Kesabaran dan Keikhlasan dijanjikan balasan….
1.00 am…Jan 28th 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua….
Sebelum apa-apa aku nak mintak maaf kepada semua yang sentiasa menanti aku update blog aku ni…dah sebulan lebih aku tak update…. sebenarnya banyak benda yang berlaku dalam sebulan ni….banyak sangat perkara-perkara yang berlaku sehingga banyak perubahan terpaksa kami buat disini….dan banyak perkara-perkara yang berlaku dan mematangkan lagi kehidupan kami disini….serta perkara-perkara yang menyentuh talian persahabatan dan kepercayaan…..
Keputusan untuk menetap di rumah Kak Shila dan Abang Akson di New Haven, Connecticut pada Krismas 2006 lepas memang membawa perubahan besar dalam kehidupan kami disini…..Dalam sebulan aku mendiamkan diri tanpa menulis sebarang cerita baru bukannya aku takde idea…aku banyak benda nak cerita tapi masalahnya aku takde masa nak taip…bila ada masa plak takde line internet plak…..tertinggal laptop la…macam-macam…tapi terus-terang aku cakap..dalam sebulan ni mmg aku dan nadiah terlalu busy dan berusaha nak teruskan hidup dekat sini…. banyak keputusan yang perlu dibuat kali ini….sampai kadang2 aku terpikir…betul ke langkah yang aku ambil ni…. lagi cerah ke peluang kami nanti???? Hanya Allah sahaja yang tahu….
Ok…. Sebelum aku pergi ke New Haven…kerja aku dekat dunkin donut di Hadley agak kucar-kacir sebenarnya…. aku dah mula terasa isu perkauman mula berkeliaran di tempat kerja aku ni….bukan aku je terasa…ada 3-4 orang lain yang semuanya berkulit putih…..Hal ini berlaku disebabkan manager aku tuh berbangsa Hispanic….dan kebanyakan orang yang bekerja disini berbangsa Hispanic… Dari minggu ke minggu masa bekerja aku mula dikurangkan sehinggakan ada satu ketika tuh…sampai 3 minggu aku takde dalam jadual… dan dalam hal ni bukan aku sahaja yang kene…. golongan berkulit putih pulak diberikan jadual bekerja waktu malam sahaja….. sakit hati pon ada jugak sebenarnya….Masih lagi ada manusia sebegini hidup di dunia nih…… Disebabkan hal ni…kehidupan aku dan Nadiah bertambah tertekan…duit makin sikit…..sewa rumah kene bayar…makan lagi….Cari kerja tempat lain pun semuanya hampa…Macam-maca hal lagi la kalau korang nak tau…Allah je tau macam mana keadaan kami waktu ni…Dipendekkan cerita sebab banyak lagi benda aku nak cerita….Manager yang buat aku sakit hati ni kene buang kerja dan aku pulak dah berhenti bekerja di Dunkin Donut.
Mengenai kisah di New Haven pulak….atau orang aku panggil kampung orang Malaysia di US ni…hehhehe….di area sini sahaja ada dekat 30 keluarga orang Malaysia yang kebanyakannya melayu tinggal disini dan kebanyakan mereka semua sudah ada Green Card dari kerajaan US dan telah menetap disini lebih dari 10 tahun…. Area ni 10 kali ganda lagi happening dari area umah aku dekat Holyoke sebab dekat dengan pantai dan keadaan bandar yang lebih terancang dan kemas…..Jarak dari Holyoke dengan New Haven ialah 80 batu ataupun satu jam 15 minit perjalan menggunakakan kereta. Gambar yang aku dok posing atas tuh aku tangkap kat pekan West Haven….jalan kaki je dari rumah Kak Shila….satu kilometer plak dari sini ada pantai….West Haven Beach….lawa area sini….tapi masa winter ni kosong je la…Kak Shila cakap..kalau masa summer…penuh tempat tuh dengan orang…macam2 aktiviti ada kat sini… aku nak citer sangat pon aku tak tau…kita tunggu summer nanti k…
Cakap mengenai Kak Shila dan Abang Akson ni pulak…mereka ni suami isteri…ada 3 orang anak…..Balya, Annie dan Dede…dan lagi satu..mereka ni ada restoren sendiri…restoren masakan melayu…. Nama restoren tuh Warong Selera…terletak kat 702B, Boston Post Road, West Haven CT 06516…..Bersebelahan dengan kedai daging halal milik Abang Dean, orang melayu malaysia jugak….Terus terang aku cakap…masakan Kak Shila dan Abang Akson mmg sedap…. lepas rindu aku dengan makanan-makanan kat KL…hehehe…. dah sebulan lebih aku tggl bersama mereka….dan sampai dah kenal la regular customer restoren ni…hehhehe…..Tapi selaunya restoren ni ramai masa Kak Shila buat "Brunch"….sekali dalam 2 minggu….masa ni special….masakan special dan bnyk pilihan….lauk pun banyak..selalunya buat macam
style nasi campur kat Malaysia…hehhe…siap dengan kuih-muih lagi….Kalau sesiapa yang berada di US….dan nak tau pasal restoren ni…boleh la email aku atau call je number dalam gambar aku tuh…
Ok la…..takat ni saja untuk waktu ni…aku baru je balik kerja..letih sikit…dan insyaallah aku akan sambung cerita lagi…kali ni aku nak cerita mengenai apa yang berlaku semasa aku dok kat Connecticut ni dan cerita tentang kerja baru aku dan macam mana aku boleh kerja kat sini…hehhehe….harap bersabar ye….Lagi sekali aku nak minta maaf sebab buat korang semua tunggu-tunggu story dari aku…
-Takziah kepada Sahabat baik ku saudara Abul sekeluarga kerana kembalinya abang beliau iaitu arwah Emran Abd Manan ke Rahmatullah pada 24 Jan 2007 lepas…. Harap pembaca yang beragaman Islam dapat sedekahkan Al-fatihah kepada arwah dan semoga Abul sekeluarga sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dari Ilahi ini.
2.00am….Jan 28th 2007….
January 27th, 2007 at 11:29 pm
Chaiyok2! Berusahalah!
January 28th, 2007 at 5:49 am
Jatuh bangun, sakit sengsara, hanya kita yang merasai dan hanya kita yang akan menikmati ganjaran sebenar dengan penuh kesyukuran dan kenikmatan. Mereka yang lahirnya dengan kesenangan tanpa kecewa tanpa liku yang menghidupkan kehidupan itu sendiri hanyalah pemerhati yang setia yang tidak ada apa-apa sebenarnya..
January 28th, 2007 at 9:11 am
Terima kasih kepada semua yang setia membaca dan yang memberi semangat kepada aku untuk teruskan hidup dekat sini….memang benar…kahidupan dinegara orang ni tak semudah yang disangka… Tapi kehidupan mesti diteruskan….
“BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH”
January 29th, 2007 at 1:48 am
yo..
Aku rasa kalau selagi tak give-up selagi tu la kesenangan akan dicapai. So, buat masa sekarang ni… kenalah jadik macam sponge … menyerap segala macam apa-apa yg mendatang…satu ari nanti…mende2 tu ler yg boleh men’yemat’kan (become smarter..hehehe) kita in the future.
Jumpa lagi
January 29th, 2007 at 7:07 am
Thanks Ahmad….betul tu apa yg ko cakap….kita serap je apa yg ada depan mata….segala dugaan kene tabah….insyaallah aku sambung lagi mlm ni…bnyk nak taip ni….nasib baik aku dah abiskan shift minggu ni awal..sebab nadiah dah nak start klas dah…sambung nnt k..
January 29th, 2007 at 9:15 am
Hiekal… semoga ko tabah hadapi semua di perantauan tu.. chewahhhh… kem salams kat wife…