Archive for February, 2007

Berpindah Ke Connecticut

Monday, February 26th, 2007

Feb 26 2007 …….5.00pm

Pindahfeb252007009_5 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Harini agak letih bagi aku dan Nadiah….Mana taknya..semalam kami baru lepas mengangkut barang dari rumah kami di Holyoke ke rumah baru kami di West Haven, Connecticut. Barang memang tak berapa banyak tapi ada 2-3 barang yang besar seperti tilam, meja dan kerusi study yang membuatkan tak muat untuk aku sumbat ke dalam kereta aku yang ushi tuh….hehhehe… Nasib baik Abang Akson bagi pinjam van dia….. Boleh la aku dan Nadiah sumbat semua benda dalam van tuh….. Pindahfeb252007007 Sampai je kat rumah kami kat Holyoke…kami pun mula la masukkan barang dan baju kami dalam kotak..nasib baik kotak dah ada semua… Sejak kami kerja ni memang susah nak cari masa datang sini untuk kemas barang…. Semalam je la masa yang kami berdua free untuk kami datang sini dan angkut semua barang….Kontrak rumah baru dah kami tandatangan 3 hari lepas…. Nasib baik Abang Akson bagi pinjam van… rupa-rupanya banyak jugak barang kami…hehhehe…penuh satu van….dekat 2 jam kami punggah barang masuk dalam van….. Kebetulan Jamilah(owner rumah Holyoke) ada masa kami kemas barang tuh…dia kata sedih tengok kami nak keluar dari rumah ni…. Tapi kehidupan mesti diteruskan…rezeki kami lebih kat Connecticut…terpaksa la kami pindah sana…. demi untuk teruskan kehidupan… Kalau dok stay sini lagi memang sakit la beb….hehhehhe…..

Dalam perjalanan pulang ke West Haven ketika kami baru je lepas Haftrord, tiba-tiba aku rasa macam ada tak kene dengan van ni….Aku pun berhenti dekat stesyen minyak kejap nak periksa apa yang buat rasa lain macam bila bawak van ni…. Rupa-rupanya tayar depan sebelah driver pancit pulak ….huhuhuhu…. aku pon pergi periksa tayar spare…Nasib baik tayar spare ada tetapi tool pulak takde….Aduss….. Orang pon takde masa ni…dah la malam dalam pukul 10 lebih….sebelum jadi apa-apa hal..lebih aku baik pump je tayar dan teruskan perjalanan….masa isi angin tuh aku dengar la ada bunyi angin keluar….hehehhe…nampak gaya kene berhenti setiap gas station la untuk pump angin…hehehheh….terpaksa beb…dari berlaku benda pelik-pelik kat sini…better ku teruskan perjalanan…dah la malam…sejuk pun satu hal….hehehhe…. Alhamdulillah sampai juga kami kat rumah Kak Shila dan Abang Akson….. Esok la jawabnya aku tukar tayar sebab dah mula snow time tuh…

Dalam sebulan jugak la kami dok cari rumah….. nak kata susah tak juga kalau nak cari rumah dekat sini…. tapi masalahnya mahal…..Maklum la….baru nak start kehidupan kat sini… So kitorang terpaksa berjimat banyak untuk permulaan…. Kene cari yang murah-murah dulu… Kami dapat rumah betul-betul di Downtown West haven….dari tingkat rumah kami nampak West Haven Green(Taman). Kami sewa apartment yang berkonsepkan studio tetapi ruang dapur dan toilet berasingan….Dan apartment ni mmg cukup luas untuk kami berdua…. dan dekat dengan pasaraya Walgreen dan bank….Sewa sebulan disini USD625 dan campur bil eletrik semua dalam 700++ jugak la….. Tapi sebelum masuk rumah ni kene bayar 3 bulan deposit…..dekat 2000 gak la untuk permulaan… Nasib baik kami berdua kerja..kalau sorang je….memang sakit la beb…..

Bangun pagi tadi terus aku gi tukar tayar van Abang Akson…tapi sebelum tuh bukannya boleh terus tukar tayar….semalam snow kan???…hehheh…kene sodok la dulu jawabnya…nak nampak tayar macam mana kalo tak sodok dulu…hehheheh….. Nasib baik snow tak keras lagi…So senang la aku nak clearkan area ni semua sebelum aku tukar tayar van ni….. Nadia pula dok layan anak-anak Kak Shila dan Abang Akson dok main snow…. bila snow je..sekolah cuti kat sini…seronok la bebudak tuh semua dok main snow….hehhehe…. aku nak kene setelkan tayar ni lepas tuh nak kene punggah barang ke rumah baru kami pulak… Rumah baru aku dalam 200 meter dari rumah Kak Shila dan Abang Akson…dekat je….hehhehe….kalau jalan kaki tak sampai 5 minit sampai…. Dalam kol 10 pagi tuh aku dah setel tukar tayar semua dan kami terus pergi ke rumah baru kami untuk punggah barang…. Nak kene cepat sebab Abang Akson nak pakai van untuk gi berniaga. Dan dalam kol 11 macam tuh kami setel punggah barang….. letih giler….sampai je rumah Abang Akson…kami dua-dua terus kong…hehhehe…. kol 1.30 baru bangun….tuh pon kene bangun sebab Nadiah ada kelas kol 4….kalau bukan sebab kelas…memang sampai malam la… hehehheh……. Ni lepas Nadiah habis kelas pukul 9.30 malam..kami nak kene singgah rumah kat Holyoke kejap sebab ada 2-3 benda lagi tertinggal…

Ok la hingga berjumpa lagi….wassalam…

6.15pm

Perjalanan semakin lancar

Monday, February 19th, 2007

19 Feb 2007…..7.30pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi aku pelunag untuk update story aku pada kali ini….. Harini sudah satu bulan lebih aku bekerja di Connecticut…. Semuanya alhamdulillah semakin senang….suasana tempat kerja yang seronok dan rakan sekerja yang friendly semua…. memang buatkan selesa aku berada disini….dah mula aku nampak jalan yang terang untuk aku dan Nadiah teruskan kehidupan disini….. dah nampak masa depan yang cerah untuk Nadiah habiskan study kat sini…..mana taknya..pakai duit sendiri kesini…bukan ada sapa-sapa sponsor…..kene cari duit sendiri la beb…mula-mula memang kene struggle….kene tabah…dan alhamdulillah kami dah lepas beberapa dugaan yang mencabar pada masa yang lepas…..dan alhamdulillah kami kenal komuniti melayu di West Haven ni….seperti Kak Shiela, Abang Akson, Abang Dean, Kak Zef, Abang Hamsan dan ramai lagi….mereka ni banyak membantu kami dalam meneruskan kehidupan disini…..

Buat sementara ni kami tinggal bersama Kak Shiela dan Abang Akson…..Merekalah yang banyak membantu kami dengan ikhlas ketika disini…terus -terang aku cakap….tanpa bantuan Kak Shiela dan Abang Akson, aku tak tau nasib aku dan Nadiah kat sini macam mana….aku dan Nadiah memang terhutang budi kepada mereka…. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik mereka….Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kerana membantu kami selama ini…..Insyaallah dalam satu atau 2 minggu lagi kami akan berpindah ke West Haven….

Minggu lepas aku dan Nadiah buat pertama kali menjejakkan kaki ke Manhattan atau lebih dikenali sebagai New York City…..Kami kesini kerana Kak Shiela ada urusan disini dan kami ni just temankan dia kesini….Lama aku tak alami kesibukan kota….dan kesibukann kat sini lebih kurang macam kat KL masa rush hour….hehhehe….satu je yang aku perasan kat sini….pemandu teksi kat sini memang memandu tak kesah orang lain…asal ada orang tahan je dia akan berhenti tanpa kesah pemandu lain….so aku advise kepada sapa-sapa yang akan ke New York dan akan memandu disana…sila la berhati-hati….. hehhehe…. tak lama aku kat sini…dalam 2 jam je…mostly aku jalan-jalan dalam kereta…. berhenti kejap kat 5th Avenue ngan 49th Street untuk tangkap gambar je…. aku akan datang sini lagi…. dan aku akan citer dengan lebih detail pasal Manhattan pada masa akan datang….

Manhattansnowstorm122 Memandu dalam salji tebal???….hehhehe….15 Feb lepas….salji memang agak tebal…salji dah mula turun masa aku kerja malam tuh…masa malam ni jugak la first time aku tengok macam mana state worker  clearkan salji yang cover jalan raya dan highway….sehari suntuk salji turun masa tuh….aku pon bawak kereta tak boleh laju sebab jalan terlalu licin dan terlalu banyak aku dapat tengok kereta accident harini….. Bila dah salji….hehehhe….kerja jadi bertambah la nampak gaya…nak kene clearkan salji yang menghalang kereta untuk isi minyak kat tempat kerja aku….kerja aku satu hari waktu tuh…sodok salji je la….hehheheh…..pengalaman beb……..bila dah clear semua…kene tabur garam plak sebab taknak salji yang baru turun cover balik tempat yang aku dah sodok…. bila salji kene garam ni….. salji akan cair terus….bila tempat kerja dah clear ngan salji dan tiba pula masa nak balik….bukannya boleh terus balik….satu lagi kerja nak kene setel….clearkan salji dekat kereta dulu daa…..aduss….hehehhe… memang letih sikit waktu winter ni…terutama masa snowing….. seronok dia masa hari pertama dan kedua je la…lepas tuh dah mula letih nak mengadap salji ni…hehehhe…. kerja jadi banyak…. sejuk pulak satu hal…..hehehheh…..

Ok la…sampai takat ni je untuk kali ni…. Insyaallah aku tulis lagi pada masa akan datang….dan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sentiasa memberi kata-kata peransang, nasihat dan komen-komen kepada aku….Sekian

Wassalam…

8.32pm…….