Ramadhan dan 2500 miles Trip Bahagian 4
Monday, October 1st, 2007May 1st, 2007 5.56 pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…. Makin lama aku kat sini…makin takde masa aku nak update blog aku sendiri… Kerja pun dah dua tempat sekarang… Nadiah pulak dah start kelas… hari Ahad je la hari yang betul2 aku dan Nadiah tak kerja… Aku pun dah tak kerja malam sekarang… semua dah di transfer ke shift siang. Alhamdulillah kehidupan disini makin lama makin ok…. cuma kadang2 kereta wat hal… belanja lebih sikit la minggu tuh.. tapi minggu depan dah ok baik sebab gaji sini every week dapat…
Sedar tak sedar…tahun nih masuk la tahun kedua kami berpuasa dan akan menyambut hari raya di perantauan…… dan kalau korang nak tau… aku tak dengar lagu raya lagu sampai harini…. bukan takde masa nak dengar… cuma aku je yang malas nak dengar…. Touching giler beb…. aku plak memang jenis yang rapat ngan family aku… Rindu aku nak peluk salam mak bapak aku masa raya… rindu nak makan ketupat palas nenek aku buat….rindu nak berkumpul ramai-ramai masa raya…….nampak gaya aku beraya ngan family aku tahun ni melalui webcam je la macam tahun lepas…..Nasib baik aku baru jumpa mak bapak aku bulan May lepas…so tak la rasa rindu sangat walaupun sememangnya memang terasa giler-giler ni… Allah je la yang tahu… Member aku Boy yang dok sini dekat 6 bulan pon dah nak balik KL minggu depan… syok betul dia dapat balik raya… Life dia pon kat sini alhamdulillah….dah ramai orang kenal dia sebab masakan dia… bukan sahaja dikalangan orang-orang Malaysia.. tapi dikalangan masyarakat tempatan terutama di kawasan hospital Yale… tak tau la macam mana keadaan regular customer dia nanti bila member aku ni balik Malaysia… Tak tau la samada Boy datang balik ke tak?…Tengok mana offer lagi menarik dia dapat nanti dia cakap… kalau kat sini lagi ok… datang balik la dia jawabnya…. hehheheh…. Dalam sebulan lepas aku update haritu… takde benda-benda menarik yang berlaku kecuali seorang sahabat kami iaitu Abang Utama dan isterinya Kak Destri telah selamat dapat anak perempuan 2 minggu lepas.
2500 Miles Trip… Bahagian 4
Perjalanan kali ini memakan masa antara 10 ke 11 jam dari Boston menuju ke Niagara Fall. Dalam perjalanan ni kami berhenti 2 kali iaitu di Albany dan Syracuse…. tetapi takde rezeki untuk kami berjalan2 kerana hujan lebat masa kami sampai di Albany dan keadaan kurang menyenangkan ketika kami tiba di Syracuse membuatkan kami meneruskan perjalanan tanpa berhenti di situ. Walaupun perjalanan begitu lama tetapi tak begitu terasa sangat sebab dok perhati kiri kanan…ye lar..tempat orang… dan pemandangan menarik sepanjang perjalanan…. Dan Alhamdulillah kami selamat sampai kat Niagara Fall. Lepas check in… semua orang terbaring la…yang drive letih drive..yang duduk plak letih duduk. Niagara Fall ni terbahagia kepada dua… iaitu separuh milik America dan separuh lagi milik Canada. Bagi mereka yang ada rancangan nak datang kesini aku nasihatkan sila bercuti ke bahagian Canada sebab bahagian Canada lagi happening, banyak tempat-tempat serta banggunan yang manarik dan pemandangan ke arah air terjun Niagara Fall lebih cantik berbanding America. Aku tak tau sebenarnya dan sampai sini baru tau….huhuhuh…. tapi bagi family ok la..enjoy jugak kiotrang kat sini. Kalau aku tau memang bawak pasport la…tapi kita hanya merancang. hehehhe….
Keesokannya bila semua orang dah fully recharged, pagi-pagi la kitorang dah ke kawasan Niagara Fall nih… Sampai je kat sana… Nauzubillah… dapat kita lihat betapa indahnya kawasan ni, betapa besarnya kuasa Ilahi dan betapa kerdilnya diri kita dibandingkan dengan kuasaNya….. Tak guna aku explain..korang tengok je la gambar-gambar dalam blog kalo ni… dan korang perhatikan la sekali kawasan-kawasan di sebalik air terjun tuh…yang mana nampak meriah je tuh…tuh la kawasan Canada….. kat bahagian America nih macam taman je… Kat sini juga ada galeri yang menceritakan sejarah Niagara Fall nih… macam-macam cerita korang boleh tau… siap ada cerita orang pernah jatuh dari Niaga Fall nih dah selamat pon ada….
Dan habis pusing-pusing kawasan air terjun nih…. kitorang terus ke Maid Of The Mist(MOTM)…MOTM nih kitorang akan naik bot dan pergi betul-betul depan air terjun..kira mengadap Niagara Fall la…tengok air tuh jatuh dari atas…. kene turun tower untuk ke bahagian bawah air terjun…. ramai jugak pelancong masa nih… dan yang pasti orang Malaysia juga ramai melancong disini sebab tukang jaga lif tuh tau cakap melayu sikit2…terkejut jugak aku pak itam boleh cakap melayu… hehhehe…. dan turun tower diorang bagi baju hujan untuk pakai… kalau tak pakai basah diorang cakap.. aku budget basah sikit2 je la… dan pakai baju hujan semua..beratur la tunggu giliran naik bot nak ke arah Niagara Fall…. Sejuk gak la time nih dalam 14 darjah celcius… nak pulak kene air nanti…sure beku nyer….hehehhe……
Masa naik bot nak ke arah Niaga Fall nih… aku nak story pon tak tau macam mana… mau taknya…nak kene lawan arus untuk kesana… dan lepas tuh bot tuh berhenti kira-kira 500 meter dari air tuh jatuh…dari bot tuh korang dapat tengok macam tembok besar depan korang… angin memang kuat masa tuh…. dan tujuan utama baju hujan nih ialah untuk taknak kasi kami basah… tempias air terjun nih je dah macam hujan lebat masa musim tengkujuh….hehhehe…. patutla diorang bagi baju hujan… hehehh….Kalau korang pergi ke Niaga Falls nih….. Maid Of The Mist is a must!!! dah habis tour nih kitorang balik makan…. masa on da way balik hotel… nampak kedai jual kebab… kebab halal… terus kami serbu kesana…hehehhe… sedap gak… tak tau la sedap atau aku yang lapar….
Lepas makan kitorang terus ke bandar Buffolo…. bandar nih besar….cuma tak berapa teratur… dan tak kene ngan jiwa aku la.. cam tak best kat sini walaupun besar… mungkin sebab bandar nih bandar tua..so pembanggunan dan sistem dia bercampur dengan yang lama dan moden… aku just berhenti dekat HSBC arena dan terus balik ke hotel sebab nak rest.. esok kami nak ke Pennslyvania…State Of Independence….
Hingga jumpa lagi…wassalam….
8.19pm