Setahun Sudah Berlalu
Sept 06 2007 11.23pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua….
Pejam celik pejam celik dah setahun (Setahun 3 hari dengan lebih tepat) aku kat bumi America nih… Dalam setahun nih macam-macam aku dan Nadiah pelajari dan pelbagai dugaan dah kami tempuhi… dan Alhamdulillah syukur kepada Ilahi..kami still kuat dalam mengharungi perjalanan disini… Semua ini berkat kesabaran dan ketabahan serta doa dan restu dari keluarga, rakan-rakan dan anda semua yang menambahkan lagi semangat untuk kami teruskan kehidupan disini… Terima kasih banyak-banyak kepada semua pembaca yang memberikan komen-komen yang membina dan email-email yang tak putus-putus memberi kata semangat kepada kami. Insyaallah kalau ada rezeki kita akan berjumpa satu hari nanti.
Sepatutnya minggu lepas lagi aku dah update blog nih tapi masa aku tengah sedap menaip hampir 2 muka blog haritu… boleh plak aku tetiba laptop nih buat hal… terhilang secara tiba-tiba page aku taip masa tuh… Panas giler beb masa tuh… dah la nak dapat inspirasi dan masa free pada masa yang sama tuh susah… bleh plak buat hal… Hilang terus mood aku malam tuh… dan nasib baik harini aku ok… dan mood datang balik nak taip…
Dalam masa sebulan yang lepas…. macam-macam tempat aku dah gi… 2-3 hari lepas aku taip blog yang sebelum ni…Nadiah dapat surat dari The National Scholars honor Society (www.Magna-Cum-Laude.org) dimana dalam surat ini menjemput Nadiah untuk menjadi ahli dalam komuniti ini. Komuniti ini adalah bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik di sini. dan dalam 3 hari lepas aku taip blog yang sebelum ni… kitorang (Aku, Nadiah dan Boy) terus ke Washington DC…. nih pon sebab En Roslan dari Malaysian Student Department(MSD) jemput kami ke rumah dia… Dah lama kami nak jumpa En Roslan…cuma takde peluang je… En. Roslan selalu hubungi kami sejak kami kat sini… bertanyakan keadaan kami disini… maklum la..datang US pakai duit sendiri nih memang tough sikit untuk memulakan kehidupan kat sini. En Roslan ada juga membawa kami berjumpa dengan beberapa orang-orang besar di MSD… dan ada diantara mereka yang juga pembaca blog aku…
Dua hari jugak aku stay kat rumah En. Roslan…. beliau sekeluarga memang layan kami dengan bagitu baik dan segala tunjuk ajar, penerangan dan nasihat yang beliau berikan membuatkan halatuju dalam perjalanan kami disini bertambah cerah. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik En Roslan sekeluarga.
Dah habis kami tour satu DC… kami terus pergi ke Virginia Beach iaitu kira-kira 4 jam dari DC… tapi motif kami bukan nak lepak kat pantai tu… tapi nak ke Chesapeake Bay Bridge Tunnel(CBBT). Ini merupakan salah satu dari keajaiban dalam dunia kejuruteraan. Kalau nak tau pasal projek CBBT nih korang boleh lawat ke laman web ni… http://www.cbbt.com/ .Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami kesini semuanya berjalan lancar… traffic pun ok..takde jem… dan kira-kira pukul 2 petang kami sampai ke Virginia Beach… Lepak sana dalam sejam sebab nak hilangkan letih… pantai nih cun and kira happening gak la dengan deretan kedai-kedai, hotel dan kedai makan… ramai jugak orang masa nih…. maybe sebab mucim cuti sekolah…. Dalam pukul 3 kami teruskan perjalanan ke West Haven dengan merentasi CBBT untuk terus ke Maryland menuju ke Delaware sebelum melintasi Philadelphia, New York dan mengakhiri perjalanan ini di West Haven Connecticut. Perjalanan dari Virgina Beach ke West haven kalau melalui laluan ini mengambil masa 10 jam. ini adalah kerana semasa melintasi Maryland, max speed semasa memandu disini ialah 50 batu sejam sahaja kerana kawasan ini kiri kanan ladang…. so takde highway…
Dalam 35 minit lepas bertolak dari Virginia Beach kami sampai di tol untuk melintasi CBBT. USD 12 aku kene tol untuk lintas jambatan ni… dan setelah aku melintas jambatan sejauh 20 batu ni baru aku tau kenapa mereka cakap projek nih merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dalam dunia kejuruteraan. korang dapat bayangkan tak kalau korang lintas kat jambatan macam jambatan Pulau Pinang pastu tetiba korang akan masuk ke dalam terowong di mana terowong tu terus menuju ke dasar laut dan naik kembali ke permukaan…. mereka terpaksa buat begini sebab nak bagi bot dan kapal dalam melintasi di tengah-tengah CBBT ni.
Ok la…nanti aku sambung lagi… mata pun dah mula berair ni… hehhe..
Wassalam.
Sept 7 2007 1.08am
September 6th, 2007 at 10:27 pm
i see dat malaysian lebih menghargai satu sama lain bile berada di tempat orang..insyaAllah hiekal i will see u there send my regard to ur wife n fren…wish u all the best kat sana