Thanksgiving dan basketball

Nov 23rd 2006 10.36 malam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Agak lama juga aku tak update kisah aku kat sini….dok sibuk dengan beberapa urusan sejak kebelakang ini sampai takda masa aku nak menulis….banyak juga email yang aku dapat dari para pembaca yang dok tanya bila nak update…. hehehheh….minta maaf kepada semua…. sibuk satu perkara juga dan satu lagi sebab aku tak menulis ialah kerana takde benda yang manarik nak aku ceritakan agaknya…..

Cakap mengenai perkara menarik, Semalam aku, Nadiah, Dr. Utama dan isteri pergi melihat perlawanan basketball antara UMASS lawan St. Francis. Game ni dekat Mullins Center di UMASS…..Kebetulan Nadiah dapat tiket free…dapat 4 pulak tuh, sebab tu kami ajak Dr. Utama dan Kak Destri tengok sekali…..memang la nak kene ajak mereka nih…kalau takde mereka ni memang tak tengok la aku game ni….takde transport beb…hehhehe…. Game ni pukul 7 malam….memang dah takde bas time tuh nak ke UMASS….1st time kami nak tengok game nih….memang excited…selalu dekat KL dulu tengok dalam TV je…nih dapat tengok live….Dr Utama ambil kami pukul 6.30 dan kami tiba di UMASS pukul 7.00 malam….parking memang dah penuh….terpaksa la jalan kaki….jauh juga berjalan semalam…. dah la sejuk….nasib baik pakai jacket tebal… Sampai je dalam stadium..game baru start 10 minit…suasana time tuh memang meriah…Juruacara game tuh memang pandai mengawal suasana…para penonton pun memang sporting. Ini yang membuatkan game tuh meriah…aku yang baru first time tengok game nih walaupun tak tau law game ni sangat pon jadi bersemangat…. Masa rehat separuh masa, suasana jadi tambah meriah…pasukan cheerleader dari UMASS buat persembahan….macam pertunjukan acrobatik masa ni….siap melambung-lambung la cheerleader ni masa buat pertunjukan ni. Lepas pertunjukan dari pasukan cheerleader ni pulak…pengacara buat pengumumam dimana mana-mana penonton dapat menari ikut lagu yang dimainkan…mereka akan dapat makan malam percuma dan beberapa hadiah lain….penonton hanya perlu menari dari tempat duduk mereka dan dari skrin besar…camera akan fokus kepada sesiapa yang dapat menari dengan gaya yang paling manarik…time ni la aku dapat tengok macam-macam gaya mereka menari…yang melompat la…yang jadi macam ular pon ada…semua nak makan punya pasal…hehhehe…all the crowd memang sporting…..

Turkey2 Ok….kali ini aku nak ceritakan satu perayaan yang boleh dikatakan penting di US ni iaitu perayaan Thanksgiving yang disambut hari ini (23 Nov 2006). Perayaan ini pertama kali disambut di New England (Massachusetts) pada tahun 1621 iaitu kira-kira hampir setahun selepas pendatang dari eropah dari Plymouth, England menjejakkan kaki di bumi Amerika ini. Perayaan ini disambut selepas mereka berjaya mendapatkan hasil dari ladang mereka (hasil tuaian) serta selamat menempuh musim sejuk yang mencabar disini pada ketika itu. Ketika itu perayaan ini disambut selama 3 hari berturut-turut dan mereka menjemput penduduk asli Amerika iaitu kaum Red Indian sebagai tetamu mereka kerana penduduk asli Amerika inilah yang menyelamatkan mereka ketika musim sejuk ketika itu dengan memberi bantuan dari segi pakaian dan selimut untuk golongan pendatang eropah ini. Ketika perayaan ini mereka menghidangkan ayam belanda (turkey) sebagai hidangan utama dan menjadi tradisi sehingga ke hari ini. Pada tahun 1939, Presiden Amerika pada ketika itu, Franklin D Roosevelt mengumumkan secara rasminya perayaan yang disambut pada hari khamis ke empat pada bulan November ini menjadi perayaan umum bagi semua penduduk Amerika tanpa mengira agama bagi memperingati peristiwa dahulu.

Cakap mengenai kerja….aku still tak dapat kerja lagi…takde rezeki lagi…tapi minggu depan aku ada interview kat 2-3 tempat…doakan la aku dapat kerja k…. minggu lepas ada la dapat offer kerja kat Hartford dan New Haven….tapi tempat tuh dalam satu jam dari rumah aku kalau drive…memandang aku takde kereta…terpaksa la aku menolak….ada juga orang Malaysia yang offer kerja…tapi still terlalu jauh untuk aku… Cerita mengenai lesen untuk aku bekerja di hospital….rupa-rupanya lesen tuh hanya bagi mereka yang hendak bekerja di Massachusetts sahaja…kalau di state lain kebanyakan tak perlu…dan daripada kajian yang aku buat…undang-undang di Massachusetts ni la satu-satunya state di US nih yang agak ketat dari segi pekerjaan ini. Sebabnya aku ada dapat satu offer kerja di hospital Harford dan mereka tak memerlukan lesen untuk aku bekerja di bahagian physioterapi. Ini adalah kerana Hartford terletak di dalam state Connecticut. Korang semua boleh refer mengenai hal ni kat website dibawah untuk maklumat lanjut.

http://www.pcshq.com/pcsweb/pcspages.nsf

Sampai sini saja buat kali ini….Insyaallah kita jumpa lagi.

Wassalam….

Leave a Reply