Peru dan Firewood

28 Nov 2006 ….4.15pm

   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Korang mesti tertanya-tanya kenapa tajuk aku macam tu kan?…hehhehe…. Percaya tak kalau aku cakap Peru terletak dekat Massachusetts?…percaya atau tak…memang Peru terletak dalam Massachusetts….hehhhe…ada satu tempat disini nama Peru. Aku pun mula-mula tak percaya masa Jamilah cakap…. dan ahad lepas Jamilah bawa kami pergi sana….tempat tu kira-kira 45 minit dari rumah aku…. kami pergi sana sebab Jamilah nak ambil kayu api dekat sana untuk bekalan waktu musim sejuk nanti. Perjalanan kesana memang seronok sebab lalu kawasan hutan dan ladang…memang cantik pemandangan ketika perjalanan kesana….pokok-pokok pun hampir semua dah takde daun…tinggal dahan je…..satu pemandangan dan pengalaman baru untuk aku….selalunya dapat tengok dekat dalam TV je….hehhehe….

  Jamilah sebenarnya ada tanah dikawasan ni dan dalam perjalanan kami kesana Perumassachusetts26nov2006_029_1 kami berhenti dekat satu tasik….Menurut Jamilah tasik ni ialah buatan manusia dan disini kami dapati tasik ni dah mula membeku… aku ngan nadiah dapat tengok dah mula ada lapisan ais atas tasik tu. Orang Malaysia jumpa benda macam ni…jadi kecoh la kejap…hehhehehe….aku cuba pijak lapisan ais tu dan dapat tengok ais tub merekah sebab belum cukup kuat lagi….dengar bunyi ais tuh merekah memang menakutkan….sebijik macam dalam movie…. Aku dengan Nadiah cuba baling batu dengan kayu dan seronok tengok batu ngan kayu tu menggelongsor je atas tasik tu……Ini baru musim luruh..tasik dah mula beku….esok nanti dah musim sejuk…macam mana la pulak sejuknya….hehheheh….kita tunggu je la nanti…..

Perumassachusetts26nov2006_053 Lepas tuh kami bergerak ke tanah milik Jamilah….perjalan untuk kesana lebih kurang 5 minit je dari tasik tadi. Sampai je dekat sana kami dapat tengok rumah bergerak milik Jamilah…teruk dah rupa rumah tuh…terbiar….Jamilah cakap,kali terakhir dia guna rumah tuh kira-kira 11 tahun lepas….Dia dulu selalu camping disini waktu summer. Dekat sejam setengah juga kami disini. Nak kata banyak kumpul kayu tak juga….asyik borak-borak je…hehhehhe….macam-macam Jamilah cerita mengenai tempat ni dan kawasan sekeliling.

Perumassachusetts26nov2006_067 Dalam perjalanan pulang, kami singgah dekat satu lagi tasik iaitu kira-kira 10 minit dari tempat ambil kayu api tadi. Tasik ni nama dia Lake Granite. Tasik ni lebih luas dari tasik yang mula-mula dan tasik ni merupakan punca air dan kawasan tadahan air untuk kawasan ni. Jamilah cerita, tempat ni kalau waktu summer memang ramai orang. Ada yang berkelah, camping, memancing dan macam-macam lagi avtiviti mereka buat dekat sini. Tetapi aktiviti bermotor seperti motorbot atau jetski adalah dilarang. Ini bagi menjaga dan memelihara keaslian tempat ni.

Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam……

4 Responses to “Peru dan Firewood”

  1. - eZeLiN - Says:

    akum,

    hi hiekal..aku tak tau pn ko xde kat Mesia…
    bile bace blog nie br aku
    tau..

    sronok bace blog ko nie..nmpak gayanya pasni aku jadi regular visitor la.. ;-)
    kim salam kat wife ko..
    take care to both of u..

  2. Mohamed Hiekal Says:

    makasih sebab sudi baca….saja je tulih-tulih…buat ilang boring…hehehhe…

  3. Ahmad Says:

    Best giler tengok gambar2 kao kat sana..Autumn dah tengok..aku tunggu je gambar kat sana bila winter pulak… dah berapa degree celcius kat sana?

  4. Mohamed Hiekal Says:

    Salji baru turn 2 hari lepas…tapi tak tebal….ni masih lagi fall….sekarang suhu dalam 0 ke -2 darjah celcius….boleh tahan gak sejuk dia….hehehhe…

Leave a Reply