“Chapter” baru dalam kehidupan….

Mac 12, 2007…………… 5.45pm

  Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang aku tengah tunggu Nadiah habis kelas…. perkara biasa yang aku buat setiap minggu pada hari isnin dan khamis…..hehhehe…. Sedar tak sedar…. dah hampir 7 bulan aku dan Nadiah ada kat sini…. dalam 7 bulan di sini macam-macam kami dah lalui….pelbagai perkara dan dugaan dah kami hadapi…ada yang seronok dan ada yang pahit terpaksa kami telan dalam meneruskan kehidupan disini…. Hanya kesabaran, ketabahan dan semangat yang kuat sahaja yang meneruskan perjuangan kami disini…. dan alhamdulillah, walaupun dah beberapa kami tersungkur disini sebenarnya dan kami masih lagi mampu meneruskan perjalanan ini…..

Sudah hampir 2 minggu kami tinggal di rumah baru ni…. dan setakat ini perjalanan kehidupan kami disini semakin lancar dan kami sudah mula boleh bernafas dengan tenang sekarang…. Berbeza dengan tinggal di rumah Jamilah dulu… kehidupan kami disini boleh dikatakan lebih privacy kerana hanya kami tinggal disini dan tidak berkongsi dengan sesiapa…. Kali terakhir kali tinggal sendiri ialah 3 bulan sebelum kami berlepas kesini….masa tuh dok kat rumah flet dekat AU3 Keramat…. sempat duduk 3 bulan je kat sana…pastu terus kami ambil keputusan untuk kesini…. Rumah kami di West Haven ni masih lagi kosong… cuma ada dapur masak , meja study ngan tilam je…. hehehhe… maklum la..baru lagi…sekarang ni tengah dok kumpul duit utk beli perabot sikit-sikit….

Benda yang baru aku experience kat sini ialah pergi dobi….ye lar… kat rumah aku ni takde mesin basuh lagi… so kena la pergi dobi… Lepas dah dengar arahan owner dobi dekat Elm Street, West Haven aku dan Nadiah pon start la basuh baju…. hehehhe… selalunya tengok dalam Tv je… sekarang aku plak yang buat…. best gak rasanya… hehhehe….kos untuk basuh baju disini ialah dalam 4 dolar untuk gunakan mesin yang paling besar… stok baju untuk 2-3 minggu boleh sumbat dalam ni… hehehhe…. semua benda buat sendiri… dah habis basuh..kene transfer ke mesin pengering pulak….dan jangkawaktu semua proses ni dalam sejam…. Dan satu lagi benda baru disini ialah….Musim Winter dah habis!!!!… heheheh…… Its spring time right now!!! .. hehehe…. suhu dah mula berada dalam 10-15 celcius…. heheh… memang nampak sejuk jugak…. tapi sebenarnya suhu ni memang selesa jika dibanding kan dengan suhu negatif masa musim winter…heheh.. memang seksa jugak la bagi kami yang buat pertama kali experience winter…. heheheh…. kalau boleh aku nak balik cuti tahun depan masa winter…hehehh… kalau boleh la….

Dalam pada masa yang sama juga, aku dan Nadiah dapat kerja part time dekat Best Western Hotel, West Haven sebagai pekerja di front desk… saja-saja je la kami pergi interview haritu…tau-tau dapat… hehheh… dan setelah seminggu kami training aku decide aku tak mahu teruskan kerja disitu… bukan sebab kerja tu teruk…tapi bosan giler…kene berdiri je dan takde benda lain nak buat bila takde kerja… dan aku pulak jenis orang yang suka bergerak…dan kalau kerja yang kene berdiri sahaja…memang bukan untuk aku la… dan bagi nadiah….kerja ni memang sesuai untuk dia sebab dia boleh baca buku dan buat assignment bila takde kerja kat sini… dan setelah berbincang dengan Nadiah…hanya dia sahaja yang teruskan bekerja disitu dan aku berhenti memandangkan aku hanya bekerja sabtu dan ahad sahaja di hotel ni manakala nadiah pula bekerja 4 hari seminggu. Bukan sebab aku memilih, tapi aku bukan jenis orang yang suka kerja yang takde kerja ni….hhehehhehe…. baik aku cari kerja part time dekat restoren mana-mana…..hehehhe…

Daripada awal aku sampai US ni, macam-macam perancangan dah kami buat…dan korang sendiri tahu yang dah banyak kali aku dan nadiah terpaksa ubah apa yang kami rancang disebabkan pelbagai rintangan yang datang… dan kali ini kami dan putuskan yang aku hanya akan terus bekerja untuk tahun ni bagi mengukuhkan ekonomi kami dulu dan Nadiah seorang sahaja yang study..dan Insyaallah kalau semua berjalan lancar..aku akan sambung balik study pada pertengahan tahun hadapan. Walau apa pu yang jadi..aku akan teruskan juga impian aku untuk sambung study disini… gunakan segala peluang yang ada disini… selagi mampu…hehhehe….

Ok la..sampai sini sahaja…insyallah aku akan selalu update bila line internet dekat rumah aku dah ada…sekarang ni susah sikit nak online…so paham-paham la …..jumpa lagi…wassalam….

6.25pm………

3 Responses to ““Chapter” baru dalam kehidupan….”

  1. Rafidah Says:

    YES!!! gunakan peluang yg ada sebelum ianya berlalu… dan tidak menyesal di kemudian hari.

  2. Mohamed Hiekal Says:

    betul tuh cik fidah…. wea..ko aper citer??..lama senyap??..hehehe.. prepare nak kahwin aper?….. Aju nyer kahwin haritu ko gi??

  3. cla Says:

    insyallah u all akan berjaya dah dimurahkan rezeki oleh yg maha esa…amin

Leave a Reply