Seharian di Stowe, Vermont.
Wednesday, January 30th, 2008Jan 31, 2008 12.55am
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua
Ahad lepas (Jan 20, 2008) patutnya aku kena tolong Abang Sham untuk setelkan hal kereta dia tapi disebabkan dia tak berapa sihat, hari Isnin la dia kata… Jam dah pukul 10.30 pagi waktu tuh… sengal gak takde buat apa-apa harini… Cuti semester Nadiah plak tinggal seminggu lagi…. Tengah dok belek-belek yahoo travel…. tergerak hati nak ke Vermont… state yang paling terkenal untuk main ski… so kitorang cari la area mana yang the best kat Vermont dan kami dapati Stowe adalah kawasan yang tercantik di Vermont. Packing barang… check minyak hitam….nasib baru lepas service kereta 2 hari lepas… terus jalan… perjalanan kali ini mengambil masa 4 jam 15 minit.. ini menurut alat GPS yang kami pakai.. trip kali ini kami
dah tak pakai map dah… pakai GPS lagi senang… minggu nih mmg agak busy kalau di kawasan-kawasan peranginan macam kat Vermont… ini disebabkan cuti Martin Luther King Day…. dan kemungkinan besar kami tak dapat bilik hotel mmg amat tinggi.. tapi redah kan aja sebab Nadiah pon dah nak start kelas… saja la nak bawak dia jalan2 sebelum kelas start…
Tepat pukul 12 tengahari kami memulakan perjalanan….. Nak kata nak gi main ski….memang bukan la sebab Nadiah dah 5 bulan mengandung… tinggal aku sorang-sorang…hehhehe… next time la jawabnya… Motif utama trip kali nih…. saja jalan-jalan makan angin…release stress…. asyik kerja je sekarang… kene la rest…lagipon kat West Haven lama tak dapat snow…kali terakhir kawasan nih dapat snow yang banyak masa pertengahan Disember tahun lepas… tuh je la… Alhamdulillah sepanjang perjalanan dari West Haven ke Stowe….Cuaca mmg clear…dan kami selamat
sampai di Stowe kira-kira pukul 5.30 petang… lambat sikit sampai sebab kami berhenti di Amherst nak setelkan beberapa pekara kat sana. Masa kami sampai… dah gelap dah …tak nampak kawasan sekeliling… musim winter nih memang waktu siang jadi pendek… semayang Maghrib pun dalam pukul 5 petang.
Dugaan kami memang tepat… hampir semua hotel sudah habis kene booking dan dekat 30 minit kami pusing dia bandar Stowe nih.. akhirnya dapat juga kami bilik di Stowe Inn… nih pon sebab orang yang booking bilik nih dia cancel last-last minit… Alhamdulilah… dah rezeki gamaknya… dah setel punggah barang dan mandi… kami pon keluar cari tempat nak makan… walaupun dah malam… tapi kawasan ini agak meriah dan ceria… ini disebabkan banggunan-banggunan lama yang masih lagi dalam keadaan baik dan keadaan sekeliling serta corak banggunan yang seolah-seolah mempunyai tema tersendiri untuk bandar ini. Setel makan..kami pun balik kebilik… terus tidor… letih sangat drive tadi… dah lama aku tak drive sampai 5 jam… dah la sejuk gile masa tuh.. iaitu kira-kira 1 Fahrenheit bersamaan dengan -17 celcius… suhu macam nih mmg buat badan cepat letih…
Di bandar Stowe ini terletaknya puncak yang paling tinggi di Vermont iaitu Mount Mansfield dan juga 10 minit dari Stowe… terletaknya Kilang Ben & Jerry…. satu jenama aiskrim berasal dari sini yang diantara terkenal di dunia. Kedua-dua tempat ini merupakan tempat yang akan kami lawati pada keesokannya… dan pada masa yang sama… disini juga terkenal dengan hasil maple syrup.
Keesokannya kira-kira pukul 9 pagi… kami bertolak ke Mount Mansfield iaitu kira-kita 10 minit hari hotel kami… perjalanan kesana memang mendamaikan….. ladang-ladang serta keunikan seni pembinaan disini memang mengasyikkan…. dan setelah tiba disana.. kami dapati kawasan parking kereta dah separuh penuh… orang dah mula memasuki kawasan ini untuk main ski serta snowboard…. dan memang betul seperti yang diterangkan dalam yahoo travel… kawasan nih memang cantik dan memang sesuai untuk luangkan masa bersama keluarga atau sahabat…. hampir sejam setengah kami habiskan masa kat sini dan selepas tuh kami terus ke Ben & Jerry… nak tengok sendiri macam mereka buat aiskrim jenama nih.
Daripada carta mengenai sejarah Ben& Jerry nih… syarikat ini bermula dari 2 orang sahabat sekolah yang dah kantoi belajar… hehehe… mereka berdua ambil keputusan untuk amik kelas membuat ais krim dan memulakan perniagaan sendiri…. bermula dengan kedai kecil di stesyen minyak pada tahun 1977….. hingga lah berjaya menembus pasaran seluruh dunia….antara faktor yang membuatkan aiskrim nih berjaya ialah rasanya yang unik… berbeza dari pengeluar-pengeluar aiskrim yang lain… Dan setel tour dalam kilang nih… kami pun balik…..
Diharap story aku kali ini dapat bagi tips bagi mereka yang merancang nak gi vacation kat Vermont….. kalau korang nak tanya apa-apa lagi tentang trip aku kali nih… jangan segan jangan malu… sila la emailll insyaallah aku akan reply…. Ok la.. hingga jumpa lagi… Wassalam….
2.14am