Alhamdulillah…..
Dec 9, 2006….6.44pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada semua….
3 Disember lepas genap la setahun aku dan Nadiah bergelar suami isteri….Dah setahun dah kami kahwin….Macam-macam dah kami lalui…dan alhamdulillah serta syukur ke hadrat Illahi kerana mempertemukan kami berdua…. 6 tahun kami berkawan sebelum tuh…..setahun dah kahwin…..Macam-macam dah kami lalui….dan langkah terbesar dalam hidup kami ambil ialah mengambil keputusan untuk datang kesini….Datang ke Amerika…….
Seperti yang kami rancang sebelum datang kesini…aku perlu dapatkan kerja dalam masa 3 bulan setelah kami sampai sini…kalau aku tak dapat kerja memang kami kene balik Malaysia balik la jawabnya sebab duit yang kami bawak cukup-cukup untuk survive 3 bulan dekat sini je….dan Alhamdulillah aku dapat kerja….dah 3 hari aku kerja sebenarnya…..Aku dapat kerja kat Dunkin Donut dekat Hadley….on da way ke UMASS….kira-kira 30 minit dari rumah aku……Asyik tak dapat je bila apply kerja-kerja yang ada relate ngan degree aku……ada je yg tak cukup…lesen la…degree aku tak sama ngan silibus kat sini la…hehheh…. macam-macam….Sebab tuh aku belasah je kerja kat Dunkin Donut…ada gak la income…. Sebelum ni aku ada buat kerja tolong orang belikan barang dan pos ke Malaysia…tapi tak cukup nak hidup beb…hehheh….Jangan nak memilih sangat pasal kerja…kalau dok memilih sampai bila-bila la takde kerja…..Belasah je aper yang terlintas depan mata dulu…..Sok kalau ada offer kerja lain…lompat la…hehhehe….nak hidup beb….
Dalam pada masa yang sama….aku pernah mention pasal lesen massage dulu kan…? hehhe…..tuh kalau nak kerja full time….kalau buat part time boleh sebenarnya…ramai yang buat….aku dah jumpa 2-3 orang yang buat massage part time…diorang siap ajar aku camner nak buat….hehheh…dan aku dah beli meja massage aku sendiri dan insyaallah akan start buat massage kat rumah aku….aku charge rendah dari harga market sini….orang baru la katakan…harap-harap orang sini suka la cara aku massage….hehhhehhe… harap korang semua doakan aku success kat sini k…kerja…kerja..kerja…!!!
Ujung bulan ni semua orang muslim sambut Hari Raya Aidiladha pulak… pastu Tahun baru plak…..Mari kita semua doakan agar semua bakal-bakal haji kita selamat mengerjakan ibadah haji dan selamat pulang ke tanah air….dan diharap negara kita akan bertambah maju dan sentiasa aman makmur hendaknya….Amin….
Hingga jumpa lagi…Wassalam….
7.49pm
December 15th, 2006 at 6:51 am
kawen…sudah…
keje…sudah…
migrate…sudah…
aniversary…sudah..(by the way..heppi ani..=))
anak??? hahaHa =P
nk adidas bag!!!
December 15th, 2006 at 7:26 am
anak?…soalan cepu mas… wakakaka…sabar k…..masanya akan tiba insyaallah….hehehhe….tak sabar nak jadi untie ke?…hehehhe….