Blog aku di Agendadaily.com!!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
(Oct 10th, 2006, 4.05pm)
Aku sekarang dekat campus Nadiah…macam biasa la kene tunggu dia habis kelas…Orang tak bekerja lagi la katakan…macam nih lar…hehehe…dari aku dok rumah baik aku tggu nadiah dekat kampus dia, boleh jugak aku tengok kawasan sekeliling dan gelagat orang…..tak tau la bila baru aku boleh dapat aku punya social security number….dah dapat number nih baru boleh bekerja…dah sengal jugak otak nih… kalau bekerja tuh berjalan jugak la otak tuh….Ingat lagi masa aku bekerja kat Hospital Gleneagles dulu…seronok kerja sana..officemate pon semua sekepala…. aku seronok tolong orang ni….macam-macam orang aku jumpa….macam-macam perangai aku kene handle…hehhe… pengalaman semua tuh… ada gak VIP jadi patient aku…contohnya Khairy Jamaludin, Tan Sri Abu Hassan Omar, Dato’ Raja Azwane , Razlan dan Razman Tan Sri Ahmad Razali dan ramai lagi… walaupun aku kerja kat sana baru setahun setengah tapi pengalaman itu cukup berharga bagi aku…..Tak sabar rasanya nak bekerja balik….Peluang kerja memang banyak kat kawasan sini….cuma aku jer yang tak boleh start kerja lagi…..
Pagi tadi kira-kira pukul 10 pagi, ‘big boss’ a.k.a. abah aku call aku guna yahoo messenger….. dia cakap yang blog aku nih nak diletakkan dalam satu seksyen di laman web Agendadaily.com (www.agendadaily.com) terkejut gak aku dengar…. dok taip main2 macam nih pon boleh nak ‘placing’ kat website agendadaily….hehhehe…. just lepas nih ‘wording’ kene jaga-jaga lar..tak boleh ada yang salah…sebab dah makin ramai yang akan baca tulisan aku nih……hehehhe….boleh lar….ada jugak kerja boleh aku buat….. time free banyak la katakan…hehehhe….
Harini takde benda-benda yang menarik sangat berlaku….. aku macam biasa hari ini, keluar rumah pukul 11.25 pagi…tggu bas depan supermarket Stop n Shop..kira-kira 4 minit jer berjalan dari rumah aku…..sampai kat bus stop jer..tunggu dalam lebih kurang 5 minit, bas pon sampai… Aku naik bas PVTA nombor B48 pergi ker Northampton…bas dari company nih jer la satu-satunya public transport dekat kawasan tempat tinggal aku(Holyoke)…. Mula-mula dulu susah jugak sebab nih jer transport yang ada…tapi bila dah tau jadual bas…senang jer sebenarnya… biasa lar..benda-benda baru nih kita kena pandai sesuaikan diri….lagi cepat, lagi bagus….kita jugak yang yang senang nanti…. sama jer macam kes harga minyak dulu kat Malaysia…semua orang bising…lama-lama ok jer….hehehheh…. Aku sampai bandar Northampton dalam 15 minit selepas itu…dan disini aku kene tunggu bas nombor B43 pulak untuk ke UMASS… perjalanan kali ini ambil masa lebih kurang 30 minit…. inilah rutin harian kalau nak ke UMASS…. sabar…dugaan semua nih…takpe…nanti kalau dah ada kereta sendiri tak susah dah…bak kata pepatah…Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian. Walaupun letih jugak naik bas…tapi seronok sebab pemandangan ketika naik bas nih cantik…nak pulak baru masuk musim luruh nih…semua pokok tengah tukar warna..ada yang jadi warna kuning…ada yang jadi warna merah, ungu…terpegun sebentar dengan kuasa Ilahi…..
Keadaan di UMASS hampir sama dengan keadaan di Universiti Pertanian Malaysia(UPM), kawasan luas dan jarak antara satu fakulti dengan satu fakulti agak jauh dan bas merupakan pengangkutan utama disini sebab student semua tak boleh bawa kereta kedalam kampus, mostly mereka semua kene parking dekat satu kawasan khas berhampiran pintu masuk utama UMASS. Apa yang berbeza disini ialah melihat gelagat pelajar-pelajar disini…macam-macam ragam….macam-macam fesyen… walaupun macam-macam rupa…tapi dari pemerhatian kami yang dah dekat sebulan lebih bersama-sama mereka nih….perangai mereka tak la teruk mana…macam remaja-remaja kat KL jugak…tak bnyk beza…dan aku respect betul cara mereka memandu…diorang nih respect pejalan kaki dan kenderaan lain…..Lagi satu, kawasan UMASS nih luas..penuh padang dan taman….setakat nampak student-student tido tengah-tengah padang tuh adalah benda-benda normal…..mula-mula sampai mmg nampak janggal….tapi bila dah try sekali lepak dengan diorang nih….best rupanya tido atas padang nih…hahahahah….bila semua orang dah buat…kita yang tak buat nih nampak pelik….hehehhe….
Nak kata aku dok saja dekat sini tak jugak….minggu pertama aku sampai sini dah ada orang Malaysia email aku suruh jadi wakil untuk syarikat mereka bagi menguruskan pembelian beberapa barangan untuk makmal penyelidikan mereka di Malaysia dan di UK….daripada apa yang mereka terangkan….mereka dapat jimat banyak duit bila ada seseorang yang dapat uruskan teruskan dengan pembekal atau pengeluar disini berbanding membelinya daripada agen-agen dari Malaysia…agak sibuk juga sebenarnya mula-mula tuh…ambil masa nak belajar macam mana nak mintak quotation, nak tau selok-belok nak dapat diskaun pada harga…hehhe…pening jugak mula-mula….mana taknya…dan dekat 2 tahun aku kerja dalam bidang physioterapi, tiba-tiba masuk line business….tapi alhamdulillah aku dapat belajar dengan cepat….. dan semua urusan yang perlu aku uruskan telah selesai….dan hanya menanti urusan di Malaysia selesai sebelum pembelian barangan dapat dibuat…..
Ok lar..sampai sini sahaja waktu nih sebab wife aku pon dah habis kelas dan kami kene rush kejar bas ke Northampton…..
Hingga jumpa lagi….Wassalam….
October 10th, 2006 at 9:01 pm
Waaa haikal, Seronok betul baca citer ko ni..Rasa mcm nk g sana jer.;)..Xper la kalau ada rezeki aku kt sana, aku sampai la kt sana nnt insya Allah :)..
Okla aku doakan segala urusan ko kt sana dipermudahkan Allah S.W.T.
October 10th, 2006 at 9:17 pm
hoho..sape kate abg takde keje??
u r oFFiciaLLy a BloGGer noW
=P
October 10th, 2006 at 9:52 pm
tulis selalu tau!! best sangat baca blog ni.. memang cam baca novel la.. nanti bolehla edit jadikan novel.. (Diana)
October 10th, 2006 at 10:07 pm
terima kasih atas sokongan anda semua….!!!
October 10th, 2006 at 10:14 pm
sejak bila haikal pandai mengarang nih?? wakakakaka.. dulu masa sekolah, rasanya nko lah student paling lambat hantar essei kat cikgu..
hahahaha.. at least nko dpt belajar something kat sana.. c ya!
October 14th, 2006 at 5:13 am
hiekal, betullah, siap kuar nama and pix ko kat agendadaily…dasat dasat…bukan sng nak enterframe dalam tu…seronok baca diari ko, watkan aku bersmgt nak sambung blaja…wish u all da best!!
October 14th, 2006 at 8:23 pm
Aku rase penduduk negara barat lebih suka lepak kat padang dari lepak kat shopping complex..Kat sana shopping complex waktu perniagaannya sama ke macam kat Malaysia?….
October 15th, 2006 at 5:31 am
sini shopping complex bukak kul 11..tapi tutup dalam kol 8-9 malam…. dan yes..mmg diorang suka lepak kat taman atau padang…shopping complex mmg lengang….