kami akan bermula kami punya Family Roadtrip!!!!….
Pada pagi hari keempat parents aku sampai kat sini aku iaitu kira-kira pukul 11.30 pagi…dalam lebih kurang 3 jam lebih selepas aku tido sebab aku kene kerja malam hari sebelumnya tuh….(balik kul 7 pagi beb)….aku dah dengar kecoh-kecoh dah…semua orang dah siap packing nak start berjalan….Nadiah pon dah siap amik SUV yang kami booking dulu….Aku plak yang dok mamai ni…bangun la mandi…..pastuh sambung tido dalam kereta…tak larat lagi nak drive sebab tak cukup tido…
Kitorang start berjalan pada pukul 12.30 tengahari…. dan hentian pertama kami dalam roadtrip ni ialah Kittery, Maine….iaitu kira-kira 311 kilometer dari rumah aku…Perjalanan kali ini mengambil masa 4 jam untuk tiba….. Semua orang excited dengan roadtrip ni… terutama aku dan Nadiah la….mana taknya… dah dekat setahun kami kat sini… ni la first time nak makan angin…. dapat la releasekan semua tension yang terkumpul dalam badan ni…hehehhe…..
Alhamdulillah kami selamat sampai ke hentian pertama kami… dan State Maine ni memang popular dengan keindahannya terutama kawasan-kawasan berhampiran laut…Disini korang boleh tengok bandar-bandar pelabuhan yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dari segi struktur banggunan dan lobster ataupun udang galah merupakan makanan yang popular disini… Tidak sah kalau korang datang sini dan tak makan lobster kat Maine….dan bagi mereka yang suka shopping….kat sini ada satu factory outlet yang terbesar di New England….dipanggil Maine Outlet…..macam-macam brand ada kat sini…murah2 pulak tuh….sempat gak la bapak aku sambar baju Polo sehelai dua dan tau-tau aku aku nampak mak aku bawak 2 kotak set corelle….huhuhuh….. Aku tinggal kejap parents aku kat outlet ni sebab aku dan Nadiah nak kene setelkan bilik hotel yang kami sewa….hehehhe….. Malam tuh pulak….lepas mandi semua… kitorang gi makan lobster kat satu restoren yang boleh dikatakan popular dengan masakan udang galahnya…dan dari segi harga makanan..boleh dikatakan berpatutan…tak sampai 80 dolar pon kitorang makan malam tuh…..
Ok la…sampai sini saja buat kali ni..aku dah ngantuk giler ni… Pada bahagian ketiga nanti..aku akan story plak apa yang apa yang jadi semasa perjalanan kami menuju ke Boston….hingga jumpa lagi…Wassalam…
2.40am
Posted in Uncategorized | No Comments »
June 25th, 2007 by hiekal
June 26 2007 1.56 am.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…. dah lama aku tak update…..mungkin kalau sapa-sapa yang baca dari agendadaily.com…. korang dapat baca yang bapak aku dah siap write up dia…huhuhu…cargas tul…. aku plak dok terhegeh-hegeh nak taip….hehehhe…busy beb… lepas diorang balik… ingatkan dapat la sambung tulis… dah macam-macam hal plak kat sini lepas tuh….kene cover orang nyer shift la…keje tuh la…keje nih la… macam-macam…sampai nak kene curi masa la aku nak tulih nih…
Macam yang korang semua tahu dulu..29 May lepas…Alhamdulillah Mama, Abah dan adik aku Hazril selamat sampai ke US ni setelah 2 hari melepak kat Dubai kejap…..panas gile diorang cakap kat sana… Hampir 10 bulan aku tak jumpa family aku…rindu beb….sapa tak rindu…lama tak jumpa…huhuhuhu…. dekat 2 jam aku kene tungu kat JFK airport sebab flight delay….dah la cuaca dah mula panas kat sini masa tuh…. berpeluh la gak aku tunggu masa tuh… dah la parking mahal gila kat airport….
Kalau ikut plan…kitorang sepatutnya akan start berjalan 3 hari lepas parents aku sampai… ye lar..aku nak biarkan setel dulu ‘jetlag’ diorang….tapi esoknya dah nak start berjalan…huhuhu…steady je aku tengok diorang…mungkin sebab stay kat Dubai 2 hari sebelum sampai sini kot… tapi Dubai ngan KL cuma beza 5 jam je… First day lepas diorang sampai..aku ngan Nadiah bawak diorang semua ke tempat aku dan Nadiah mula-mula tinggal masa sampai kat US ni…kitorang ke Holyoke, Masachusetts….saja bawak ke tempat- tempat yang aku dan Nadiah memulakan kehidupan kat US ni….aku tunjuk semua tempat yang aku lalu dulu…apa yang kitorang buat dulu.. rumah kami yang mula-mula dulu….tempat kami tunggu bas….tempat kene transit bas sebelum ke UMASS….hehehhe… ingat-ingat balik… dah senang banyak dah kami kat sini… dulu kene naik bas sampai 4 jam tiap2 hari ulang alik dari rumah ke UMASS…. gila la kalo ingat balik… Syukur aku kepada Allah S.W.T sebab beri kami kesenangan dalam perjalanan kami disini… lepas tuh kitorang lepak makan kat Mt. Tom iaitu kira-kira 2 batu dari rumah aku…
Perut dah steady…baru bleh start balik jalan…lepas tuh aku bawak diorang semua ke Yankee Candle Factory…kira-kira 7 batu dari UMASS…. Kat sini segala-galanya pasa lilin…Macam rupa benda yang ada kaitan denga lilin boleh cari kat sini…macam-macam bau..macam-macam warna….. Kalau sapa-sapa yang gila-gila pasal lilin…. aku pasti tempat ni untuk korang…. Asal-usul lilin dari A sampai Z diorang explain kat sini…. baru aku tau yang lilin ni sebenarnya datang dari pokok….ada sejenis pokok nih hasilkan biji yang diorang proses buat lilin….Dah habis kitorang pusing kat situ…terus aku shoot balik rumah sebab malam tuh aku kene keje malam…tak start cuti lagi aku masa tuh sebab ikut plan…3 hari lepas diorang sampai baru aku nak start jalan… On the way balik ke West Haven..aku toleh belakang.. semua dah out ..tertido beb …hehehhe….inilah kesan ‘jetlag’…hehehheh……
Ok la..sampai sini saja…nanti kita sambung lagi kisah aku bawak family aku jalan-jalan kat US ni….Wassalam….
2.33am
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
May 21st, 2007 by hiekal
May 21, 2007 11.50pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua….
Dah hampir sebulan aku dah tak update blog ni….ada banyak hal yang datang setiap kali aku nak update blog ni….hehehhe… bila ada masa free plak….letih plak masa tuh…lagipun masa awal-awal dulu takde benda sangat nak cerita…benda sama je aku ngan nadiah buat kat sini…..
29 April lepas…sahabat baik aku Boy selamat menjejakkan kaki kat bumi Amerika ni… Motif dia kesini nak cari sekolah untuk futher study kat sini….member aku ni tukang masak…ada business catering kat KL dulu….. dah dekat sebulan dia kat sini… Pada masa yang sama, Kak Shila perlukan pembantu kat restoren dia… So…ok la…dapat la dia stay lama sikit kat sini….. sambil tengok-tengok sekolah mana nak masuk…dapat gak keje part time…rezeki dia la…hehhehe….
Masa hari dia sampai tu aku keje sampai pukul 11 malam…. dan Boy plak landing pukul 10.30 malam…dan perjalanan dari tempat kerja aku ke JFK airport ambil masa sejam setengah…hehehhe…melepak kejap la dia kat sana…. lepas dah ambil dia kat airport.. kitorang terus ke Manhattan…. first time aku drive kat sana….dulu masa first time pergi…orang lain yang drive… Nak jadikan cerita…2 jam kami sesat dalam Manhattan dah la Taxi driver sana drive macam bapak diorang punya jalan…macam orang gila…sabar je la….hehehhe… aku nak cari Broadway Avenue …. tempat ni agak happening kalau time malam…. Nasib baik jumpa….hehehe…
3 hari gak la aku biar Boy lepak rumah kasi setel ‘jetlag’ …lepas dah setel…aku bawak dia jalan-jalan tempat Nadiah belajar dan kawasan-kawasan sekitar Amherst, Northampton, Holyoke dan Springfield …..tunjuk tempat-tempat yang aku dah terokai dulu…hehhehe…. Seronok gak la dia….dulu dok dengar aku cakap je…sekarang betul-betul semua benda tu ada depan mata… Aku dan Nadiah pon seronok sebab ada kawan kat sini… aku kenal boy sejak aku tingkatan 4 lagi…masa tuh aku baru mula-mula pindah ke Seksyen 6 Wangsa Maju…..Dah lebih 10 tahun kitorang kawan…. 2 tahun sebelum aku kesini…aku ngan boy sempat 2 tahun berturut-turut(2004 & 2005) berniaga di Pasar Ramadhan dekat Seksyen 1 Wangsa Maju…. Memang happening masa tuh…Masa puasa tahun lepas Boy niaga sorang-sorang…. tuh pun 2 minggu je bertahan…Tarak ‘ong’ dia cakap tahun lepas..hehhehe…
p/s: Gambar tuh sebenarnya masa tahun 2005…aku salah edit…hehehe….
Semalam kitorang semua pergi ke Mohegan Sun… pergi ngan Kak Shila satu family… saja jalan2….Tempat ni sebenarnya casino dan bersambung ngan shopping mall… selalu tengok dalam TV je mesin slot semua…hehhehe… takat tengok la kitorang… Tempat ni lebih kurang macam Genting la….. takde la gempak sangat…. Biasa je… rasanya genting lagi gempak… siap ada ride lagi…kat sini ada restoren n shopping mall je…
Mengenai kehidupan kami kat sini….Alhamdulillah dah semakin stabil… Aku dan Nadiah pon masing-masing dah ada kereta sendiri…senang kami nak pergi dan balik kerja semua… takyah dok tumpang-tumpang orang lagi lepas ni… Nadiah pon baru je abis semester kedua… dan sekarang ni tengah summer break….cuti sampai bulan 9 ni tak silap…memang lama… lepas Mama dan Abah balik nanti..kami memang nak cari kerja lagi satu….kumpul duit beb……
Ok la…takat ni je buat masa ni…..Insyaallah kita jumpa lagi nanti…Wassalam
May22, 2007 12.10am
Posted in Uncategorized | 3 Comments »
April 24th, 2007 by hiekal
April 24 2007………………..9.00am
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua….
Jumpa lagi kita harini….sebenarnya aku agak busy sejak 2 minggu lepas….Maklumla…Insyaallah mama dan abah aku akan sampai sini hujung bulan May ni….tiket dan visa pon dah diorang dapat minggu lepas….dan yang membuatkan aku takde masa nak update apa-apa dalam nih sebab aku dengan Nadiah dok busy set-up perjalanan kitorang masa mama dan abah sampai…diorang akan stay sini selama 2 minggu…dan inilah buat pertama kali aku dan Nadiah nak travel sekali….dan dah hampir 8 bulan kami kat sini….mana berjalan lagi beb….Tarak duit beb!!!…hehhehe…nih pon baru je lepas bayar duit belajar Nadiah untuk semester lepas……jadi miskin balik kejap…huhuhuhu….kejap je duit ilang…tapi takpe…pelaburan untuk pelajaran tak perlu berkira….Insyaallah satu hari nanti dapat pulangannya…
Aku dan Nadiah ni kira macam travel planner la……nak bawak Mama ,Abah dan Hazril jalan-jalan kat US nih…aku ngan Nadiah bukan ada duit pon…menumpang je…hehheheh….Seronok dapat jumpa family aku…seronok dapat jalan…sekurang-kurangnya ilang stress selama kami duk kat sini…….Daripada apa yang dirancang..insyaallah kami akan berjalan ke Maine, New Hampshire, Boston, Capecod, Buffolo, Niagara Fall, Philadelphia, New Jersey, Atlantic City, Washington DC dan New York……semua ni kitorang cuba cover dalam masa 2 minggu…sewa van beb….American’s Roadtrip!!!!…hehhehhe….sekali drive mau amik 6-7 jam gak untuk sesetengah tempat tuh….huhhu…..sure banyak cerita menarik masa tuh nanti….harap korang semua tunggu…..
Sekarang ni dah masuk musim spring…suhu dah mula suam…kalau korang nak tau…masa perubahan dari winter ke spring haritu…kat sini boleh hujan lebat giler sampai banjir…korang mesti ada dengar berita kat TV kan??…aku ada sekali tuh sampai kerja makan gaji buta sebab highway tempat aku kerja tuh tutup…duduk goyang kaki je la kat tempat kerja…hehehhe….dan lepas tuh kejadian Virginia Tech…korang semua tau kan??… cuak giler aku tengok berita tuh….aku nak cerita banyak pon aku maleh hal-hal macam nih….macam-macam….dan satu perubahan drastik yang aku dan Nadiah rasa ialah….sekarang ni suhu dalam 26 darjah celcius..dan dulu kat KL boleh dikatakan ni kira suhu bilik je…tapi masalahnya sekarang ni..suhu nih dah kira panas gile kat sini…aku sampai berpeluh giler bila keluar…nak tido time malam pon tak berapa selesa…..huhuhu….cepat betul badan kita "adapt" dengan suhu kat sini….
Pada 8 april lepas…aku dan Nadiah sebenarnya ke Capecod….pada asalnya kami just nak ke Mystic je…kira-kira 50 miles dari West Haven…. pastuh boleh terjebak ke Capecod….hehhehe.. saja je nak belajar jalan…. semua gambar dekat blog kali ni semua gambar-gambar yang aku amik masa perjalanan haritu….. Mystic dan Capecod adalah bandar pelabuhan … dekat ngan laut la….masa aku sampai tuh still sejuk lagi..so orang takde la…selalunya orang akan ramai masa summer…banyak aktiviti kat sini….. Masa sampai Mystic tuh dah pukul 4 lebih dan kitorang sampai Capecod dalam pukul 7 lebih macam tuh…sampai-sampai dah nak gelap…hehehhe…tempat cantik,..relax…memang sesuai nak bawak family or sight seeing….
Ok la..sampai sini je untuk kali ni..aku ada meeting sebenarnya kejap lagi….hingga jumpa lagi…Wassalam..
9.14am
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
April 5th, 2007 by hiekal
April 5, 2007 4.50pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua… Alhamdulillah aku dan Nadiah sihat walafiat…..dan diharap semua sahabat dan para pembaca semua juga berada dalam keadaan yang sama….
Semalam genaplah usia aku 26 tahun (April 4)…..dan dalam 26 tahun aku hidup ni di dunia ni…macam-macam dah aku lalui…macam-macam dah aku alami….suka-duka….pahit-manis…..semua itu merupakan corak serta ukiran dan warna yang kita gunakan untuk hasilkan lukisan satu kehidupan…. Bagi aku kehidupan di dunia ini merupakan lukisan yang besar….. warna-warna pelangi yang indah melambangkan keceriaan dan titik-titik hitam kedukaan yang mematangkan dan mengukuhkan diri seseorang dalam meneruskan kehidupan di dunia yang mencabar ini….adakalanya kita tersungkur…. terjatuh…. adakala kita melompat riang gembira dan tertawa….Apa yang penting… kita harus sentiasa kuat dan tabah dalam hadapi ada sahaja dugaan yang mendatang….. Mungkin ada yang beranggap aku terlalu mentah untuk mempersoalkan tentang kehidupan ini….. Tapi sekurang-kurangnya dalam usia sebegini dan setelah apa yang aku dah lalui…… membuatkan aku begitu menghargai kehidupan dan aku akan cuba menghasilkan satu lukisan yang indah bagi kehidupan ini…..Dan aku berharap agar lukisan yang aku hasilkan ini akan di tatapi oleh generasi aku yang akan datang….Insyaallah….
Inilah pertama kali aku manyambut hari lahir aku tanpa keluarga aku….. kalau tak…tiap-tiap tahun kami akan keluar makan bersama setiap kali tiba hari lahir setiap ahli keluarga aku….tapi kali ni.. hanya aku dan Nadiah sahaja…. Takde apa-apa yang menarik pon yang jadi semalam… Hari sebelum tuh aku kene kerja 2 shift… dari pukul 3 petang(April 3) sampai 7 pagi (April 4) ….hehhehe…. balik-rumah terus tido la jawabnya…. dan hantar Nadiah gi kerja pula lepas tuh…. dan sorang-sorang la aku kat rumah semalam…. hehhehe…..makan ngan layan TV je jawabnya… Terima Kasih kepada semua yang menghantar ucapan hari lahir dan kata-kata semangat kepada aku semalam….
Kalau korang tengok gambar kat atas tuh… tuh sebenarnya gambar pantai di West Haven….dalam 1.5 kilometer dari rumah aku…aku tangkap gambar waktu dah nak maghrib ni… Tempat ni akan sesak masa musim panas nanti…. Selalunya ramai orang jogging dan main rollerblade masa tu….yang melepak dan mandi pon ramai…. Kehidupan disini lebih tenang berbanding di Massachusetts dulu… dan kami memang bersyukur sangat dapat pindah sini… Dulu duk sana nak bersosial pon takde sapa, waktu malam pulak dah sunyi….hehheh…. kat sini banyak aktiviti boleh buat… time malam pon tak pening….
Gambar ni pulak aku ambil dari luar pintu tangga nak naik ke apartment aku… Apartment aku betul-betul atas kedai ni….. pagi-pagi agak sibuk disini… maklumla..duduk kat tengah-tengah downtown la katakan….. Senang dok sini… nak gi bank, pos office dan pasaraya dekat je… semua walking distance dari rumah aku. Dah 2 bulan aku di West Haven ni… dan mostly hampir semua orang melayu (Malaysia&Indonesia) disini aku dah jumpa. Mereka semua friendly dan suka menolong terutama orang baru seperti aku dan Nadiah ni… Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan…. dan cerita pasal membantu ni…..
5 hari lepas aku dapat kereta lagi satu….. Dapat bukan beerti aku beli… tapi member aku, Adi bagi kereta Honda Prelude(1994) dia dekat aku… dia tak pakai kereta tuh dia cakap…sebab tuh dia bagi… terkejut dan tak percaya aku dengan masa mula-mula dengar apa yang dia cakap…. hehehhe…. Alhamdulillah… dah rezeki kami kat sini gamaknya… Syukur aku kepada Allah….Kalau kat KL dulu dok berangan je nak pakai kereta ni…..hehhee…mana mampu nak pakai….. Once dah register semua kereta ni senang la sikit kehidupan kami kat sini.. tak la macam terikat sangat aku bila nak cari kerja lagi satu nanti. Nadiah pon senang nak pergi kerja nanti, tak la harap aku atau orang lain untuk pergi atau balik kerja.
Insyaallah family aku akan sampai disini pada penghujung bulan May ni… Tak sabar aku nak jumpa mereka… dan tak sabar nak travel sama kat sini… sejak September tahun lepas aku kat sini.. takde peluang aku nak travel kat sini….. tengah struggle nak hidup la katakan… hehhehe.. dan alhamdulillah kehidupan kami dan semakin bagus sekarang. Aku plan nak sewa van dan travel sendiri… pakai map je… hehhehe… taknak aku amik travel pakej…nanti tak berapa free.. kene ikut group je… tak syok macam tu… Sekarang aku aku dan Nadiah tengah sibuk plan vacation trip kami… mana nak ikut..jalan mana nak pergi… state mana nak singgah…tempat mana nak tido…semua la…hehhehe…
Ok la beb….aku sambung lagi nanti…Aku tengah tunggu Nadiah habis kelas ni… kejap lagi habis la… Hingga jumpa lagi… Wassalam…
5.58pm
Posted in Uncategorized | 3 Comments »
March 26th, 2007 by hiekal
Mac 26, 2007……………………. 7.00 pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat dan para pembaca semua…..Alhamdulillah rumah aku dah masuk line internet dan telefon 2 hari lepas…. lepas ni senang la aku nak update story aku..heheh… sejak pindah dulu susah betul nak cari masa yang sesuai untuk aku update… kalau aku free plak…internet takde la…ada hal la…macam-macam….
Aku dan Nadiah setakat ni menjalani kehidupan seperti biasa….kerja dan study la untuk nadiah..dan aku plak kerja dan hantar nadiah gi kelas je…hehhehe…. dan 2 minggu lepas aku dipanggil oleh manager(ExxonMobil) aku.. dan dari perjumpaan aku rupa-rupanya dia mahu aku jadi Safety Captain di tempat ni. Safety Captain ni ialah seseorang yang bertanggungjawab menjaga hal-hal keselamatan tempat bekerja. Jawatan ni dahulunya dipegang oleh Kak Sham tetapi dia berpindah ke cawangan di Orange, CT. Manager aku cakap aku la orang paling layak untuk jawatan ni setelah dia refer latar belakang kerja dan degree yang aku ada. Terkejut dan gembira pon ada…mana taknya..baru je 2 bulan aku kerja dan dapat post ni… hehhe… Alhamdulillah….. dapat la elaun lebih tiap-tiap bulan bila pegang jawatan ni…
Mengenai rumah kami plak… setakat ni baru dapur je yang dah complete…. nasib baik tengah banyak sale time ni… so banyak la benda yang dapat kami beli bulan ni…..dah ada la meja makan kat rumah aku ni…hehhe… masa mula-mula duduk dulu makan kat lantai je takpon kitorang buat meja daripada kotak…hehhehe…. Pelan-pelan kayuh orang cakap… nak beli semua benda sekali gus kene budget jugak..banyak benda nak kene setel… awal bulan depan nak kene setelkan bayaran yuran study Nadiah untuk semester ni….. USD5,500 untuk satu semester….itu pun dapat tuisyen waiver dari UMASS… so jumlah ni hanya 50% dari bayaran asal… patutnya USD11,000 untuk satu semester….huhuhuhu…banyak tuh…. Nasib baik kami sempat kumpul duit untuk study Nadiah semester ni….kalau tak tau la apa jadi…hehhehe… Syukur kepada Allah….
Insyaallah semester depan study Nadiah akan di biayai oleh ExxonMobil sepenuhnya… Doakan agar semuanya berjakan lancar…..
Bercerita tentang kehidupan dan rumah kami di West Haven ni…. keadaan disini tenang dan kadar jenayah juga alhamdulillah berada di paras yang rendah disini berbanding di tempat lain sekitar West Haven dan kami berasa selesa dan selamat tinggal disini…. dan aku juga takde masalah untuk berjalan pada waktu malam di kawasan ni… ye la..aku pon selalunya keluar pada waktu malam sebab aku kerja shift malam selalunya. Daripada apa yang orang kata..pada musim summer nanti taman di depan rumah aku tu akan jadi lagi meriah sebab hampir setiap minggu akan ada acara-acara untuk penduduk setempat. Gambar kat atas tuh sebenarnya gambar dari tingkap di rumah kami…dan korang bolah tengok yang masih ada salji lagi.. sepatutnya sekarang ni dan musin bunga dan suhu sepatutnya akan menjadi bertambah suam. Aku pon pelik…dan stress pon ada gak…dah tak tahan aku sejuk-sejuk ni…hehhehe…. dah la nak drive pun susah masa snow ni…macam drive dalam lumpur…memang kene betul-betul fokus kalau drive masa snow ni….jalan memang betul-betul licin masa ni.
Kerja kat stesyen minyak ni membolehkan aku jumpa dan berinteraksi secara langsung dengan penduduk disini…. dan dah hampir 3 bulan aku kerja kat sini…macam-macam perangai orang dah aku tengok. yang ramah….yang sombong…yang datang bayar minyak 20 dollar dengan syiling sahaja….hehehhe…datang isi minyak kereta dengan USD 1.45 je….tuh kira ok lagi…ada satu malam ni..ada seorang mamat ni….. pakai kereta mercedes…baju kot semua…. tapi jumpa aku mintak aku belanja dia minyak sebab dah takde duit….heheh.. pelik aku… baju sikit punya smart..kereta sikit punya lawa….tapi kosong….hehhehe…
Nadiah ada lagi sebulan lebih untuk habis semester ni dan lepas tuh dia akan cuti selama 3 bulan untuk summer vacation. Nampak gaya cuti tahun ni tak balik la kitorang ke Malaysia…kene kumpul duit la beb…hehhe….. lagipon insyaallah Mama, Abah dan adik aku Hazril akan datang sini pada hujung bulan 5 ni…lama aku tak jumpa mereka…. rindu betul…selalu dok chat dekat dalam PC je la…. kene la aku plan nak bawak mereka jalan kemana bila mereka sampai. Nak kata aku tau….aku pon takde masa nak berjalan di US ni lagi…. hehehe…dulu masa nak sampai dulu..nak berjalan…tapi takde duit…. sekarang ni dah kerja…pun susah nak jalan gak… nampak gayanya….masa mak bapak aku datang nanti la kami akan jalan sama-sama…..hehehhe…. Nak cuti waktu-waktu ni pon tak boleh…baru kerja la katakan……
Ok la…hingga jumpa lagi…..Wassalam….
7.55pm
Posted in Uncategorized | 3 Comments »
March 12th, 2007 by hiekal
Mac 12, 2007…………… 5.45pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekarang aku tengah tunggu Nadiah habis kelas…. perkara biasa yang aku buat setiap minggu pada hari isnin dan khamis…..hehhehe…. Sedar tak sedar…. dah hampir 7 bulan aku dan Nadiah ada kat sini…. dalam 7 bulan di sini macam-macam kami dah lalui….pelbagai perkara dan dugaan dah kami hadapi…ada yang seronok dan ada yang pahit terpaksa kami telan dalam meneruskan kehidupan disini…. Hanya kesabaran, ketabahan dan semangat yang kuat sahaja yang meneruskan perjuangan kami disini…. dan alhamdulillah, walaupun dah beberapa kami tersungkur disini sebenarnya dan kami masih lagi mampu meneruskan perjalanan ini…..
Sudah hampir 2 minggu kami tinggal di rumah baru ni…. dan setakat ini perjalanan kehidupan kami disini semakin lancar dan kami sudah mula boleh bernafas dengan tenang sekarang…. Berbeza dengan tinggal di rumah Jamilah dulu… kehidupan kami disini boleh dikatakan lebih privacy kerana hanya kami tinggal disini dan tidak berkongsi dengan sesiapa…. Kali terakhir kali tinggal sendiri ialah 3 bulan sebelum kami berlepas kesini….masa tuh dok kat rumah flet dekat AU3 Keramat…. sempat duduk 3 bulan je kat sana…pastu terus kami ambil keputusan untuk kesini…. Rumah kami di West Haven ni masih lagi kosong… cuma ada dapur masak , meja study ngan tilam je…. hehehhe… maklum la..baru lagi…sekarang ni tengah dok kumpul duit utk beli perabot sikit-sikit….
Benda yang baru aku experience kat sini ialah pergi dobi….ye lar… kat rumah aku ni takde mesin basuh lagi… so kena la pergi dobi… Lepas dah dengar arahan owner dobi dekat Elm Street, West Haven aku dan Nadiah pon start la basuh baju…. hehehhe… selalunya tengok dalam Tv je… sekarang aku plak yang buat…. best gak rasanya… hehhehe….kos untuk basuh baju disini ialah dalam 4 dolar untuk gunakan mesin yang paling besar… stok baju untuk 2-3 minggu boleh sumbat dalam ni… hehehhe…. semua benda buat sendiri… dah habis basuh..kene transfer ke mesin pengering pulak….dan jangkawaktu semua proses ni dalam sejam…. Dan satu lagi benda baru disini ialah….Musim Winter dah habis!!!!… heheheh…… Its spring time right now!!! .. hehehe…. suhu dah mula berada dalam 10-15 celcius…. heheh… memang nampak sejuk jugak…. tapi sebenarnya suhu ni memang selesa jika dibanding kan dengan suhu negatif masa musim winter…heheh.. memang seksa jugak la bagi kami yang buat pertama kali experience winter…. heheheh…. kalau boleh aku nak balik cuti tahun depan masa winter…hehehh… kalau boleh la….
Dalam pada masa yang sama juga, aku dan Nadiah dapat kerja part time dekat Best Western Hotel, West Haven sebagai pekerja di front desk… saja-saja je la kami pergi interview haritu…tau-tau dapat… hehheh… dan setelah seminggu kami training aku decide aku tak mahu teruskan kerja disitu… bukan sebab kerja tu teruk…tapi bosan giler…kene berdiri je dan takde benda lain nak buat bila takde kerja… dan aku pulak jenis orang yang suka bergerak…dan kalau kerja yang kene berdiri sahaja…memang bukan untuk aku la… dan bagi nadiah….kerja ni memang sesuai untuk dia sebab dia boleh baca buku dan buat assignment bila takde kerja kat sini… dan setelah berbincang dengan Nadiah…hanya dia sahaja yang teruskan bekerja disitu dan aku berhenti memandangkan aku hanya bekerja sabtu dan ahad sahaja di hotel ni manakala nadiah pula bekerja 4 hari seminggu. Bukan sebab aku memilih, tapi aku bukan jenis orang yang suka kerja yang takde kerja ni….hhehehhehe…. baik aku cari kerja part time dekat restoren mana-mana…..hehehhe…
Daripada awal aku sampai US ni, macam-macam perancangan dah kami buat…dan korang sendiri tahu yang dah banyak kali aku dan nadiah terpaksa ubah apa yang kami rancang disebabkan pelbagai rintangan yang datang… dan kali ini kami dan putuskan yang aku hanya akan terus bekerja untuk tahun ni bagi mengukuhkan ekonomi kami dulu dan Nadiah seorang sahaja yang study..dan Insyaallah kalau semua berjalan lancar..aku akan sambung balik study pada pertengahan tahun hadapan. Walau apa pu yang jadi..aku akan teruskan juga impian aku untuk sambung study disini… gunakan segala peluang yang ada disini… selagi mampu…hehhehe….
Ok la..sampai sini sahaja…insyallah aku akan selalu update bila line internet dekat rumah aku dah ada…sekarang ni susah sikit nak online…so paham-paham la …..jumpa lagi…wassalam….
6.25pm………
Posted in Uncategorized | 3 Comments »
February 26th, 2007 by hiekal
Feb 26 2007 …….5.00pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Harini agak letih bagi aku dan Nadiah….Mana taknya..semalam kami baru lepas mengangkut barang dari rumah kami di Holyoke ke rumah baru kami di West Haven, Connecticut. Barang memang tak berapa banyak tapi ada 2-3 barang yang besar seperti tilam, meja dan kerusi study yang membuatkan tak muat untuk aku sumbat ke dalam kereta aku yang ushi tuh….hehhehe… Nasib baik Abang Akson bagi pinjam van dia….. Boleh la aku dan Nadiah sumbat semua benda dalam van tuh…..
Sampai je kat rumah kami kat Holyoke…kami pun mula la masukkan barang dan baju kami dalam kotak..nasib baik kotak dah ada semua… Sejak kami kerja ni memang susah nak cari masa datang sini untuk kemas barang…. Semalam je la masa yang kami berdua free untuk kami datang sini dan angkut semua barang….Kontrak rumah baru dah kami tandatangan 3 hari lepas…. Nasib baik Abang Akson bagi pinjam van… rupa-rupanya banyak jugak barang kami…hehhehe…penuh satu van….dekat 2 jam kami punggah barang masuk dalam van….. Kebetulan Jamilah(owner rumah Holyoke) ada masa kami kemas barang tuh…dia kata sedih tengok kami nak keluar dari rumah ni…. Tapi kehidupan mesti diteruskan…rezeki kami lebih kat Connecticut…terpaksa la kami pindah sana…. demi untuk teruskan kehidupan… Kalau dok stay sini lagi memang sakit la beb….hehhehhe…..
Dalam perjalanan pulang ke West Haven ketika kami baru je lepas Haftrord, tiba-tiba aku rasa macam ada tak kene dengan van ni….Aku pun berhenti dekat stesyen minyak kejap nak periksa apa yang buat rasa lain macam bila bawak van ni…. Rupa-rupanya tayar depan sebelah driver pancit pulak ….huhuhuhu…. aku pon pergi periksa tayar spare…Nasib baik tayar spare ada tetapi tool pulak takde….Aduss….. Orang pon takde masa ni…dah la malam dalam pukul 10 lebih….sebelum jadi apa-apa hal..lebih aku baik pump je tayar dan teruskan perjalanan….masa isi angin tuh aku dengar la ada bunyi angin keluar….hehehhe…nampak gaya kene berhenti setiap gas station la untuk pump angin…hehehheh….terpaksa beb…dari berlaku benda pelik-pelik kat sini…better ku teruskan perjalanan…dah la malam…sejuk pun satu hal….hehehhe…. Alhamdulillah sampai juga kami kat rumah Kak Shila dan Abang Akson….. Esok la jawabnya aku tukar tayar sebab dah mula snow time tuh…
Dalam sebulan jugak la kami dok cari rumah….. nak kata susah tak juga kalau nak cari rumah dekat sini…. tapi masalahnya mahal…..Maklum la….baru nak start kehidupan kat sini… So kitorang terpaksa berjimat banyak untuk permulaan…. Kene cari yang murah-murah dulu… Kami dapat rumah betul-betul di Downtown West haven….dari tingkat rumah kami nampak West Haven Green(Taman). Kami sewa apartment yang berkonsepkan studio tetapi ruang dapur dan toilet berasingan….Dan apartment ni mmg cukup luas untuk kami berdua…. dan dekat dengan pasaraya Walgreen dan bank….Sewa sebulan disini USD625 dan campur bil eletrik semua dalam 700++ jugak la….. Tapi sebelum masuk rumah ni kene bayar 3 bulan deposit…..dekat 2000 gak la untuk permulaan… Nasib baik kami berdua kerja..kalau sorang je….memang sakit la beb…..
Bangun pagi tadi terus aku gi tukar tayar van Abang Akson…tapi sebelum tuh bukannya boleh terus tukar tayar….semalam snow kan???…hehheh…kene sodok la dulu jawabnya…nak nampak tayar macam mana kalo tak sodok dulu…hehheheh….. Nasib baik snow tak keras lagi…So senang la aku nak clearkan area ni semua sebelum aku tukar tayar van ni….. Nadia pula dok layan anak-anak Kak Shila dan Abang Akson dok main snow…. bila snow je..sekolah cuti kat sini…seronok la bebudak tuh semua dok main snow….hehhehe…. aku nak kene setelkan tayar ni lepas tuh nak kene punggah barang ke rumah baru kami pulak… Rumah baru aku dalam 200 meter dari rumah Kak Shila dan Abang Akson…dekat je….hehhehe….kalau jalan kaki tak sampai 5 minit sampai…. Dalam kol 10 pagi tuh aku dah setel tukar tayar semua dan kami terus pergi ke rumah baru kami untuk punggah barang…. Nak kene cepat sebab Abang Akson nak pakai van untuk gi berniaga. Dan dalam kol 11 macam tuh kami setel punggah barang….. letih giler….sampai je rumah Abang Akson…kami dua-dua terus kong…hehhehe…. kol 1.30 baru bangun….tuh pon kene bangun sebab Nadiah ada kelas kol 4….kalau bukan sebab kelas…memang sampai malam la… hehehheh……. Ni lepas Nadiah habis kelas pukul 9.30 malam..kami nak kene singgah rumah kat Holyoke kejap sebab ada 2-3 benda lagi tertinggal…
Ok la hingga berjumpa lagi….wassalam…
6.15pm
Posted in Uncategorized | 6 Comments »
February 19th, 2007 by hiekal
19 Feb 2007…..7.30pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi aku pelunag untuk update story aku pada kali ini….. Harini sudah satu bulan lebih aku bekerja di Connecticut…. Semuanya alhamdulillah semakin senang….suasana tempat kerja yang seronok dan rakan sekerja yang friendly semua…. memang buatkan selesa aku berada disini….dah mula aku nampak jalan yang terang untuk aku dan Nadiah teruskan kehidupan disini….. dah nampak masa depan yang cerah untuk Nadiah habiskan study kat sini…..mana taknya..pakai duit sendiri kesini…bukan ada sapa-sapa sponsor…..kene cari duit sendiri la beb…mula-mula memang kene struggle….kene tabah…dan alhamdulillah kami dah lepas beberapa dugaan yang mencabar pada masa yang lepas…..dan alhamdulillah kami kenal komuniti melayu di West Haven ni….seperti Kak Shiela, Abang Akson, Abang Dean, Kak Zef, Abang Hamsan dan ramai lagi….mereka ni banyak membantu kami dalam meneruskan kehidupan disini…..
Buat sementara ni kami tinggal bersama Kak Shiela dan Abang Akson…..Merekalah yang banyak membantu kami dengan ikhlas ketika disini…terus -terang aku cakap….tanpa bantuan Kak Shiela dan Abang Akson, aku tak tau nasib aku dan Nadiah kat sini macam mana….aku dan Nadiah memang terhutang budi kepada mereka…. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik mereka….Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kerana membantu kami selama ini…..Insyaallah dalam satu atau 2 minggu lagi kami akan berpindah ke West Haven….
Minggu lepas aku dan Nadiah buat pertama kali menjejakkan kaki ke Manhattan atau lebih dikenali sebagai New York City…..Kami kesini kerana Kak Shiela ada urusan disini dan kami ni just temankan dia kesini….Lama aku tak alami kesibukan kota….dan kesibukann kat sini lebih kurang macam kat KL masa rush hour….hehhehe….satu je yang aku perasan kat sini….pemandu teksi kat sini memang memandu tak kesah orang lain…asal ada orang tahan je dia akan berhenti tanpa kesah pemandu lain….so aku advise kepada sapa-sapa yang akan ke New York dan akan memandu disana…sila la berhati-hati….. hehhehe…. tak lama aku kat sini…dalam 2 jam je…mostly aku jalan-jalan dalam kereta…. berhenti kejap kat 5th Avenue ngan 49th Street untuk tangkap gambar je…. aku akan datang sini lagi…. dan aku akan citer dengan lebih detail pasal Manhattan pada masa akan datang….
Memandu dalam salji tebal???….hehhehe….15 Feb lepas….salji memang agak tebal…salji dah mula turun masa aku kerja malam tuh…masa malam ni jugak la first time aku tengok macam mana state worker clearkan salji yang cover jalan raya dan highway….sehari suntuk salji turun masa tuh….aku pon bawak kereta tak boleh laju sebab jalan terlalu licin dan terlalu banyak aku dapat tengok kereta accident harini….. Bila dah salji….hehehhe….kerja jadi bertambah la nampak gaya…nak kene clearkan salji yang menghalang kereta untuk isi minyak kat tempat kerja aku….kerja aku satu hari waktu tuh…sodok salji je la….hehheheh…..pengalaman beb……..bila dah clear semua…kene tabur garam plak sebab taknak salji yang baru turun cover balik tempat yang aku dah sodok…. bila salji kene garam ni….. salji akan cair terus….bila tempat kerja dah clear ngan salji dan tiba pula masa nak balik….bukannya boleh terus balik….satu lagi kerja nak kene setel….clearkan salji dekat kereta dulu daa…..aduss….hehehhe… memang letih sikit waktu winter ni…terutama masa snowing….. seronok dia masa hari pertama dan kedua je la…lepas tuh dah mula letih nak mengadap salji ni…hehehhe…. kerja jadi banyak…. sejuk pulak satu hal…..hehehheh…..
Ok la…sampai takat ni je untuk kali ni…. Insyaallah aku tulis lagi pada masa akan datang….dan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sentiasa memberi kata-kata peransang, nasihat dan komen-komen kepada aku….Sekian
Wassalam…
8.32pm…….
Posted in Uncategorized | 2 Comments »
January 31st, 2007 by hiekal
Jan 31 2007………9.52pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera……
Chapter ni sambungan kisah di bawak tuh….ok…Nak citer sikit kisah masa hari Krismas kat sini…1-2 minggu sebelum Krismas lagi aku dah tengok orang-orang sini dah decorate rumah gila-gila…mostly diorang semua hias rumah dengan macam lampu-lampu kelip…mmg penuh bumbung rumah dengan pokok-pokok semua diorang balut habis dengan lampu kelip-kelip ni…kalau time malam memang meriah….siap ada shape rusa la…santa claus la…macam-macam la… Dari segi persiapan aku tengok memang meriah….tetapi berbeza pada hari Krismas itu sendiri…kalau nak dibandingkan dengan perayaan-perayaan di Malaysia memamg jauh beza dengan sini…Percaya tak kalau aku cakap pada hari Krismas tuh sendiri…Suasana kat sini sunyi sepi….aku lalu kawasan rumah orang-orang kat sini…semuanya sunyi dan tak nampak la ada orang-orang datang melawat atau ada perayaan….Pelik??…kalau korang pelik…aku lagi pelik…. Kalau kat Malaysia…nama je raya..tak kira la raya melayu ke…raya cina atau hindu….mmg meriah kan hari tu……Kat sini berbeza….dan kalau nak tau kenapa…..aku sendiri takde jawapan dia kenapa………
Keesokannya pulak…semua orang muslim menyambut perayaan Aidiladha atau raya haji….1st time jugak la kami meyambut hari raya ramai dekat sini…masa raya lepas….kami dengan Abang Utama dan Kak Destri je….Kali ni ramai….Kitorang gi semayang raya dekat New Haven….Komuniti muslim sini sewa satu dewan untuk buat sembahyang raya….ini disebabkan masjid disini tak boleh tampung bilangan jemaah yang terlalu ramai…sebab tuh diorang sewa dewan……Ramai betul yang datang masa tuh…penuh satu dewan basketball….Lepas sembahyang je kami pergi ke rumah Abang Amir dan Kak Liza….ada makan-makan…hehhehe….. Nasik ayam lagi…huuhuuhuh…memang ‘feveret’ aku tuh… puas la aku makan ayam haritu….huhuhuhu….. Ramai yang datang haritu….makin ramai la kenalan aku kat sini…. seronok raya bila dapat beraya sama-sama melayu…… Boleh dikatakan komuniti melayu disini semuanya friendly dan senang mesra….aku pon selesa berborak dengan mereka…dan alhamdulillah…….Abang Amir offer kami satu kereta……dia jual murah je sebab dia tak pakai kereta tu…… kereta SAAB 9000s tahun 1989….memang dengar lama… tapi still ok dan boleh berjalan dengan sempurna…..Aku pon test drive kereta tuh dan check apa-apa yang patut…. terus aku booking kereta tuh….hehhehe…Memang kami perlukan kereta sangat-sangat sebab pengangkutan awam dekat area Holyoke tuh memang tak boleh harap… dah la bas sejam sekali….sampai pukul 7 mlm je….susah nak kerja kalau takde kereta…. dan percaya atau tidak…aku beli kereta tuh 500 dolar sahaja…hehehhe….memang ramai tak percaya…tapi tuh la realiti….. So…setel dah satu masalah besar….lepas ni tinggal nak balik ke Holyoke dan register kereta ni la pulak….aku tak boleh register kat Connecticut sebab aku stay dekat Massachusetts…..undang-undang sini memang macam tu…melainkan aku pindah ke Connecticut…baru la aku boleh register dekat sini.
Kami patutnya balik petang tuh sebab aku kerja hari isnin…… tiket keretapi dah beli….. sebelum balik dari rumah Abang Amir..aku call tempat kerja aku(Dunkin Donut)….aku call dan tanya jadual aku…diorang cakap aku tak keje minggu depan…uik???…tak keje…???..dah 2 minggu la dah aku takde shift ni…Macam mana nak hidup ni beb…mana nak cekau duit nak bayar sewa rumah nanti….aduss…..pening…pening….nak kata aku wat salah kat tempat kerja takde pulak…aku keje ok je selama ni….nak dapatkan kepastian…aku call Amanda…dia ni satu kerja ngan aku….kira aku baik dengan dia…aku tanya la dia sebab aku aku takde shift…dia jawab….Manager tempat aku kerja memang dah lain macam sikit…. dah macam memilih ……dia cerita…yang dia pon dah rasa tak seronok kerja sejak 2 minggu lepas…. Sebabkan takde shift minggu tu ni…aku stay lagi 2 hari dekat rumah Kak Shila… Nasib baik la aku jumpa Kak Shila… Boleh la gak aku kenal-kenal dengan orang-orang kat sini…..
Pening…pening….Nak kene cari kerja lain jawabnya…. tapi kerja agak susah nak dapat dekat area aku tinggal sekarang….mana taknya…pekan tuh tak la besar sangat…tapi ada 6 kolej dalam kawasan ni….so saingan mmg tinggi untuk kerja-kerja yang dibayar ikut jam disini sebab ramai student yang apply sekali….Keesokannya aku dan Nadiah lepak dekat restoren Kak Shila dan Abang Akson…saja je nak tolong diorang…. tengah-tengah dok borak-borak dengan Abang Akson tentang masalah kami ni…datang Abang Dean join borak sekali….dia ni pemilik kedai daging sebelah restoren Kak Shila…. Abang Dean pun kerja sebagai Assistant Manager dekat Stesen Minyak Mobil di North Haven…kira-kira 15 minit dari West Haven…. Bila dia dapat tau je masalah kami ni…terus dia offer aku ngan Nadiah kerja kat tempat dia…dia cakap tempat dia ada kosong…. Alamak….. Offer Abang Dean memang menarik….tapi masalahnya jarak dari UMASS ke sini dalam sejam setengah kalau drive…. Gaji memang lebih dari kerja Dunkin Donut…dan benefit dia memang menarik….siap sponsor study lagi tuh…dalam erti kata lain…aku boleh sambung belajar dan Mobil akan bayarkan….dan Nadiah pulak tak perlu bayar study dia di UMASS….Mobil akan bayarkan kalau kami kerja dengan Mobil dan tiada sebarang syarat lain dikenakan…… Banyak duit boleh jimat kalau kerja dekat sini…..cuma kene travel masa nadiah ada kelas je la… Banyak juka benda nak kene fikir ni kalau nak pindah sini…. aku cakap dekat Abang Dean…bagi masa kami sehari dua untuk fikirkan hal ni…banyak benda nak kene bincang….silap-silap kami pindah ke Connecticut…. tapi tak tau la macam mana….
Dipendekkan cerita…kami terima offer Abang Dean dan kami minta tempoh satu minggu sebelum kami mula kerja disini….sebab aku nak kene register kereta dulu….lepas tuh nak kene repair 2-3 benda sebelum kereta ni boleh digunakan untuk travel dari Holyoke ke West Haven…..Dalam hal ni aku betul-betul terhutang budi dekat Kak Shila, Abang Akson dan Abang Dean yang banyak membantu aku dengan Nadiah waktu ni….kalau aku tak jumpa diorang ni semua..aku tak tau la apa nasib kitorang kat sini…. Hanya Allah je dapat membalas jasa mereka… Dan pada 8 Januari 2007 aku dan Nadiah mula bekerja di ExxonMobil North Haven…..ramai rupanya orang melayu Malaysia dan kesemuanya orang asia…kerja dekat sini…hehhheh…dah rasa macam kerja kat KL pulak….dan alhamdulilah semua orang disini semua baik-baik…dan cepat mesra….kerja pon tak stress…. masyuk satu hal….wakakakka…. Alhamdulillah syukur aku kepada Allah kerana beri rezeki ni….
Seminggu lepas aku kerja kat sini…aku terus call tempat kerja lama aku dan cakap yang aku berhenti kerja, dan Nadiah pon dah berhenti kerja di Mark’s Meadow School….dan Insyaallah aku dan Nadiah akan pindah ke West Haven pada awal bulan Mac ni sebab Nadiah hanya 2 hari saja ada kelas di UMASS dan adalah lebih baik kami pindah kesini disebabkan kos travel dapat dikurangkan jika kami pindah kesini….dan aku boleh cari kerja part time di West Haven ni… sini peluang kerja lebih banyak dan keadaan bandar disini lebih terpelihara dan tersusun…. Buat masa ni Kak Shila suruh kami tumpang di rumah dia sementara kami dapat rumah di West Haven ni…..
Inilah sedikit sebanyak yang berlaku sepanjang sebulan aku menghilangkan diri……. ada lagi 2-3 benda aku nak cerita…tapi dah dah letih otak aku dok fikir nak recall semua benda…hehhhe…. Sampai sini saja kali ni…Insyaallah kita jumpa lagi…terima kasih lagi sekali kepada mereka yang sering memberi semangat dan nasihat…. Kata-kata anda semua sedikit sebanyak membantu dalam memberi peransang untuk aku meneruskan hidup disini….terima kasih lagi sekali….Wassalam….
11.49pm….31 Jan 2007
Posted in Uncategorized | No Comments »