Suhu -2 dan Working Authorization aku….
Assalamualaikum dan salam sejatera kepada semua pembaca…..
(14 Oktober 2006, 1.33 petang waktu tempatan)
Terima kasih atas segala komen-komen membina dan email-email dari semua pembaca dan rakan-rakan….
Lebih kurang satu minggu lagi masyarakat Hindu akan merayakan perayaan Depaavali dan 9 hari lagi masyarakat Muslim akan merayakan perayaan Aidilfitri…..Selamat Hari Deepavali dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambut dan diharap tahun ini akan membawa lebih kebahagiaan dan kesejateraan kepada semua rakyat Malaysia.
Alhamdulillah aku dan Nadiah sihat walafiat…. Ok..korang semua mesti tengok TV semalam kan?..ini mengenai ribut salji dekat Buffolo, New York…. Setakat nih 3 orang mati disebabkan ribut tuh….
Kawasan tempat kami tinggal nih tidak “effect” dengan kejadian semalam..syukur….Jarak dari Holyoke ke Buffolo, New York lebih kurang 592 kilometer dalam 6 jam kalau drive dari sini. Walaupun jauh, tapi mengikut kedudukan geografi, Holyoke dan Buffolo berada pada kedudukan hemisphere yang sama dimana cuaca antara dua tempat nih sama (betul la kot penjelasan aku nih…heheheh..) dan buat pertama kali la kami merakan suhu dibawah paras beku. Semalam kawasan kami disini mencatatkan suhu -2 darjah celcius bawah paras beku kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan. Nasib baik sistem pemanas rumah ini tiada masalah. Nak rasa la juga macam mana rasa suhu nih…. Kami pon lepak luar rumah sebab nak amik pengalaman sebelum tiba musim sejuk nanti… 5 minit jer kami bertahan kat luar rumah…belum biasa lagi agaknya…hehehhe…
Cuaca agak kurang menentu sejak dua menjak nih…dan mengikut penduduk tempatan tahun ini kemungkinan salji akan turun awal dan suhu ketika itu biasa dalam -32 darjah celcius. Ya Allah…sejuk nya….. risau tapi tak sabar nak tunggu salji turun…Maklumlah…tak pernah tengok salji…hehhehe…
Kira-kira pukul 11 pagi tadi posmen datang dan aku dapati aku dapat surat dari US Citizenship And Immigration Services. Permohonan kebenaran untuk bekerja aku lulus!!!!…Alhamdulillah… dah nak boleh kerja dah aku…tapi aku nak kene apply social security number pulak lepas tuh….alamak..kene tunggu lagi…adus… Nadiah haritu pun dekat satu bulan tunggu number nih…. Number nih kene ada baru boleh start kerja. Aku ingatkan working authorization nih dah approved boleh la kerja…dan aku ingat dia sekalikan dengan social security number nih…rupa-rupanya lain….ada lagi satu hal kene setelkan pulak….Nih la dugaan namanya….sabar..sabar… Nadiah takde time nih…dia dapat kerja part time jaga budak dekat Amherst…sini kerja jaga budak diorang bayar agak lumayan…dalam 10-12 dolar sejam…. Dan 2 minggu dia jaga budak nih….tapi jaga hari sabtu sahaja…. Parents budak tuh suka cara nadiah jaga budak… Nadiah pon dulu kerja kat tadika…jaga budak nih dah memang kerja dia…
Ok cerita mengenai kos kehidupan disini…. “Cost of living” dekat sini memang rendah nak pulak jika kerja kat sini… dah dekat 2 bulan kat sini…Barang-barang dapur yang kitorang beli pon tak sampai USD150…. Barang-barang dapur nih siap daging ngan ayam halal semua..stok mmg cukup nak cover dekat sebulan lebih kat sini… saja jer beli lebih…sebab agak jauh gak nak beli makanan halal..so beli banyak terus la bila ada….petrol dah mula turun sejak 3 minggu nih…harga petrol sekarang ialah 2.30 dolar untuk satu gelen… Harga petrol berubah2 setiap hari dekat sini..kejap naik..kejap turun..macam main saham…hehhehe….
Pasal inflasi macam kat Malaysia tuh rasanya tak wujud kat sini… Ini disebabkan kat sini ada undang2 untuk menjaga kebajikan pekerja dimana dah tetapkan gaji minima untuk setiap pekerjaan di sini. Dalam undang-undang menyatakan bahawa gaji minima untk seseorang ialah 7 dolar satu jam…. Nih kira gaji paling rendah kat US nih…nih sebab kalau ada org bagi gaji lagi rendah dari ini…company tuh boleh kene saman…. bayangkan..kerja KFC kat sini pon gaji dalam 10 dolar sejam minimum…..aku dulu kerja McD kat KL dulu gaji 3.50 ringgit jer sejam…..macam mana nak hidup kalau gaji macam nih….dah la harga barang naik..petrol naik..hehhe.. harap-harap undang-undang untuk menjaga kebajikan pekerja di Malaysia akan digubal…dan aku rasa undang-undang nih mmg bijak bagi mengawal inflasi dan pada masa yang sama membela rakyat…dalam hal nih aku mmg setuju kalau kerajaan Malaysia menggubal undang-undang agar taraf kehidupan rakyat Malaysia lebih baik pada masa akan datang.
Dengan kemajuan teknologi sekarang….aku dok jauh dari family pon tak berapa terasa sangat…yer lar…kalau nak telefon tuh mmg la mahal..tapi bila guna VOIP(voice over internet protocol) service…masalah nih jadi murah atau lebih tepat lagi..PERCUMA…contohnya yahoo messenger, MSN messenger ataupun skype sebagai telefon internet (internet phone)….siap boleh videocall lagi…maju betul teknologi sekarang…. Teringat lagi masa aku satu family kene dok Jakarta tahun 1987 dulu…abah aku kene transfer kerja sana…masa tuh dia reporter untuk Utusan Malaysia….Mana ada benda-benda nih semua….telefon ngan surat jer la kami guna untuk tanya khabar dengan keluarga di Malaysia… susah betul masa tuh…Dah la mahal kalo nak telefon. Sekarang nih tiap-tiap hari aku bleh cakap ngan keluarga dan sahabat-sahabat aku dekat Malaysia…cakap melalui computer lar..tapi kalau aku nak call handphone atau telefon rumah.. aku guna Skype..murah jer kos dia…dalam 10 sen kalau call telefon rumah dan 20 sen kalau call handphone dekat Malaysia…..hingga jumpa lagi….Wassalam…
(3.37pm)
October 16th, 2006 at 7:04 pm
Hi again..aku dapat link ni pon dari agendadaily…wow..canggih-canggih…
October 24th, 2006 at 7:37 am
selamat ari raye…aku makan kan ketupat utk ko laki bini raye kali ni ngehngehngeh…jangan mara
maaf zahir batin…