Archive for August, 2008

Dulu berdua… Kini bertiga….

Friday, August 1st, 2008

August 1st, 2008                                                              10.39pm

Img_8746 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua………….. Alhamdulillah kami bertiga sehat walafiat …. dan memang letih sedikit kami berdua menjalani kehidupan setelah ada anak ni… pejam celik dan sebulan setengah dah usia anak kami..kejap je rasa… dan alhamdulilah… memang betul cakap orang… bila ada anak nih…. insyaallah rezeki akan bertambah… dan ternyata ada benarnya kata-kata itu… sebenarnya kira-kira sebulan sebelum anak perempuan Img_8750_1 kami lahir… aku dapat jadi assistant manager kat selang satu stesen dari tempat lama aku bekerja… alhamdulillah syukur….. masyuk la sikit… sebab tuh la aku makin susah nak update blog nih… makin busy…. dan minggu lepas pula Nadiah dapat panggilan dari  daycare untuk satu company buat ubat kat sini… setelah menjalani proses interview sebanyak 2 kali… alhamdulillah Nadiah diterima jadi cikgu Img_8775 kat daycare… tercapai jugak cita-cita jangkamasa pendek dia.. syukur lagi sekali ke Hadrat Ilahi….dan insyallah tengah bulan nih dia mula la kerja kat sana.

    Bercakap mengenai macam mana kami manage kehidupan masa Nadiah tengah pantang kat sini… hehehheh…. Sapa yang jaga Nadiah? Sapa yang jaga baby? Sapa yang uruskan hal-hal kat rumah? Jawapannya…kami berdua je… Mak aku nak datang…tapi tak boleh stay lama sebab adik aku still sekolah…. so aku cakap..better tungguImg_8803  dulu.. tggu adik aku cuti sekolah nanti… lama sikit boleh stay.. Kami akan OK.. insyalllah we’ll manage….. banyak support kat sini aku cakap… Mmg susah beb… dah la anak first… nasib baik aku jenis membaca jugak pasal nak nak jaga baby nih dan ramai gak member-member kat sini yang aku boleh mintak pendapat… Mesti best member-member aku yang bersalin kat KL… mak bapak sedara mara ramai.. semua bleh amik turn jaga… huhuhu… pengalaman beb… Img_8792 pengalaman…. hasilnya… aku lagi hebat salin diapers dari Nadiah sekarang nih.. hehehhehe…..anak kami pun alhamdulillah takde sebarang masalah setakat nih dan dia nih pulak kami dah train dia supaya tidur time malam… amik masa seminggu jugak nak ajar dia tidur time malam… dan sekarang nih.. dalam pukul 10 atau 11…sure dia akan tidur…Img_8827  lepas tuh pukul 4 macam tuh baru bangun nangis nak susu.. dapat la tidur lama gak time malam.. Seronok tengok dia membesar… Syukur keHadrat Ilahi atas kurniaan ini….

     Berbalik kepada cerita travel haritu…. Member aku yang ikut Img_8873 sekali travel haritu… Herman dah balik ke Malaysia for good… 10 tahun gak dia stay sini…sejak umur dia 20…. dah tiba masa nak balik ke Malaysia cari keje lain dia kata…. Dalam perjalanan ke Daytona Beach….. nampak plak signboard Kennedy Space Center… terus kami melencong ke sana… kalau ikut time memang dah tutup dah tempat ni…tapi nak singgah gak… nak tengok la apa ada kat sana…Florida2008_223  Kat tempat nih… dia macam devide jadi dua section… satu banggunan dia buat macam muzium tentang NASA dan satu lagi section ialah control center untuk launch roket.. tapi kalau nak ke bahagian lagi satu nih kene naik bas….. kami just jalan2 area muzium NASA nih je la… tangkap-tangkap gambar sikit pastu terus chow ke Daytona Beach…. Pastinya aku akan repeat balik tempat nih sebab aku memang minat hal-hal angkasa lepas nih. Buat pengetahuan korang semua… aku sebenarnya adalah salah seorang calon angkasawan Florida2008_228 Malaysia yang terpilih masa diorang buat random selection dulu… tapi ada hal yang berlaku pada pagi hari ujian pertama pemilihan angkawan membuatkan aku terpaksa skip hari tuh…. physically and mentally memang dah 100% ready untuk hari tuh.. tapi Allah Maha berkuasa… Dia yang menentukan segalanya…aku hanya akur pada takdir.

     Kalau korang tengok gambar-gambar yang aku post dekat sini… semua gambar-gambar dari Kennedy Space Center menuju ke Daytona Beach dan gambar di Jacksonville Florida…tempat kami Img_8840tido pada hari tuh… Tujuan kami ke Daytona Beach sebab aku nak tengok kawasan trek perlumbaan NASCAR. Daytona Beach nih selalunya memang penuh masa hujung minggu dan masa cuti semester… tapi masa kami pergi kawasn nih lengang sebab hari biasa kan… OK la… hingga jumpa lagi.. wassalam…