2500 Miles Trip!!!……Bahagian 3
Tuesday, July 31st, 2007July 31, 2007 12.06 am
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bulan ni merupakan bulan yang paling busy dalam hidup aku sepanjang aku dok kat US ni…..Sepanjang bulan ni pun banyak juga benda yang berlaku….Nadiah dah dapat result dia semester lepas…4 flat lagi untuk kali kedua….tuition waiver dari UMASS pun dapat diteruskan, Aku pun sekarang ni dah start niaga ngan boy kat depan Yale Hospital….tolong abang Akson & kak shila sebenarnya…, Kitorang juga dapat jemputan dari En Roslan iaitu bekas pengarah Malaysia Student Department di Washington DC (Sabtu ni kitorang pergi sana) dan benda yang agak menarik yang aku nak kongsi kat sini ialah mengenai kos perkhidmatan doktor gigi…. Gigi aku perlu ditampal sebab tampalan yang lama tercabut…so kene la repair balik…Korang nak tau berapa cas dia??…USD400 untuk tampal je beb….hehehheh…gilo kan??…pening la kejap masa tuh… masib baik kawan aku ada kenal sorang doktor gigi dari Indonesia yang kerja di Queens, New York…dia cas USD80 je…sebab serumpun… Alhamdulillah…lega rasanya… Aku dah plan nak balik KL dah sebenarnya kalo betul-betul kene bayar banyak tuh…. hehehe… better aku balik kalau kene cas macam tuh… tul tak??.. tiket plak dah mula murah sekarang ni… hehehheh.
Bercakap mengenai perniagaan aku ngan boy…. Kitorang jual nasi campur sebenarnya… 2 minggu pertama..memang slow giler… maklumla…baru lagi. Takde sapa yang kenal… makanan habis dok bagi sample je masa tuh… dan alhamdulillah… Makanan kami dapat sambutan yang mengalakkan lepas tuh. Dari 10 orang je sehari hingga la orang beratur macam nak beli nombor ekor kat kedai kitorang sekarang. Hehhhe… Belum pun 1.30 petang makanan kami dah habis sekarang. Memang masakan kita boleh tembus pasaran Amerika kalau betul-betul goverment kita buat promotion. Benda paling laku kat sini… rendang dan satay. Paling bangga bila tengok muka customer yang frust bila kitorang cakap yang 2 benda tuh dah habis. Dah ada regular customer dah kitorang sekarang…. siap call dulu sebelum datang sebab takut habis. Berhasil promotion yang kami buat selama ni.
Pada masa yang sama..aku dah mula cari school untuk sambung belajar…. cuma aku tgh pening nak amik course mana… course mana yang menjamin masa depan yang lebih cerah dan course mana yang peluang pekerjaan lebih banyak…bukan sahaja di sini..tapi senang aku nak cari kerja "kalau" balik KL nanti…. Kami ke Washington nanti ni pon sebab nak bincang beberapa perkara berkaitan dengan pelajaran dengan En. Roslan. Kemungkinan Nadiah terpaksa berpindah ke university lain sebab ada beberapa subject yang diperlukan dalam course dia di UMASS dah tak offer kat sana… dan berharap dengan berjumpa orang-orang di Malaysian Student Department ni akan memudahkan lagi perkara ni. Itulah serba sedikit beberapa perkara yang berlaku selama ni.
Bersambung pula cerita mengenai roadtrip kitorang haritu…. Ok…. bangun pagi keesokan harinya..kami terus bertolak ke Gloucester, Massachusetts…tempat ni sebuah bandar pelabuhan yang kecil… kitorang ke sini sebab nak naik bot untuk tengok ikan paus…. kawasan ni memang famous dengan cruise untuk whale watching…. dan disebabkan jadual haritu…whale watching mula pukul 1.30 petang sahaja…dan waktu tu pukul 10.30 pagi…takkan nak tunggu 3 jam kot… So kitorang decide untuk amik cruise dekat Boston… sebab boston pon dalam sejam lebih je dari sini… Dalam perjalanan ke Boston…kami singgah di satu tempat yang menarik bernama Salem. Tempat ni popular dengan ahli sihir…. siap ada museum dan perkampungan ahli sihir kat sini. Daripada apa yang aku baca..asal usul witch yang terbang naik penyapu tu datangnya dari tempat ni la….. Memang menarik tempat ni…nak pulak kalo korang masuk kedai cenderamata kat sini… Macam-macam barang untuk witch ni diorang jual…hehhehe….Korang memamg kene berhenti kat sini kalau datang ke Massachusetts ni.
Habis berjalan kat sana kami teruskan perjalanana ke Boston dan tiba disana pada pukul 1.30 petang. Kami terus ke Boston Harbour untuk cari tiket untuk whale watching. Dan yang paling awal ialah kira-kira pukul 3 petang. Lepas beli tiket…kami terus ke Faneuil Hall Marketplace…kira-kira 2 blok dari pelabuhan. Tempat ni terdapat 5 banggunan termasuk Quincy Market yang begitu popular disini bagi sesiapa yang hendak mencari cenderamata dan makanan…. ada dekat 100 kedai makan kat sini…semua nya dalam satu barisan panjang….Kira macam Central Market kat KL la kat sini… memang happening kat sini… macam-macam ragam orang kat sini korang boleh jumpa..ada yang buat street show…macam sarkis pon ada gak..hehehhe…. Sepanjang roadtrip ni..kerja aku dok kumpul fridge magnet je… hehheh.. asal berhenti je mana-mana.. aku cari satu. Buat kenang-kenangan….
Dok leka berjalan….tau-tau dah pukul 2.45….apa lagi..semua rushing la ke pelabuhan untuk kejar bot. Kang melepas plak nak tengok ikan paus… Cruise ni akan mengambil masa hampir 4 jam keseluruhan.. iaitu 1 jam setengah untuk sampai ke tempat ikan paus sahaja…. lama tuh beb…. aku dah la dah lama tak naik bot… pening la gak masa tuh…nasib baik tak muntah….. nak elak muntah…aku keluar la ke dek…amik angin….sejuk giler masa tuh… dah la aku tak bawak jaket tebal….tahan je la… huuhhuhu….. Sampai je kat tempat lubuk ikan paus ni….kapten kapal bgtau suruh semua orang keluar untuk tengok ikan…dia cakap harini agak susah nak tengok sebab cuaca agak berkabus membuatkan agak sukar nak detect kat mana ikan
ni….. dekat 10 minit la gak kitorang tggu sebelum ikan pertama muncul…. muncul je makhluk ni…terfikir kejap kuasa Ilahi… dan terasa diri ini begitu kerdil dibandingkan dengan saiz ikan paus itu sendiri….lagi besar dari bot ni beb… Memang leka tengok ikan paus ni… tau-tau dah dekat sejam kitorang dok perhati ikan ni… dan lepas tuh kapten kapal bgtau yang dia akan berpatah balik ke pelabuhan…. aku masuk-masuk je ke dalam kapal balik..terus tertido sebab mabuk laut…tau- tau Nadiah kejut sebab dah sampai….hehehheh….. Lepas tuh kami just jalan-jalan kawasan sekitar downtown je…Bandar Boston ni memang cantik dan bersih serta more relax jika dibandingkan dengan Manhattan yang sentiasa sibuk dan berserabut…..dah habis pusing town ni…kitorang straight ke hotel….masing-masing terus kong… letih…heheh….Kene rest beb…sebab keesokannya nak jalan jauh….iaitu ke Niagara Fall…kira-kira 11 jam dari Boston. Dalam perjalanan ni ada juga kami berhenti di tempat-tempat menarik….
Ok la…hingga jumpa lagi…wassalam
3.04 am.

