Perubahan Haluan Dalam Perjalanan
Wednesday, November 28th, 2007November 28 2007 5.17 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera….. Hampir 2 bulan kami menyepi kali ini… banyak betul email2 yang bertanya kenapa aku mendiam diri…. Sebenarnya bukan aku dah berhenti menulis…. tapi sejak 2 bulan lepas banyak kejadian yang berlaku dan ada beberapa perkara yang berlaku dalam 2 bulan lepas telah mengubah haluan perjalanan yang kami rancang selama ini dan perubahan kali ini bukan sahaja berkaitan dengan perancangan kami disini…tetapi perubahan kali ini akan mengubah kehidupan aku dan Nadiah pada masa akan datang dan perubahan kali ini membuatkan aku betul-betul busy hinggakan aku dan Nadiah balik kerumah hanya untuk tidur…. dan bila cuti pulak… aku takde mood nak tulis sebab badan terlalu letih…. Mana tak busy… aku sekarang buat 3 kerja manakala Nadiah terpaksa buat 2 kerja dan sebab utama kami perlu kerja lebih nih ialah kerana ExxonMobil akan ubah polisi dalam sponsor pekerja dia dalam pendidikan pada tahun 2008. ExxonMobil USA hanya akan buat reimburstment kepada mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bahagian program yang berkaitan business sahaja. Manakala Nadiah pula ambil pendidikan….So terpaksa la kami kerja lebih untuk yuran semester terakhir Nadiah pada tahun hadapan. Kos pelajaran Nadiah adalah salah satu sebab utama kami terpaksa kerja lebih dan satu lagi sebab utama yang membuatkan kami terpaksa cari duit lebih nih
ialah kerana pada bulan lepas kami ke Hospital Yale untuk buat medical check up sebab Nadiah asyik muntah-muntah masa pagi… Jeng…jeng..jeng… Korang mesti tau apa jadi kan???… dan memang benar tanggapan anda semua…. dan Alhamdulillah…syukur kepada Yang Maha Esa…. Nadiah rupa-rupanya dah sebulan lebih mengandung…..
dan bermula pada hari tu….aku terpaksa limitkan kerja Nadiah sebab tak nak bagi dia stress…. dah la nak kene buat assignment…..pergi kelas…kerja lagi… mana larat beb… Biar aku je yang kerja lebih…selagi larat badan nih…kerja je la beb… dan nasib baik aku tak start kelas lagi… kalau tak..lagi la pening…
Kerajaan Amerika ataupun state Connecticut khususnya memang menjaga kebajikan bagi mereka yang disahkan mengandung ni… Dalam kes kami disini, Insuran pelajar Nadiah akan membayar sepenuhnya kos dari disahkan mengandung hinggalah bersalin nanti Insyaallah….. itu bagi mereka yang ada insuran dan bukan semua insuran akan membayar 100% kos semasa mengandung hingga bersalin nanti. Bagi mereka yang tiada insuran atau yang kurang mampu, Connecticut ada program khas bagi mereka yang kurang berkemampuan, program ini dipanggil "Project Mothercare". Program ini bukan sahaja untuk warganegara Amerika tetapi bagi semua penduduk yang menetap di sini. Bagi mereka yang mengikut program ini, mereka akan diberi perkhidmatan perubatan semasa mengandung hingga bersalin tanpa perlu membayar satu sen pun. Bukan itu sahaja, mereka akan satu jumlah wang setiap bulan samada dalam bentuk duit atau kupon untuk membeli bahan-bahan keperluan asas seperti susu, cereal dan telur untuk para-para bakal ibu bagi menjamin mereka mendapat zat makanan yang diperlukan ketika mangandung.
Sibuk aku dok cerita hal-hal lain… sekarang nih aku nak cerita plak
benda-benda yang berlaku masa raya haritu…. Nih la tahun pertama aku beraya kat West Haven…. dan serius aku cakap… hampir sama beraya masa kat KL… open house tiap-tiap minggu…. makan, makan dan makan… tuh je la kerja kitorang masa raya lepas… Satay, rendang, ketupat… korang cakap je.. semua ada… Memang meriah suasana beraya kat sini.. tak la macam tahun lepas.. kitorang punya raya tahun lepas… memang suram….bosan…dan kalau ingat balik.. memang sedih beb…. dah la sunyi… takde member plak… Allah sahaja yang tahu masa tuh… dan Allah Maha Besar dan Pemurah… berkat kesabaran dan ketabahan kami.. tahun nih dapat kami sambut raya dengan keluarga baru… Syukur Alhamdulillah…. Dan pada
minggu terakhir raya tahun ni, Komuniti Melayu West Haven membuat sambutan Hari Raya disini. Acara ini dibuat di Savin Rock Conference Center, West Haven. Ramai jemputan yang hadir terutama dari kedutaan Malaysia dan mereka yang kerja dan menetap disini serta pelajar-pelajar Malaysia. Memang meriah masa tuh… Ada acara Marhaban, pertunjukan fesyen kanak-kanak, karaoke dan acara yang paling utama ialah acara MAKAN!!!!…
Hingga jumpa lagi……Wassalam
6.30pm