3 bulan dan 3 musim….
Friday, December 22nd, 200622 Dec 2006…..11.50 malam
Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Harini ialah hari pertama kami berada di dalam musim sejuk…..dalam 3 bulan 20 hari aku dan nadiah ada kat sini…dah 3 jenis musim kami rasa….masa kitorang sampai dulu…masa tuh penghujung musim panas….sempat la rasa kejap musim panas yang tak berapa panas tuh…hehhe…pastuh kitorang dapat rasa musim luruh plak…memang cantik masa tuh…dapat tengok semua pokok dari hijau bertukar warna ke merah la..kuning la…oren la….dan lepas tu tinggal ranting je….dan sekarang ni…musim sejuk pulak…tasik dah mula beku….rumput pun dah beku…walaupun dalam kalendar menyatakan harini hari pertama musim sejuk..tak bermakna la harini baru start sejuk…. sebelum ni dah rasa dah….first time salji kat sini pada 4 dec lepas..tapi aku lupa nak citer dalam posting yang lepas…maybe tengah aniversary mood kot….hehhehhehe…..tapi salji nipis je….lepas tuh dah takde dah…
Suhu paling sejuk dah kami rasa sepanjang kami hidup dekat sini ialah -19 darjah celcius…..tapi sehari dua je sejuk dia..pastuh naik balik ke 2-3 darjah celcius….mula-mula dulu sakit gak la bila kene sejuk macam ni…lama-lama dah ok dah…amik masa nak biasakan diri…..
Alhamdulillah kerja aku ok… dapat gak la aku berinteraksi ngan orang-orang sini…. tapi aku tak berapa nak boleh berborak sangat sebab hampir semua orang kat tempat kerja aku ialah orang-orang porto rico…slang diorang masa diorang bercakap tuh…buat aku pening….cair gak telinga aku nak paham aper yang diorang cakap….hehheheh…. tapi alhamdulillah semuanya ok…tapi aku tak budget pon nak kerja sini lama…..dalam 2-3 minggu kerja nih aku dapat idea terbaru…insyaallah aku akan masuk school balik dalam bulan 3 nih…aku rancang nak ambil course avdance massage therapy and physical therapy program….dan lepas habis tuh aku nak terus buat lesen dekat sini…. ada satu public school dekat Easthampton yang buat course ni…dan boleh dikira fees dia berpatutan dan mampu juga untuk aku usahakan sebelum bulan 3 nih….cuma kene kerja keras sikit… Insyaallah dengan kerja kat dunkin donut nih dan buat massage part time…aku boleh kumpul duit……Insyaallah…
Sebenarnya hati aku tergerak nak belajar balik nih dalam 3 hari lepas…dok pikir-pikir balik…kalau aku ada lesen nih..lagi jauh aku boleh pergi…bukan sahaja Malaysia nanti…dekat US pon aku boleh kerja dengan senang hati tanpa risau bila dah ada lesen ni….betul tak? Aku nak start buat massage dekat sini pon pakai lawyer gak…hehehhe….nak kene buat satu surat….dalam minggu depan baru aku dapat surat tuh…dah dapat tuh baru la aku confident nak buat massage dekat sini…ada la protection sikit….
Esok pagi aku dan Nadiah akan ke New Haven lagi sekali…orang Malaysia yang menetap dekat sana jemput kami tinggal sana dalam 2 hari…… Gi sana naik keretapi (Amtrak) Ok gak la…dapat gak la release tension kitorang ni…Nadiah pon alhamdulillah dah habis semester pertama…February nih baru dia masuk school balik….Dia pon baru je sehat…dah 3 hari dok terbaring je…badan dia letih sebab kene stomach flu….and maybe stress study and travelling ke UMASS tiap-tiap hari dulu kot….
Ok la..hingga jumpa lagi….Wassalam….
12.05 am
