Lesen dan Exam

Nov 12, 2006…..10 malam…

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Dekat seminggu gak aku tak update apa-apa…bukan sebab sibuk…tapi aku takde benda apa nak cerita….Aku dok busy cari kerja dengan interview je minggu lepas…. Minggu lepas aku ada hantar resume and interview dengan company-company yang ada kaintan dengan medical field…sebab aku dulu kerja bahagian ni… memandangkan aku tak boleh kerja bahagian physioterapi lagi kat sini…so aku cuba cari kerja-kerja di dalam company yang medical base ni…macam dekat klinik atau hospital…Macam aku cerita dalam penulisan aku yang lepas..aku kena amik exam untuk dapatken lesen untuk aku kerja dalam bahagian physioterapi ni dekat sini…memang undang-undang dekat Massachusetts memerlukan lesen bagi sesiapa yang nak bekerja dalam bahagian ini. Ambil exam dengan nak apply lesen kene ada dekat 800 dolar…banyak tuh kalau convert RM…huhuhuhu…..

Aku ada juga apply kerja sebagai massage therapist…sebab aku ada belajar dan ambil training masa study dan masa kerja dulu….tapi masih tak boleh prektis skill aku dekat sini…undang-undang dekat sini memerlukan lesen bagi sesiapa yang hendak bekerja sebagai massage therapist dan dalam hal ini…bukan sahaja duit diperlukan…mengikut law sini…untuk dapatkan lesen nih..seseorang kena amik training selama 500 jam di massage school di US ni baru boleh quailified untuk dapatkan lesen nih….lama gila….duit dan masa diperlukan…macam-macam hal la nak kerja kat sini….maklum la…aku tak tau pun ada benda-benda ni semua…

Duit dah makin susut…bosan duduk rumah pun satu hal jugak….alamak aiii!!!…..So minggu ni aku target nak cari kerja kat fast food chain ataupun pasar raya je…Stop N Shop ke…CVS ker…walmart ke…Dunkin Donut ker….McD ke…KFC ker..cafe mana-mana lar…aku tak kesah….janji aku dapat kumpul duit untuk dapatkan lesen Physical Therapist Assistant(PTA) aku….. Cakap pasal alesen nih…aku pon sebenarnya boleh jadi Personal Trainer(PT) sebab aku ada kelulusan dalam bidang nih….tetapi…nak jadi PT dekat sini pun pakai lesen…dalam 150 dolar kena ada untuk ambil exam untuk dapatkan lesen tuh… duit…duit…duit….

Ini la namanya dugaan….. hehehhe…tapi takpe…aku masih boleh hadapi dugaan ini…hal kecik je kalau nak dibandingkan dengan orang lain..aku pasti ada orang lagi susah dari aku kat sini….aku pon pernah kerja kat McD dulu masa kat KL…nasib baik ada pengalaman…tak la rasa kekok kalau nak kerja tuh balik…hehhe…So..kita bermula dari bawah balik….Start from scratch… Doakan la aku dapat kerja k…. Bagi sapa-sapa yang datang sini dan ingin bekerja dalam medical field ni…aku harap dengan pengalaman aku nih..korang akan dapat bersedia dari awal…….Hingga jumpa lagi….Wassalam….

"Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah"

10.25 malam….

3 Responses to “Lesen dan Exam”

  1. YaNie BesT Says:

    Assalamualaikum..
    hai, haikal and acu.

    seronok rasanya bila org baca cite korang nak survive kat tempat org.
    anyway,Chayook! Chayook!
    teruskan usaha korang ;)
    Take care..
    ‘Jaga Diri, Jaga Iman’
    Wassalam

  2. Mohamed Hiekal Says:

    terima kasih….

  3. Ahmad Says:

    Assalamualaikum,

    Memang betul, idup di perantauan ni memang banyak dugaannya. Lebih-lebih lagi bila lain yg kita sedia, lain pula yang jadinya..heheheheh.

    Tapi tak apa, sebenarnya mende2 macam ni lah yang akan mendewasakan kita, kita akan lebih bersedia dan lebih ‘alert’ di masa hadapan…(cewahh!..cam bagus jek nasihatkan orang)…teruskan usaha…tapi jangan lupa terus update blog…

    Aku doakan kao cepat dapat kerja..Amin…

    Salam Hormat.

    p/s YaNie BesT : “Chayook! Chayook” tu amende?

Leave a Reply