Archive for November, 2006

Peru dan Firewood

Tuesday, November 28th, 2006

28 Nov 2006 ….4.15pm

   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Korang mesti tertanya-tanya kenapa tajuk aku macam tu kan?…hehhehe…. Percaya tak kalau aku cakap Peru terletak dekat Massachusetts?…percaya atau tak…memang Peru terletak dalam Massachusetts….hehhhe…ada satu tempat disini nama Peru. Aku pun mula-mula tak percaya masa Jamilah cakap…. dan ahad lepas Jamilah bawa kami pergi sana….tempat tu kira-kira 45 minit dari rumah aku…. kami pergi sana sebab Jamilah nak ambil kayu api dekat sana untuk bekalan waktu musim sejuk nanti. Perjalanan kesana memang seronok sebab lalu kawasan hutan dan ladang…memang cantik pemandangan ketika perjalanan kesana….pokok-pokok pun hampir semua dah takde daun…tinggal dahan je…..satu pemandangan dan pengalaman baru untuk aku….selalunya dapat tengok dekat dalam TV je….hehhehe….

  Jamilah sebenarnya ada tanah dikawasan ni dan dalam perjalanan kami kesana Perumassachusetts26nov2006_029_1 kami berhenti dekat satu tasik….Menurut Jamilah tasik ni ialah buatan manusia dan disini kami dapati tasik ni dah mula membeku… aku ngan nadiah dapat tengok dah mula ada lapisan ais atas tasik tu. Orang Malaysia jumpa benda macam ni…jadi kecoh la kejap…hehhehehe….aku cuba pijak lapisan ais tu dan dapat tengok ais tub merekah sebab belum cukup kuat lagi….dengar bunyi ais tuh merekah memang menakutkan….sebijik macam dalam movie…. Aku dengan Nadiah cuba baling batu dengan kayu dan seronok tengok batu ngan kayu tu menggelongsor je atas tasik tu……Ini baru musim luruh..tasik dah mula beku….esok nanti dah musim sejuk…macam mana la pulak sejuknya….hehheheh….kita tunggu je la nanti…..

Perumassachusetts26nov2006_053 Lepas tuh kami bergerak ke tanah milik Jamilah….perjalan untuk kesana lebih kurang 5 minit je dari tasik tadi. Sampai je dekat sana kami dapat tengok rumah bergerak milik Jamilah…teruk dah rupa rumah tuh…terbiar….Jamilah cakap,kali terakhir dia guna rumah tuh kira-kira 11 tahun lepas….Dia dulu selalu camping disini waktu summer. Dekat sejam setengah juga kami disini. Nak kata banyak kumpul kayu tak juga….asyik borak-borak je…hehhehhe….macam-macam Jamilah cerita mengenai tempat ni dan kawasan sekeliling.

Perumassachusetts26nov2006_067 Dalam perjalanan pulang, kami singgah dekat satu lagi tasik iaitu kira-kira 10 minit dari tempat ambil kayu api tadi. Tasik ni nama dia Lake Granite. Tasik ni lebih luas dari tasik yang mula-mula dan tasik ni merupakan punca air dan kawasan tadahan air untuk kawasan ni. Jamilah cerita, tempat ni kalau waktu summer memang ramai orang. Ada yang berkelah, camping, memancing dan macam-macam lagi avtiviti mereka buat dekat sini. Tetapi aktiviti bermotor seperti motorbot atau jetski adalah dilarang. Ini bagi menjaga dan memelihara keaslian tempat ni.

Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam……

Thanksgiving dan basketball

Thursday, November 23rd, 2006

Nov 23rd 2006 10.36 malam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Agak lama juga aku tak update kisah aku kat sini….dok sibuk dengan beberapa urusan sejak kebelakang ini sampai takda masa aku nak menulis….banyak juga email yang aku dapat dari para pembaca yang dok tanya bila nak update…. hehehheh….minta maaf kepada semua…. sibuk satu perkara juga dan satu lagi sebab aku tak menulis ialah kerana takde benda yang manarik nak aku ceritakan agaknya…..

Cakap mengenai perkara menarik, Semalam aku, Nadiah, Dr. Utama dan isteri pergi melihat perlawanan basketball antara UMASS lawan St. Francis. Game ni dekat Mullins Center di UMASS…..Kebetulan Nadiah dapat tiket free…dapat 4 pulak tuh, sebab tu kami ajak Dr. Utama dan Kak Destri tengok sekali…..memang la nak kene ajak mereka nih…kalau takde mereka ni memang tak tengok la aku game ni….takde transport beb…hehhehe…. Game ni pukul 7 malam….memang dah takde bas time tuh nak ke UMASS….1st time kami nak tengok game nih….memang excited…selalu dekat KL dulu tengok dalam TV je…nih dapat tengok live….Dr Utama ambil kami pukul 6.30 dan kami tiba di UMASS pukul 7.00 malam….parking memang dah penuh….terpaksa la jalan kaki….jauh juga berjalan semalam…. dah la sejuk….nasib baik pakai jacket tebal… Sampai je dalam stadium..game baru start 10 minit…suasana time tuh memang meriah…Juruacara game tuh memang pandai mengawal suasana…para penonton pun memang sporting. Ini yang membuatkan game tuh meriah…aku yang baru first time tengok game nih walaupun tak tau law game ni sangat pon jadi bersemangat…. Masa rehat separuh masa, suasana jadi tambah meriah…pasukan cheerleader dari UMASS buat persembahan….macam pertunjukan acrobatik masa ni….siap melambung-lambung la cheerleader ni masa buat pertunjukan ni. Lepas pertunjukan dari pasukan cheerleader ni pulak…pengacara buat pengumumam dimana mana-mana penonton dapat menari ikut lagu yang dimainkan…mereka akan dapat makan malam percuma dan beberapa hadiah lain….penonton hanya perlu menari dari tempat duduk mereka dan dari skrin besar…camera akan fokus kepada sesiapa yang dapat menari dengan gaya yang paling manarik…time ni la aku dapat tengok macam-macam gaya mereka menari…yang melompat la…yang jadi macam ular pon ada…semua nak makan punya pasal…hehhehe…all the crowd memang sporting…..

Turkey2 Ok….kali ini aku nak ceritakan satu perayaan yang boleh dikatakan penting di US ni iaitu perayaan Thanksgiving yang disambut hari ini (23 Nov 2006). Perayaan ini pertama kali disambut di New England (Massachusetts) pada tahun 1621 iaitu kira-kira hampir setahun selepas pendatang dari eropah dari Plymouth, England menjejakkan kaki di bumi Amerika ini. Perayaan ini disambut selepas mereka berjaya mendapatkan hasil dari ladang mereka (hasil tuaian) serta selamat menempuh musim sejuk yang mencabar disini pada ketika itu. Ketika itu perayaan ini disambut selama 3 hari berturut-turut dan mereka menjemput penduduk asli Amerika iaitu kaum Red Indian sebagai tetamu mereka kerana penduduk asli Amerika inilah yang menyelamatkan mereka ketika musim sejuk ketika itu dengan memberi bantuan dari segi pakaian dan selimut untuk golongan pendatang eropah ini. Ketika perayaan ini mereka menghidangkan ayam belanda (turkey) sebagai hidangan utama dan menjadi tradisi sehingga ke hari ini. Pada tahun 1939, Presiden Amerika pada ketika itu, Franklin D Roosevelt mengumumkan secara rasminya perayaan yang disambut pada hari khamis ke empat pada bulan November ini menjadi perayaan umum bagi semua penduduk Amerika tanpa mengira agama bagi memperingati peristiwa dahulu.

Cakap mengenai kerja….aku still tak dapat kerja lagi…takde rezeki lagi…tapi minggu depan aku ada interview kat 2-3 tempat…doakan la aku dapat kerja k…. minggu lepas ada la dapat offer kerja kat Hartford dan New Haven….tapi tempat tuh dalam satu jam dari rumah aku kalau drive…memandang aku takde kereta…terpaksa la aku menolak….ada juga orang Malaysia yang offer kerja…tapi still terlalu jauh untuk aku… Cerita mengenai lesen untuk aku bekerja di hospital….rupa-rupanya lesen tuh hanya bagi mereka yang hendak bekerja di Massachusetts sahaja…kalau di state lain kebanyakan tak perlu…dan daripada kajian yang aku buat…undang-undang di Massachusetts ni la satu-satunya state di US nih yang agak ketat dari segi pekerjaan ini. Sebabnya aku ada dapat satu offer kerja di hospital Harford dan mereka tak memerlukan lesen untuk aku bekerja di bahagian physioterapi. Ini adalah kerana Hartford terletak di dalam state Connecticut. Korang semua boleh refer mengenai hal ni kat website dibawah untuk maklumat lanjut.

http://www.pcshq.com/pcsweb/pcspages.nsf

Sampai sini saja buat kali ini….Insyaallah kita jumpa lagi.

Wassalam….

Lesen dan Exam

Sunday, November 12th, 2006

Nov 12, 2006…..10 malam…

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Dekat seminggu gak aku tak update apa-apa…bukan sebab sibuk…tapi aku takde benda apa nak cerita….Aku dok busy cari kerja dengan interview je minggu lepas…. Minggu lepas aku ada hantar resume and interview dengan company-company yang ada kaintan dengan medical field…sebab aku dulu kerja bahagian ni… memandangkan aku tak boleh kerja bahagian physioterapi lagi kat sini…so aku cuba cari kerja-kerja di dalam company yang medical base ni…macam dekat klinik atau hospital…Macam aku cerita dalam penulisan aku yang lepas..aku kena amik exam untuk dapatken lesen untuk aku kerja dalam bahagian physioterapi ni dekat sini…memang undang-undang dekat Massachusetts memerlukan lesen bagi sesiapa yang nak bekerja dalam bahagian ini. Ambil exam dengan nak apply lesen kene ada dekat 800 dolar…banyak tuh kalau convert RM…huhuhuhu…..

Aku ada juga apply kerja sebagai massage therapist…sebab aku ada belajar dan ambil training masa study dan masa kerja dulu….tapi masih tak boleh prektis skill aku dekat sini…undang-undang dekat sini memerlukan lesen bagi sesiapa yang hendak bekerja sebagai massage therapist dan dalam hal ini…bukan sahaja duit diperlukan…mengikut law sini…untuk dapatkan lesen nih..seseorang kena amik training selama 500 jam di massage school di US ni baru boleh quailified untuk dapatkan lesen nih….lama gila….duit dan masa diperlukan…macam-macam hal la nak kerja kat sini….maklum la…aku tak tau pun ada benda-benda ni semua…

Duit dah makin susut…bosan duduk rumah pun satu hal jugak….alamak aiii!!!…..So minggu ni aku target nak cari kerja kat fast food chain ataupun pasar raya je…Stop N Shop ke…CVS ker…walmart ke…Dunkin Donut ker….McD ke…KFC ker..cafe mana-mana lar…aku tak kesah….janji aku dapat kumpul duit untuk dapatkan lesen Physical Therapist Assistant(PTA) aku….. Cakap pasal alesen nih…aku pon sebenarnya boleh jadi Personal Trainer(PT) sebab aku ada kelulusan dalam bidang nih….tetapi…nak jadi PT dekat sini pun pakai lesen…dalam 150 dolar kena ada untuk ambil exam untuk dapatkan lesen tuh… duit…duit…duit….

Ini la namanya dugaan….. hehehhe…tapi takpe…aku masih boleh hadapi dugaan ini…hal kecik je kalau nak dibandingkan dengan orang lain..aku pasti ada orang lagi susah dari aku kat sini….aku pon pernah kerja kat McD dulu masa kat KL…nasib baik ada pengalaman…tak la rasa kekok kalau nak kerja tuh balik…hehhe…So..kita bermula dari bawah balik….Start from scratch… Doakan la aku dapat kerja k…. Bagi sapa-sapa yang datang sini dan ingin bekerja dalam medical field ni…aku harap dengan pengalaman aku nih..korang akan dapat bersedia dari awal…….Hingga jumpa lagi….Wassalam….

"Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah"

10.25 malam….

Orang Malaysia dan kerja…..

Monday, November 6th, 2006

Nov 6th 2006 11 pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua….

                        

Pejam celik dah 2 minggu dah kita berada dalam bulan Syawal…..kejap je masa berlalu….. Sorry la kalau buat korang semua tertunggu bila aku nak update blog ni….aku bz sikit dalam minggu ni…maklum la…tgh dok sibuk cari kerja….sebelum tuh ada sambutan Halloween plak kat sini….pengalaman yang menarik dalam hidup kitorang kat sini…seronok tgk budak-budak pakai kostum sambil minta candy kat rumah-rumah….Cakap pasal Halloween nih…perayaan nih adalah berkaitan dengan roh-roh jahat dan baik serta pemujaan pada asalnya tetapi orang-orang yang menyambutnya dah tak percaya hal-hal tuh semua dan sekarang nih perayaan adalah lebih untuk golongan kanak-kanak nih…seronok layan budak-budak diorang cakap…Diingatkan bahawa sebagai umat Muslim..adalah HARAM untuk korang sambut perayaan nih..just nak clearkan keadaan kat sini…. Aku citer pasal Halloween nih sebab aku nak gambarkan keadaan kat sini jer…dan aku berada dalam community ni secara langsung dan bukan sebab aku sambut…. Sebab aku tau yang baca blog nih semua orang dari pelbagai kaum…. So aku citer untuk semua orang,..bukan pada orang-orang tertentu..harap semua maklum… korang bleh refer pasal sejarah Halloween kat webpage bawah:

                           http://www.halloweenishere.com/history.html

Dan cerita yang menarik nak aku citer kat korang semua ialah buat pertama kali dalam 2 bulan 3 hari aku kat sini aku jumpa orang Malaysia….hehehhe…seronok tak ingat…!!!Cerita dia macam ni…semalam Abang Utama dan isteri ajak kitorang gi beraya kat Queens, New York…seronok kitorang dapat gi New York….dah 2 bulan terperuk dalam area ni…dapat keluar dari sini..tu yang seronok… ada 2 tempat akan kami pergi..pertama kami akan berjumpa saudara Kakak Destri, dia ada buat makan-makan dekat rumah dia dekat Queens, New York dan selepas itu baru kami akan berjumpa orang Malaysia dimana diorang ada buat majlis hari raya dekat satu dewan di West Haven, Connecticut.

    Queens_ny_dan_new_haven_gatheringnov_5th_2  Perjalananan ke Queens mengambil masa 3 jam setengah dari rumah aku…..dari rumah aku kami guna route 91 masuk ke route 291 sebelum tiba ke Queens…..aku tak berapa ingat sangat jalan kesana..baru first time….tapi syok lalu kat highway sini….syok bukan apa pon…pemandangan lain…suasana lain…first time la katakan….semua lain..tuh yang buat menarik..bukan aper pon…  tempat yang agak menarik masa perjalanan ni masa kitorang sampai Bronx dan menuju ke Queens….kitorang lalu sebelah banggunan New York Times dan kene naik satu jambatan plak ..nama dia Bronx Whitestone Bridge …dari jambatan tu boleh nampak Manhattan…atau lebih dikenali sebagai New York City(NYC)….. dan lepas tuh kitorang lalu sebelah ngan tower yang diorang guna masa shoot movie Men In Black….ala..tower yang ada macam piring terbang tuh kat atas dia..kalau korang tgk balik movie tuh sure perasan….Bronx, Queensdan Manhattan nih wilayah-wilayah dalam New York…ada 5 sebenarnya..lagi 2 aku lupa apa dia….dalam 5 wilayah nih…Manhattan la yang paling terkenal…cantik gak nampak NYC nih…dah lama tak nampak bandar…dah 2 bulan dah…excited gak bila tgk….dari jauh nampak tenang je bandar tuh tapi bila tengok kat langit…banyak gila kapal terbang dok lalu atas kepala…sibuk betul…nih sebab ada airport yang dekat area sini….John F Kennedy Airport….

Sampai kat rumah sedara Kakak Destri je…kitorang disambut dengan lagu-lagu klasik Indonesia…tuan rumah mmg friendly giler…so tak la rasa kekok sgt….nadiah je la yang agak sengal sebab tak paham bahasa Indonesia…aku plak selalu berurusan dengan warga Indonesia masa kat tempat kerja dulu…ramai orang dari sana yang datang operate kat tempat aku kerja dulu…so aku memang paham sangat apa yang diorang cakap..Cuma nak cakap balik aku kantoi sikit…Nadiah terus ternganga je la…hehehheh….lawak tul tgk dia..aku la yang jadi tukang translate untuk dia…..makan best kat sana…daging lembu bakar..ikan bakar.. bakso….dan ada beberapa lagi hidangan sampingan….memang sedap makanan kat sini…kitorang pon balon la sampai terdiam…hehhhe..lama tak makan macam ni…masakan dia pulak memang kene dengan selera aku…hehhhe..tak bagi peluang la…hahahahah….dekat 2 jam gak kami lepak sana..borak-borak semua…

   Lepas tuh dalam pukul 2.30 macam tuh kami beransur….menuju ke West Haven pulak….dalam 2 jam lebih juga perjalanan ke sini….tempat ni memang ramai orang Malaysia…. Ramai juga orang-orang terkenal di Malaysia pernah study dekat kawasan ni…  Kawasan nih lebih meriah dari kawasan tempat tinggal aku organized la orang kata…makanan halal pon senang cari….ini sebab ramai orang muslim tinggal dekat kawasan ni….restoren melayu pon ada kat sini, orang melayu kita yang punya….….hehhehe…. Jarak dari West Haven dengan rumah aku dalam satu jam setengah…kalau nak kereta la…aku yang tak berkereta nih..kalau naik bas..ada la dalam 3-4 jam jugak…hehehhe… Sampai-sampai je kat tempat yang Queens_ny_dan_new_haven_gatheringnov_5th_3 dituju setelah sesat…. hehhe..nasib baik tanya orang…. Dah nampak budak-budak melayu dok main kejar-kejar dekat luar dewan….hehehhe…Alhamdulillah…jumpa gak aku orang sendiri… Masuk dewan jer..terus dengar lagu raya nyanyian Datuk Siti Nurhaliza…. hehehe… meriah giler kat sini..ramai betul orang…first time aku nampak orang pakai baju melayu…first time la aku nampak satay dan lemang…Wakakakak…. Seronok giler… Ramai gak aku kena-kenal masa kat sana…buat kawan baru la katakan..…semua yang dah stok duduk sini 15-16 tahun beb….lama gila…  Memang dah kira menetap kat sini…. Ada yang dah restoren sendiri..ada yang dah jadi manager… ada yg jadi doktor… macam-macam la…. Semua just balik Malaysia sekadar melawat sanak saudara kadang-kadang…. Semua orang friendly…macam Abg Manan, Abg Amir dan Abg Sam…diorang nyer kepala mmg cun…rasa macam kat KL jap la masa lepak ngan diorang ni…. Macam-macam kitorang borak dan diorang ajak datang rumah diorang setiap hujung minggu…..Insyaallah kalau dah ada kereta sok memang selalu la aku ngan nadiah sampai sana….. Ada juga aku tanya kenapa tak balik Malaysia dan kerja kat sana?…hehhehhe…. jawapan diorang bagi memang bernas dan aku rasa agak sensitif untuk aku nyatakan kat dalam nih..dan aku dapat jangka mostly korang semua tau sebab apa kan?…..hehhehe….

Antara gambar-gambar kat perjalanan aku haritu dan koleksi-koleksi lepas serta akan datang ada aku upload kat sini…korang klik la link bawah tuh…

                             

   

Ok…tu pasal orang-orang kita di sini…sekarang mengenai kerja aku plak… aku ada dapat reply dari hampir semua hospital yang aku apply…semua memang berminat nak interview aku..tapi aku ada masalah rupanya…aku nih takde lessen untuk practice skill aku dekat dalam Massachusetts ni…aku kene ada lesen dulu baru boleh start kerja macam aku buat dekat KL dulu….so aku pon gi la check aper yang diperlukan untuk ambil lesen ni…requirement dia…kene ada degree yang related…OK…..kene amik exam dan lulus…OK….dan kene bayar dekat USD800 untuk ambil exam….pergh!!! …gila banyak….lesen untuk Physical Therapist Assistant hamper cecah 800 dolar!!!! Mana aku nak cekau duit tuh…aiseyman…. lesen nih antara yang termahal dalam state ni…paling mahal lesen doctor la….kene amik 3 exam sebelum boleh start kerja kat sini….kos plak….mmg lagi mahal dari lesen yang aku nak buat…..aku tak kesah la kalau tak boleh apply kerja nih lagi….so aku pon apply la keje as office boy….nak kumpul duit untuk lesen aku nnt…Khamis ni aku ada interview…wat kerja pejabat dekat satu klinik kat Easthampton…dekat je dari rumah aku..tapi kene naik bas ke Northampton dan naik satu lagi bas ke Easthampton….dekat sejam la gak…hehhehe..ada satu jalan dekat nak kesana dari rumah aku….tapi bas tak lalu sebab jalan tuh berbukit…bas tak larat naik gamaknya…hehehhe….So guys…doakan la aku dapat kerja ni k…aku memamg berharap sangat la dapat kerja..tak kesah kerja apa pon…janji dapat duit…hehhe… bukan kerja nih jer aku apply…bnyk kerja-kerja lain yang lebih kurang macam nih pon aku apply…termasuk McD ngan KFC kat sini…aku tak kesah… kene struggle la dah dok kat negara orang la katakan…

“Bukan senang nak senang…dan bukannya susah nak susah!!!!”

Hingga jumpa lagi….Wassalam…..