Perjalanan semakin lancar

19 Feb 2007…..7.30pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi aku pelunag untuk update story aku pada kali ini….. Harini sudah satu bulan lebih aku bekerja di Connecticut…. Semuanya alhamdulillah semakin senang….suasana tempat kerja yang seronok dan rakan sekerja yang friendly semua…. memang buatkan selesa aku berada disini….dah mula aku nampak jalan yang terang untuk aku dan Nadiah teruskan kehidupan disini….. dah nampak masa depan yang cerah untuk Nadiah habiskan study kat sini…..mana taknya..pakai duit sendiri kesini…bukan ada sapa-sapa sponsor…..kene cari duit sendiri la beb…mula-mula memang kene struggle….kene tabah…dan alhamdulillah kami dah lepas beberapa dugaan yang mencabar pada masa yang lepas…..dan alhamdulillah kami kenal komuniti melayu di West Haven ni….seperti Kak Shiela, Abang Akson, Abang Dean, Kak Zef, Abang Hamsan dan ramai lagi….mereka ni banyak membantu kami dalam meneruskan kehidupan disini…..

Buat sementara ni kami tinggal bersama Kak Shiela dan Abang Akson…..Merekalah yang banyak membantu kami dengan ikhlas ketika disini…terus -terang aku cakap….tanpa bantuan Kak Shiela dan Abang Akson, aku tak tau nasib aku dan Nadiah kat sini macam mana….aku dan Nadiah memang terhutang budi kepada mereka…. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik mereka….Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kerana membantu kami selama ini…..Insyaallah dalam satu atau 2 minggu lagi kami akan berpindah ke West Haven….

Minggu lepas aku dan Nadiah buat pertama kali menjejakkan kaki ke Manhattan atau lebih dikenali sebagai New York City…..Kami kesini kerana Kak Shiela ada urusan disini dan kami ni just temankan dia kesini….Lama aku tak alami kesibukan kota….dan kesibukann kat sini lebih kurang macam kat KL masa rush hour….hehhehe….satu je yang aku perasan kat sini….pemandu teksi kat sini memang memandu tak kesah orang lain…asal ada orang tahan je dia akan berhenti tanpa kesah pemandu lain….so aku advise kepada sapa-sapa yang akan ke New York dan akan memandu disana…sila la berhati-hati….. hehhehe…. tak lama aku kat sini…dalam 2 jam je…mostly aku jalan-jalan dalam kereta…. berhenti kejap kat 5th Avenue ngan 49th Street untuk tangkap gambar je…. aku akan datang sini lagi…. dan aku akan citer dengan lebih detail pasal Manhattan pada masa akan datang….

Manhattansnowstorm122 Memandu dalam salji tebal???….hehhehe….15 Feb lepas….salji memang agak tebal…salji dah mula turun masa aku kerja malam tuh…masa malam ni jugak la first time aku tengok macam mana state worker  clearkan salji yang cover jalan raya dan highway….sehari suntuk salji turun masa tuh….aku pon bawak kereta tak boleh laju sebab jalan terlalu licin dan terlalu banyak aku dapat tengok kereta accident harini….. Bila dah salji….hehehhe….kerja jadi bertambah la nampak gaya…nak kene clearkan salji yang menghalang kereta untuk isi minyak kat tempat kerja aku….kerja aku satu hari waktu tuh…sodok salji je la….hehheheh…..pengalaman beb……..bila dah clear semua…kene tabur garam plak sebab taknak salji yang baru turun cover balik tempat yang aku dah sodok…. bila salji kene garam ni….. salji akan cair terus….bila tempat kerja dah clear ngan salji dan tiba pula masa nak balik….bukannya boleh terus balik….satu lagi kerja nak kene setel….clearkan salji dekat kereta dulu daa…..aduss….hehehhe… memang letih sikit waktu winter ni…terutama masa snowing….. seronok dia masa hari pertama dan kedua je la…lepas tuh dah mula letih nak mengadap salji ni…hehehhe…. kerja jadi banyak…. sejuk pulak satu hal…..hehehheh…..

Ok la…sampai takat ni je untuk kali ni…. Insyaallah aku tulis lagi pada masa akan datang….dan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sentiasa memberi kata-kata peransang, nasihat dan komen-komen kepada aku….Sekian

Wassalam…

8.32pm…….

2 Responses to “Perjalanan semakin lancar”

  1. AB Baini Says:

    wah..seronok dengar cerita korang. Aku harap satu hari dapat ke NYC, Manhattan dan Brooklynn. Alang-alang ada yang bantu, kenangi mereka selamanya. Jangan dah balik Malaysia nama diorang pun ko dah tak ingat

  2. Mohamed Hiekal Says:

    Insyaallah aku akan sentiasa ingat sesiapa sahaja yang bantu aku dari dulu hingga sekarang….. aku juga doakan ko akan sampai disini… insyaallah kalau ko datang dalam 4-5 tahun akan datang kita masih boleh jumpa disini…

Leave a Reply