Perubahan waktu dan Halloween…
30 Oct 2006….11pm…
Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Harini kira hari kedua secara rasminya dalam kalendar 4 musim aku berada dalam musim fall….ada benda lawak nak aku citer pasal musim fall ni…semalam aku perasan pc dan phone aku berubah waktu…jadi lambat sejam…..pelik aku…mula-mula aku ingat nadiah saja la ubah jam aku…tapi aku tgk jam tangan aku tak ubah pon…aku tanya dia…dia ubah ker?..mana tau saja buat lawak ker pagi-pagi tuh…hehhehe…..dia kata takde pon…. Rupa-rupanya masa musim fall nih memang waktu kat sini jadi lambat sejam….Housemate kitorang yang bagitau…dia dengar aku cakap-cakap ngan nadiah pasal jam ni pagi tu…laptop ngan handphone aku nih autoupdate waktu dia, patut la tiba-tiba berubah….
Sebab waktu di lambatkan sejam masa musim nih ialah kerana nak dapatkan waktu lebih untuk watku siang. Ini disebabkan waktu siang untuk musim ni jadi kurang…dan kalau korang nak tau…pukul 5.30 petang kat sini dah macam pukul 9 malam kat Malaysia…dalam erti kata lain..dah malam….cepat betul dia berubah…semua nih kuasa Allah…tak silap aku dalam minggu lepas…dalam pukul 6.45 petang baru gelap…harini pukul 5.30 dah gelap dah…cepat betul berubah….sebabkan hal nih la jam dilambatkan selama sejam….Harini matahari terbit pukul 6.21 pagi..dalam terbenam pukul 4.47 petang….kalau sapa-sapa nak ganti puasa atau buat puasa 6..memang ni la waktunya….
Manakala esok pula, orang-orang sini akan sambut perayaan Halloween….aku tak bape tau sangat pasal Halloween nih tapi seronok tengok hausemate kitorang prepare buah labu untuk perayaan ni…buah labu ni dia carve jadi macam muka hantu…hehehh…dia cakap orang sini buat macam ni sebab tak nak kasi hantu masuk rumah…macam-macam….hehehhe…aku ngan nadiah ada tolong dia buat labu nih…ada dalam 3 labu kitorang buat…dan perayaan nih mmg budak-budak tunggu sebab diorang akan pakai kostum dan berjalan kerumah-rumah untuk kutip candy…. macam budak-budak pergi raya lar lebih kurang…pergi dari satu rumah ke rumah lain…kalau kita tuh..kutip duit…budak-budak sini kutip gula-gula… sure happening esok…seronok gak nak tengok budak-budak datang rumah dengan macam-macam bentuk dan rupa…hehehhe……
Hingga jumpa lagi…wassalam….
October 31st, 2006 at 8:18 pm
wAH…Ni baru aku tahu ada adjust-adjust jam pulak yek…Tapi semua kena adjust ker…kat opis pon ker?
Kalau budak2 datang kita tak bagi candy boleh tak?
kalau tak keberatan postkan lah gambar2 autumn kat sinun…
November 1st, 2006 at 3:21 am
satu US ubah..opis..jadual bas…semua berubah….hehehe…insyaallah saya akan post gambar masa halloween dan autumm pada punilisan akan datang….