Rambutku di trim harini
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sekarang pukul 2.14 waktu tempatan dan berjumpa kita lagi sekali disini…terima kasih sebab sudi baca karya aku nih….aku rasa sejak aku start menulis nih…aku rasa kehidupan aku kat sini…yer lar..pengalaman yang aku ngan wife aku lalui disini dapat aku kongsi ngan korang semua…. dah lar tak ramai org malaysia kat area aku nih…terasa sunyi gak kengkadang….family dan sahabat2 lar yg dok chat kasi hilang rasa rindu…..best bila dapat komen2 membina bila aku menulis nih…mostly semua suka…..so..aku pon sambung menulis……harini wife aku nak trim rambut aku…mungkin bnyk sgt split end kot…maybe sebab berubah cuaca menyebabkan rambut aku jadi mcm nih….
so aku pon bawak laptop aku keluar ke balcony umah utk wife aku mengerjakan rambut aku tanpa menyemakkan keadaan rumah…hehehheh…minggu nih bleh dikatakan minggu paling bertuah kitorang kat sini….mana taknya…wife aku dah dapat kerja kat tempat yg dia mmg suka….nadiah yang tgh buat master in child n family studies….dapat plak kerja kat one of tadika yg bleh dikatakan gempak di Massachusetts nih….kira bertuah lar…senang semua benda….senang dia nak buat research dia…….
Berbalik pada rambut aku nih…nih la 1st time rambut aku panjang…aku tak pernah potong rambut sejak aku kahwin dulu( 3rd dec 2005)…lama gak lar….terasa mcm nak bela rambut panjang plak…nasib baik masa aku kerja kat sebagai pembantu physioterapi Hospital Glenesgles dulu bleh bela rambut panjang… hehehheh…. wife aku dah abis trim rambut aku nih….aku nak kene gi mandi jap…dan nadiah akan amik alih untuk menaip kejap sebab dia pon tak pergi kelas harini sebab tak sehat….demam sejak semalam..tapi alhamdulillah dah semakin pulih sekarang……so aku nak mandi jap…nak basuh rambut2 yg baru kene potong tadi……
herm…nak tulis apa pun nadiah tak tau, sebab tak pernah tulis benda2 blog ni kan. By d way, just nak share dengan all of you..experience nadiah nak datang ke Massachusetts. Sebenarnya, keputusan untuk nadiah datang sini bukan le satu perkara yang senang..sebab kena fikir ramai pihak dan banyak perkara. Dah la kena fikir pasal dua-dua belah family, Haikal, pasal kewangan, pasal fees, pasal tempat duduk di sini, pasal transportation, kerja, cuaca dan paling penting sekali..pasal survival kat sini. Nadiah ingat lagi awal tahun ni, hati berbelah bahagi nak hantar application form ke UMASS ke tidak. Nak hantar tahun ni ke…tahun depan? Banyak benda yang difikirkan… Dengan niat tawakal nadiah pun hantar je application 5 hari sebelum due…
Dua bulan lepas tu…tiba2 dapat email dari UMASS yang mengatakan Nadiah dah diterima masuk ke Faculty of Education. HAti memang rasa seronok, fikir juga lagi…ada ke duit nak banyar yuran? Selang beberapa hari lepas tu, dapat lagi satu email yang mengatakan Nadiah dapat Tuition waiver (9000 USD) untuk setahun. Masa isi borang application tu nadiah ada mintak financial aid dari UMASS. Alhamdulillah…… ada juga jalan untuk ke sana rupanya. Tapi bukan sampai situ aje… bila surat dari UMASS sampai ke rumah, kita berdua mula fikir pulak… berbaloi ke pergi tahun ni? Atau tahun depan lagi bagus? Sebab bila fikir balik, kat KL ni, rumah dah ada, kerja dah tetap, family dekat…semuanya ada dan senang.
Keputusan yang kami berdua buat ni, betul2 bergantung kepada ketentuan Allah, kami dah berusaha untuk buat apa yang patut…dan kami cuma bertawakal dan minta petunjuk dari Allah….kalau ini yang terbaik untuk kami…bawalah kami ke sana.
3 minggu sebelum admission date, baru kami decide nak pergi sini…Haikal terpaksa tinggalkan kerja yang dia suka kat Hospital Gleneagles dan nadiah pulak baru jer habis dapat result Master dalam education(UPM)…..keputusan secara tiba-tiba nih membuatkan kami menjadi kelam-kabut…mana-mana benda yang tertangguh semua nak kene setelkan….Allah saja yang tau mcm mana keadaan kami masa tuh….hehhhe….dan alhamdulillah kami sampai jugak kat sini….hehhehe….
Ok lar..takat nih saja aku larat nak tulis…ada kerja sikit nak kene setel….jumpa lagi k….wassalam…
October 3rd, 2006 at 9:18 pm
Alhamdulillah korang berdua pun sihat dan nadia pun dah dpt kerja..Itulah kehebatan Allah, rezeki Allah ada dimana2. Kita perlu usaha dah bertawakal pd Allah.Insya Allah, Allah akan bantu kiter..haikal pun selalu ingatkan aku kalau dah rezeki tu xkemana..
Aku n wife aku kt sini alhamdulillah sihat..Minggu ni dah 8 bulan wife aku mengandung. Doa2 kan la supaya wife aku selamat melahirkan anak pertama kami :).
Ok la, semoga Allah permudahkan urusan korang sepanjang di sana..
October 8th, 2006 at 1:28 am
Teruja aku membaca kisah orang di perantauan. rasa best. ye la bukan semua orang dapat merantau.
eh puasa kat sana lama tak? brapa jam sehari? heheehhe
October 8th, 2006 at 1:37 am
eh kalau aku anto kad raya sampai tak? hehehe kena pakai stem brapa ringgit ek? huhu jahat aku ni. tanya korang macam korang keje kat pos pulak. kot kot la aku rajin nak anto kad raya. bagi la alamat.
October 11th, 2006 at 11:49 pm
Bagus la sudah kat sana….dari beberapa muslim kat situ carilah lagi. Manalah tau bertambah ramai lagi. Selain pi dengan maksud belajar…ada lagi perkara yg kena ingat. Kita ada satu benda bernilai….tapi mereka tak ada…iaitu nikmat Iman dan Islam…..kalau ada peluang sebar2kan…..
November 9th, 2006 at 5:36 pm
Assalamualaikum to both of u. bila baca citer u kena trim rambut by yr wife .. akak teringat lak kisah akak kat UK .. nak trim rambut kat sana plg murah 10pounds (RM76.00 masa tu).. terpaksalah akak trim rambut hubby akak … tapi ianya mengeratkan kasih sayang suami isteri …betul tak … Experience yg jarang berlaku di Malaysia ….Semoga tabah memempuh hari2 mendatang di sana….