Archive for March, 2007

Campbell Ave, West Haven Connecticut

Monday, March 26th, 2007

Mac 26, 2007……………………. 7.00 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat dan para pembaca semua…..Alhamdulillah rumah aku dah masuk line internet dan telefon 2 hari lepas…. lepas ni senang la aku nak update story aku..heheh… sejak pindah dulu susah betul nak cari masa yang sesuai untuk aku update… kalau aku free plak…internet takde la…ada hal la…macam-macam….

Aku dan Nadiah setakat ni menjalani kehidupan seperti biasa….kerja dan study la untuk nadiah..dan aku plak kerja dan hantar nadiah gi kelas je…hehhehe…. dan 2 minggu lepas aku dipanggil oleh manager(ExxonMobil) aku.. dan dari perjumpaan aku rupa-rupanya dia mahu aku jadi Safety Captain di tempat ni. Safety Captain ni ialah seseorang yang bertanggungjawab menjaga hal-hal keselamatan tempat bekerja. Jawatan ni dahulunya dipegang oleh Kak Sham tetapi dia berpindah ke cawangan di Orange, CT. Manager aku cakap aku la orang paling layak untuk jawatan ni setelah dia refer latar belakang kerja dan degree yang aku ada. Terkejut dan gembira pon ada…mana taknya..baru je 2 bulan aku kerja dan dapat post ni… hehhe… Alhamdulillah….. dapat la elaun lebih tiap-tiap bulan bila pegang jawatan ni…

Mengenai rumah kami plak… setakat ni baru dapur je yang dah complete…. nasib baik tengah banyak sale time ni… so banyak la benda yang dapat kami beli bulan ni…..dah ada la meja makan kat rumah aku ni…hehhe… masa mula-mula duduk dulu makan kat lantai je takpon kitorang buat meja daripada kotak…hehhehe…. Pelan-pelan kayuh orang cakap… nak beli semua benda sekali gus kene budget jugak..banyak benda nak kene setel… awal bulan depan nak kene setelkan bayaran yuran study Nadiah untuk semester ni….. USD5,500 untuk satu semester….itu pun  dapat tuisyen waiver dari UMASS… so jumlah ni hanya 50% dari bayaran asal… patutnya USD11,000 untuk satu semester….huhuhuhu…banyak tuh…. Nasib baik kami sempat kumpul duit untuk study Nadiah semester ni….kalau tak tau la apa jadi…hehhehe… Syukur kepada Allah….

Insyaallah semester depan study Nadiah akan di biayai oleh ExxonMobil sepenuhnya… Doakan agar semuanya berjakan lancar…..

Rumah2 Bercerita tentang kehidupan dan rumah kami di West Haven ni…. keadaan disini tenang dan kadar jenayah juga alhamdulillah berada di paras yang rendah disini berbanding di tempat lain sekitar West Haven dan kami berasa selesa dan selamat tinggal disini…. dan aku juga takde masalah untuk berjalan pada waktu malam di kawasan ni… ye la..aku pon selalunya keluar pada waktu malam sebab aku kerja shift malam selalunya. Daripada apa yang orang kata..pada musim summer nanti taman di depan rumah aku tu akan jadi lagi meriah sebab hampir setiap minggu akan ada acara-acara untuk penduduk setempat. Gambar kat atas tuh sebenarnya gambar dari tingkap di rumah kami…dan korang bolah tengok yang masih ada salji lagi.. sepatutnya sekarang ni dan musin bunga dan suhu sepatutnya akan menjadi bertambah suam. Aku pon pelik…dan stress pon ada gak…dah tak tahan aku sejuk-sejuk ni…hehhehe…. dah la nak drive pun susah masa snow ni…macam drive dalam lumpur…memang kene betul-betul fokus kalau drive masa snow ni….jalan memang betul-betul licin masa ni.

Kerja kat stesyen minyak ni membolehkan aku jumpa dan berinteraksi secara langsung dengan penduduk disini…. dan dah hampir 3 bulan aku kerja kat sini…macam-macam perangai orang dah aku tengok. yang ramah….yang sombong…yang datang bayar minyak 20 dollar dengan syiling sahaja….hehehhe…datang isi minyak kereta dengan USD 1.45 je….tuh kira ok lagi…ada satu malam ni..ada seorang mamat ni….. pakai kereta mercedes…baju kot semua…. tapi jumpa aku mintak aku belanja dia minyak sebab dah takde duit….heheh.. pelik aku… baju sikit punya smart..kereta sikit punya lawa….tapi kosong….hehhehe…

Nadiah ada lagi sebulan lebih untuk habis semester ni dan lepas tuh dia akan cuti selama 3 bulan untuk summer vacation. Nampak gaya cuti tahun ni tak balik la kitorang ke Malaysia…kene kumpul duit la beb…hehhe….. lagipon insyaallah Mama, Abah dan adik aku Hazril akan datang sini pada hujung bulan 5 ni…lama aku tak jumpa mereka…. rindu betul…selalu dok chat dekat dalam PC je la…. kene la aku plan nak bawak mereka jalan kemana bila mereka sampai. Nak kata aku tau….aku pon takde masa nak berjalan di US ni lagi…. hehehe…dulu masa nak sampai dulu..nak berjalan…tapi takde duit…. sekarang ni dah kerja…pun susah nak jalan gak… nampak gayanya….masa mak bapak aku datang nanti la kami akan jalan sama-sama…..hehehhe…. Nak cuti waktu-waktu ni pon tak boleh…baru kerja la katakan……

Ok la…hingga jumpa lagi…..Wassalam….

7.55pm

“Chapter” baru dalam kehidupan….

Monday, March 12th, 2007

Mac 12, 2007…………… 5.45pm

  Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang aku tengah tunggu Nadiah habis kelas…. perkara biasa yang aku buat setiap minggu pada hari isnin dan khamis…..hehhehe…. Sedar tak sedar…. dah hampir 7 bulan aku dan Nadiah ada kat sini…. dalam 7 bulan di sini macam-macam kami dah lalui….pelbagai perkara dan dugaan dah kami hadapi…ada yang seronok dan ada yang pahit terpaksa kami telan dalam meneruskan kehidupan disini…. Hanya kesabaran, ketabahan dan semangat yang kuat sahaja yang meneruskan perjuangan kami disini…. dan alhamdulillah, walaupun dah beberapa kami tersungkur disini sebenarnya dan kami masih lagi mampu meneruskan perjalanan ini…..

Sudah hampir 2 minggu kami tinggal di rumah baru ni…. dan setakat ini perjalanan kehidupan kami disini semakin lancar dan kami sudah mula boleh bernafas dengan tenang sekarang…. Berbeza dengan tinggal di rumah Jamilah dulu… kehidupan kami disini boleh dikatakan lebih privacy kerana hanya kami tinggal disini dan tidak berkongsi dengan sesiapa…. Kali terakhir kali tinggal sendiri ialah 3 bulan sebelum kami berlepas kesini….masa tuh dok kat rumah flet dekat AU3 Keramat…. sempat duduk 3 bulan je kat sana…pastu terus kami ambil keputusan untuk kesini…. Rumah kami di West Haven ni masih lagi kosong… cuma ada dapur masak , meja study ngan tilam je…. hehehhe… maklum la..baru lagi…sekarang ni tengah dok kumpul duit utk beli perabot sikit-sikit….

Benda yang baru aku experience kat sini ialah pergi dobi….ye lar… kat rumah aku ni takde mesin basuh lagi… so kena la pergi dobi… Lepas dah dengar arahan owner dobi dekat Elm Street, West Haven aku dan Nadiah pon start la basuh baju…. hehehhe… selalunya tengok dalam Tv je… sekarang aku plak yang buat…. best gak rasanya… hehhehe….kos untuk basuh baju disini ialah dalam 4 dolar untuk gunakan mesin yang paling besar… stok baju untuk 2-3 minggu boleh sumbat dalam ni… hehehhe…. semua benda buat sendiri… dah habis basuh..kene transfer ke mesin pengering pulak….dan jangkawaktu semua proses ni dalam sejam…. Dan satu lagi benda baru disini ialah….Musim Winter dah habis!!!!… heheheh…… Its spring time right now!!! .. hehehe…. suhu dah mula berada dalam 10-15 celcius…. heheh… memang nampak sejuk jugak…. tapi sebenarnya suhu ni memang selesa jika dibanding kan dengan suhu negatif masa musim winter…heheh.. memang seksa jugak la bagi kami yang buat pertama kali experience winter…. heheheh…. kalau boleh aku nak balik cuti tahun depan masa winter…hehehh… kalau boleh la….

Dalam pada masa yang sama juga, aku dan Nadiah dapat kerja part time dekat Best Western Hotel, West Haven sebagai pekerja di front desk… saja-saja je la kami pergi interview haritu…tau-tau dapat… hehheh… dan setelah seminggu kami training aku decide aku tak mahu teruskan kerja disitu… bukan sebab kerja tu teruk…tapi bosan giler…kene berdiri je dan takde benda lain nak buat bila takde kerja… dan aku pulak jenis orang yang suka bergerak…dan kalau kerja yang kene berdiri sahaja…memang bukan untuk aku la… dan bagi nadiah….kerja ni memang sesuai untuk dia sebab dia boleh baca buku dan buat assignment bila takde kerja kat sini… dan setelah berbincang dengan Nadiah…hanya dia sahaja yang teruskan bekerja disitu dan aku berhenti memandangkan aku hanya bekerja sabtu dan ahad sahaja di hotel ni manakala nadiah pula bekerja 4 hari seminggu. Bukan sebab aku memilih, tapi aku bukan jenis orang yang suka kerja yang takde kerja ni….hhehehhehe…. baik aku cari kerja part time dekat restoren mana-mana…..hehehhe…

Daripada awal aku sampai US ni, macam-macam perancangan dah kami buat…dan korang sendiri tahu yang dah banyak kali aku dan nadiah terpaksa ubah apa yang kami rancang disebabkan pelbagai rintangan yang datang… dan kali ini kami dan putuskan yang aku hanya akan terus bekerja untuk tahun ni bagi mengukuhkan ekonomi kami dulu dan Nadiah seorang sahaja yang study..dan Insyaallah kalau semua berjalan lancar..aku akan sambung balik study pada pertengahan tahun hadapan. Walau apa pu yang jadi..aku akan teruskan juga impian aku untuk sambung study disini… gunakan segala peluang yang ada disini… selagi mampu…hehhehe….

Ok la..sampai sini sahaja…insyallah aku akan selalu update bila line internet dekat rumah aku dah ada…sekarang ni susah sikit nak online…so paham-paham la …..jumpa lagi…wassalam….

6.25pm………