Berpuasa Di Perantauan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yg kenal kami….

Fireplace Harini Oct 1st 2006 kul 4 petang waktu tempatan….kalo kat malaysia dalam pukul 4 petang….Harini dah hari ke 9 aku berpuasa kat sini…pertama kali aku berpuasa jauh dari family aku…pertama kali aku akan rasa beraya kat luar dari malaysia…pernah jugak sekali aku lambat beraya sehari..tapi sebab aku kerja…kerja kat KL gak..tuh pond ah terasa kaw-kaw……Tah mcm mana plak aku ngan wife aku rasa tahun ni…tahun nih first time kami beraya sebagai suami isteri dan first time berjauhan dengan family kami….betul-betul dugaan tahun nih…

Sahabat Dah 2 tahun berturut-turut aku berniaga kat pasar ramadhan seksyen 1 wangsa maju sebelum nih…tahun ni nampak gayanya sahabat seperniagaan aku, Boy terpaksa berniaga dengan orang lain….Macam2 rungutan aku dapat dari dia….selalu gak aku dok YM dengan dia…tak syok la aku takde sekali niaga..tarak masyuk lar…mcm2 lar…Mostly sahabat2 aku semua cakap tak best aku takde….Relax my friends…kalo korang terasa…aku lagi terasa…aku ngan wife aku jer kat sini…takde sapa2 lagi dekat ngan kami…kene survive beb….

Untung aku berkawan dengan korang semua…Luv and miss you guys so much-Boy,Azadi,Faizal yang dah kurus,Jumann,Amir,Fendi dan beberapa orang lagi yg aku maleh nak taip nama…sebab kalo taip mmg tak abis aku menulis harini…. heheheh…. Diorang nih la yang bg aku semangat untuk kesini….Mmg berat hati nak tinggalkan

Malaysia

….tapi bukan semua orang ada peluang nak kesini…so aku sambut cabaran nih…

Dan alhamdulillah aku dan wife aku dah dekat sebulan ada kat sini…semuanya setakat nih berjalan lancar…Wife aku pon dah dapat kerja Cuma dia boleh start kerja bila dah dapat social security number….aku plak dalam sebulan baru dapat number nih…social security number nih atau nama dia lagi satu ialah tax id….benda nih guna untuk masukkan gaji dalam akaun bank…..

Familyaku3 Berbalik pasal puasa….dalam sejarah hidup aku…1st time aku masak nasik goreng, aku masak ni 2 hari lepas…wife aku tak bape sehat 2-3 hari ni…maybe sebab sejuk sgt…so aku masak nasik goreng ngan daging masak kicap…..aku masak ikut sedap jer…aku selalu gak tgk mak aku masak nasik goreng…so aku juat tiru jer cam ner mak aku wat dulu…daging masak kicap takyah tanya la aku masak camner…yg penting wife aku bleh makan…..alhamdulillah daging masak kicap sedap just nasik goreng aku jer kurang garam sikit….so hari kedua iaitu semalam aku wat second attempt….kali ini success…heheheh… Familybaby siap masak sardine lagi..hehhee… aku maleh nak bukak lagu-lagu raya…takut terasa…tapi nak kata rindu giler2 kat family kitorang tuh tak la sgt…sebab tiap2 hari kitorang call diorang…siap videocall lagi… seronok bila teknologi dah maju nih…Adanya YM..MSN….SKYPE mmg bnyk sgt membantu…adanya software-software nih jugak aku tak terasa jauh sgt dengan family aku…kawan-kawan aku…tiap-tiap hari dapat borak, tanya khabar….bincang hal business pada masa yang sama…bnyk gak business aku bleh buat bila aku ada kat sini….

Latest Cerita tentang daging tuh….nasib baik aku dok ngan American yg dah convert Muslim…so dia la bawak kitorang gi beli daging n ayam yg halal….nak kata susah tak la susah dan tak la senang sgt nak dapat sebab nak kene drive dekat 45 minit utk beli makanan halal…tapi tak kesah…dah nama dok US…mcm nih la rasanya…kene terima…

Ok lar setakat nih…nnt aku citer pasal sahabat Indonesia kami kat sini…Malaysian aku tak jumpa lagi….aku dah call embassy mmg takde Malaysian tinggal kat area kami ni…kalo ada pon dalam 45 minit drive iaitu kat Hartford and paling ramai kat Boston..kira-kira 2 jam drive….

Selamat Berpuasa untuk semua muslim….

2 Responses to “Berpuasa Di Perantauan”

  1. fiZa Says:

    Selamat berpuasa buat haikal and wife. jaga diri bebaik kat perantauan tu.. kang kalau nak ketupat mesia, aku pos kan eih? tu pun kalau selamat sampai sana la…
    hihihihihihihiihihihihi….

  2. KayFaizaL Says:

    wah seronoknye mendengar cerita dari org di perantauan. kemsalam bini ko! hehehhe.

Leave a Reply