Aidiladha memberi sinar baru dalam kehidupan
Wednesday, January 31st, 2007Jan 31 2007………9.52pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera……
Chapter ni sambungan kisah di bawak tuh….ok…Nak citer sikit kisah masa hari Krismas kat sini…1-2 minggu sebelum Krismas lagi aku dah tengok orang-orang sini dah decorate rumah gila-gila…mostly diorang semua hias rumah dengan macam lampu-lampu kelip…mmg penuh bumbung rumah dengan pokok-pokok semua diorang balut habis dengan lampu kelip-kelip ni…kalau time malam memang meriah….siap ada shape rusa la…santa claus la…macam-macam la… Dari segi persiapan aku tengok memang meriah….tetapi berbeza pada hari Krismas itu sendiri…kalau nak dibandingkan dengan perayaan-perayaan di Malaysia memamg jauh beza dengan sini…Percaya tak kalau aku cakap pada hari Krismas tuh sendiri…Suasana kat sini sunyi sepi….aku lalu kawasan rumah orang-orang kat sini…semuanya sunyi dan tak nampak la ada orang-orang datang melawat atau ada perayaan….Pelik??…kalau korang pelik…aku lagi pelik…. Kalau kat Malaysia…nama je raya..tak kira la raya melayu ke…raya cina atau hindu….mmg meriah kan hari tu……Kat sini berbeza….dan kalau nak tau kenapa…..aku sendiri takde jawapan dia kenapa………
Keesokannya pulak…semua orang muslim menyambut perayaan Aidiladha atau raya haji….1st time jugak la kami meyambut hari raya ramai dekat sini…masa raya lepas….kami dengan Abang Utama dan Kak Destri je….Kali ni ramai….Kitorang gi semayang raya dekat New Haven….Komuniti muslim sini sewa satu dewan untuk buat sembahyang raya….ini disebabkan masjid disini tak boleh tampung bilangan jemaah yang terlalu ramai…sebab tuh diorang sewa dewan……Ramai betul yang datang masa tuh…penuh satu dewan basketball….Lepas sembahyang je kami pergi ke rumah Abang Amir dan Kak Liza….ada makan-makan…hehhehe….. Nasik ayam lagi…huuhuuhuh…memang ‘feveret’ aku tuh… puas la aku makan ayam haritu….huhuhuhu….. Ramai yang datang haritu….makin ramai la kenalan aku kat sini…. seronok raya bila dapat beraya sama-sama melayu…… Boleh dikatakan komuniti melayu disini semuanya friendly dan senang mesra….aku pon selesa berborak dengan mereka…dan alhamdulillah…….Abang Amir offer kami satu kereta……dia jual murah je sebab dia tak pakai kereta tu…… kereta SAAB 9000s tahun 1989….memang dengar lama… tapi still ok dan boleh berjalan dengan sempurna…..Aku pon test drive kereta tuh dan check apa-apa yang patut…. terus aku booking kereta tuh….hehhehe…Memang kami perlukan kereta sangat-sangat sebab pengangkutan awam dekat area Holyoke tuh memang tak boleh harap… dah la bas sejam sekali….sampai pukul 7 mlm je….susah nak kerja kalau takde kereta…. dan percaya atau tidak…aku beli kereta tuh 500 dolar sahaja…hehehhe….memang ramai tak percaya…tapi tuh la realiti….. So…setel dah satu masalah besar….lepas ni tinggal nak balik ke Holyoke dan register kereta ni la pulak….aku tak boleh register kat Connecticut sebab aku stay dekat Massachusetts…..undang-undang sini memang macam tu…melainkan aku pindah ke Connecticut…baru la aku boleh register dekat sini.
Kami patutnya balik petang tuh sebab aku kerja hari isnin…… tiket keretapi dah beli….. sebelum balik dari rumah Abang Amir..aku call tempat kerja aku(Dunkin Donut)….aku call dan tanya jadual aku…diorang cakap aku tak keje minggu depan…uik???…tak keje…???..dah 2 minggu la dah aku takde shift ni…Macam mana nak hidup ni beb…mana nak cekau duit nak bayar sewa rumah nanti….aduss…..pening…pening….nak kata aku wat salah kat tempat kerja takde pulak…aku keje ok je selama ni….nak dapatkan kepastian…aku call Amanda…dia ni satu kerja ngan aku….kira aku baik dengan dia…aku tanya la dia sebab aku aku takde shift…dia jawab….Manager tempat aku kerja memang dah lain macam sikit…. dah macam memilih ……dia cerita…yang dia pon dah rasa tak seronok kerja sejak 2 minggu lepas…. Sebabkan takde shift minggu tu ni…aku stay lagi 2 hari dekat rumah Kak Shila… Nasib baik la aku jumpa Kak Shila… Boleh la gak aku kenal-kenal dengan orang-orang kat sini…..
Pening…pening….Nak kene cari kerja lain jawabnya…. tapi kerja agak susah nak dapat dekat area aku tinggal sekarang….mana taknya…pekan tuh tak la besar sangat…tapi ada 6 kolej dalam kawasan ni….so saingan mmg tinggi untuk kerja-kerja yang dibayar ikut jam disini sebab ramai student yang apply sekali….Keesokannya aku dan Nadiah lepak dekat restoren Kak Shila dan Abang Akson…saja je nak tolong diorang…. tengah-tengah dok borak-borak dengan Abang Akson tentang masalah kami ni…datang Abang Dean join borak sekali….dia ni pemilik kedai daging sebelah restoren Kak Shila…. Abang Dean pun kerja sebagai Assistant Manager dekat Stesen Minyak Mobil di North Haven…kira-kira 15 minit dari West Haven…. Bila dia dapat tau je masalah kami ni…terus dia offer aku ngan Nadiah kerja kat tempat dia…dia cakap tempat dia ada kosong…. Alamak….. Offer Abang Dean memang menarik….tapi masalahnya jarak dari UMASS ke sini dalam sejam setengah kalau drive…. Gaji memang lebih dari kerja Dunkin Donut…dan benefit dia memang menarik….siap sponsor study lagi tuh…dalam erti kata lain…aku boleh sambung belajar dan Mobil akan bayarkan….dan Nadiah pulak tak perlu bayar study dia di UMASS….Mobil akan bayarkan kalau kami kerja dengan Mobil dan tiada sebarang syarat lain dikenakan…… Banyak duit boleh jimat kalau kerja dekat sini…..cuma kene travel masa nadiah ada kelas je la… Banyak juka benda nak kene fikir ni kalau nak pindah sini…. aku cakap dekat Abang Dean…bagi masa kami sehari dua untuk fikirkan hal ni…banyak benda nak kene bincang….silap-silap kami pindah ke Connecticut…. tapi tak tau la macam mana….
Dipendekkan cerita…kami terima offer Abang Dean dan kami minta tempoh satu minggu sebelum kami mula kerja disini….sebab aku nak kene register kereta dulu….lepas tuh nak kene repair 2-3 benda sebelum kereta ni boleh digunakan untuk travel dari Holyoke ke West Haven…..Dalam hal ni aku betul-betul terhutang budi dekat Kak Shila, Abang Akson dan Abang Dean yang banyak membantu aku dengan Nadiah waktu ni….kalau aku tak jumpa diorang ni semua..aku tak tau la apa nasib kitorang kat sini…. Hanya Allah je dapat membalas jasa mereka… Dan pada 8 Januari 2007 aku dan Nadiah mula bekerja di ExxonMobil North Haven…..ramai rupanya orang melayu Malaysia dan kesemuanya orang asia…kerja dekat sini…hehhheh…dah rasa macam kerja kat KL pulak….dan alhamdulilah semua orang disini semua baik-baik…dan cepat mesra….kerja pon tak stress…. masyuk satu hal….wakakakka…. Alhamdulillah syukur aku kepada Allah kerana beri rezeki ni….
Seminggu lepas aku kerja kat sini…aku terus call tempat kerja lama aku dan cakap yang aku berhenti kerja, dan Nadiah pon dah berhenti kerja di Mark’s Meadow School….dan Insyaallah aku dan Nadiah akan pindah ke West Haven pada awal bulan Mac ni sebab Nadiah hanya 2 hari saja ada kelas di UMASS dan adalah lebih baik kami pindah kesini disebabkan kos travel dapat dikurangkan jika kami pindah kesini….dan aku boleh cari kerja part time di West Haven ni… sini peluang kerja lebih banyak dan keadaan bandar disini lebih terpelihara dan tersusun…. Buat masa ni Kak Shila suruh kami tumpang di rumah dia sementara kami dapat rumah di West Haven ni…..
Inilah sedikit sebanyak yang berlaku sepanjang sebulan aku menghilangkan diri……. ada lagi 2-3 benda aku nak cerita…tapi dah dah letih otak aku dok fikir nak recall semua benda…hehhhe…. Sampai sini saja kali ni…Insyaallah kita jumpa lagi…terima kasih lagi sekali kepada mereka yang sering memberi semangat dan nasihat…. Kata-kata anda semua sedikit sebanyak membantu dalam memberi peransang untuk aku meneruskan hidup disini….terima kasih lagi sekali….Wassalam….
11.49pm….31 Jan 2007
