Aidilfitri2006….pengalaman,pengorbanan dan harapan…

27 Oct 2006, 7.40 malam waktu tempatan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca tulisan aku nih… Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua masyarakat Islam dan jutaan terima kasih kepada mereka yang menghantar email kepada aku….macam-macam komen, ucapan-ucapan dan kata-kata semangat diberikan…terima kasih lagi sekali….

Pertama sekali aku meminta maaf kerana agak lewat aku update blog kali ini…mungkin sebab sibuk dengan persiapan hari raya dan aku dok cari kerja pada masa yang sama….maklumlah..baru jer dapat permit kerja…hehheh… cakap mengenai raya…harini dah hari raya ke empat disini… kat sini raya awal sehari dari Malaysia…dan harini aku nak cerita pasal pengalaman pertama aku berhari raya di perantauan…. terus-terang aku cakap memang jauh berbeza dari Malaysia…mungkin sebab tempat aku tinggal ni takde orang Malaysia langsung…atau mungkin sebab aku tak pernah jumpa lagi…tetapi menurut Malaysia Student Department(MSD) cawangan New York..mmg tiada pelajar Malaysia di kawasan ini.

Malam raya tuh..aku dengan Nadiah memang busy…kitorang ada ajak beberapa kenalan baru ke rumah pada malam raya pertama…buat makan-makan sikit…serius sunyi beb kalau tak buat apa-apa masa raya..dah la family jauh…member-member aku pun jauh…sure terasa kalau takde buat apa-apa raya pertama esok….. menu kami untuk esok ialah nasi ayam, nasi himpit dengan kuah kacang, bubur jagung dan 3 jenis kuih raya…itu jer la yang sempat kami prepare…dan sempat juga Nadiah prepare rendang ayam untuk sarapan esok…

Raya2006massachusetts016 Pagi hari raya pertama….Nadiah dah prepare rendang ayam untuk kami sarapan…bila dah siap semua..kami beraya bersama-sama..inilah pertama kali kami berhari raya sebagai suami isteri….pertama kali aku berhari raya sebagai seorang suami…pertama kali Nadiah berhari raya sebagai seorang isteri…Kami akan sembahyang raya di masjid yang terletak di West Springfield…Sahabat kami, Abang Utama bersama isteri datang ambil kami pagi itu dalam pukul 6.45 pagi sebab sembahyang raya bermula pukul 7.30 pagi…. Perjalanan dari rumah aku ke masjid mengambil masa lebih kurang 30 minit….aku lengkap pakai baju melayu dengan sampin semua…dengan harapan ada la orang Malaysia tegur aku…hehehe…perjalanan ke masjid agak menarik kerana kabus tebal sepanjang perjalanan…. sampai sahaja disana orang sudah agak ramai tiba dan suhu ketika ini kira-kira 3 darjah celcius….kebanyakan mereka orang-orang dari Timur Tengah…dapat dilihat dari rupa dan pemakaian mereka….dan masih belum kelihatan orang pakai baju melayu lagi….hehhehe…aku sorang jer la yang baju nih…tapi takpe beb…aku bangga dengan baju kebangsaan kita ni…..

  Masjid ni aku tak berapa perasan nama dia sebab masjid tengah diubahsuai sebab nak diperbesarkan…..Ini disebabkan komuniti Muslim berkembang dengan pesat di negara ini….kesan dari kejadian September 11 yang lepas….ini diakui sendiri oleh beberapa penduduk disini…semenjak kejadian itu…penduduk US semakin terbuka kepada Islam….Suasana di dalam masjid tidak jauh beza dengan suasana ketika di Malaysia tetapi apa yang berbeza…takbir raya mereka…cara mereka melagukan takbir raya jauh berbeza dari apa yang kita selalu dengar di Malaysia….Imam bagi khutbah pagi tu memang semangat betul..menyeru supaya berkorban dan bersatu untuk mengukuhkan kembali masyarakat Islam disini khususnya dan di dunia umumnya…. seronok tengok cara dia menyampaikan khutbah pagi ni….satu perkara yang menarik disini ialah ketika sudah selesai sembahyang raya…kalau seperti kita di Malaysia..kita akan bersalaman sambil berselawat..tetapi disini mereka berpelukan demi mengeratkan ikatan persaudaraan antara mereka…..dah selesai semua..kitorang semua lepak kat luar masjid tu sekejap…dan disini aku ada kenal dalam 3 orang melayu…tetapi mereka dari Indonesia….dan kitorang borak-borak dekat 30 minit jugak tapi tak boleh lama sebab sejuk sangat pagi ni…

Sampai sahaja rumah…kami relax jap dan dalam pukul 2 macam tu kami dah mula masak nasi himpit dengan nasik ayam…..sebab semalam kami sempat buat kuah kacang dengan kuih raya je dan marinate ayam utk di bakar harini…… Alahamdulillah semua berjalan lancar dan kami setel masak semua ngam-ngam pukul 7……Majlis nih kami jemput Abang Utama dan isteri bersama 3 orang rakan mereka dan Sabina sekeluarga..Sabina ni student UMASS jugak..kami selalu berborak ketika dalam perjalanan ke UMASS…dia orang Perancis dan berkahwin dengan pendiduk disini. Majlis malam tu berjalan dengan lancar…semua orang memuji masakan kami…..cuak jugak…mana tak nyer…inilah first time kitorang wat makan-makan…untuk orang luar pulak tuh…tak suka ke tak apa yang kitorang masak ni….nasib baik ok….Walaupun takde orang Malaysia…tapi aku bersyukur dapat jumpa Abang Utama dan isteri, Kak Destri….mereka ni banyak membantu kami disini…Terima kasih kami ucapkan kepada mereka….Hanya Allah dapat membalas jasa baik mereka… Sekurang-kurang dengan kehadiran mereka pada hari raya kali ini dapat mengurangkan rasa rindu kamu kepada keluarga dan sahabat-sahabat kami di Malaysia….

Kira-kira pukul 10 malam hari raya pertama itu…kami call family kami di Malaysia, kat Malaysia baru pukul 10 pagi hari raya pertama….pertama kali kami beraya dan memohon maaf dengan mama dan abah kami melalui webcam je…..memang sebak betul rasa masa tuh….Allah sahaja yang tahu apa yang kami rasa masa ni…. aku sempat call sahabat-sahabat aku di KL…tuh je la cara nak hilangkan rasa rindu kat mereka semua…..Bersyukur jugak ada Yahoo messenger ngan MSN nih…tiap-tiap hari aku boleh berhubung dengan family and member-member aku semua…dapat tanya khabar mereka tiap-tiap hari….

Keesokannya…kami dua-dua kong…letih memasak dan layan tetamu semalam kot…hehehhe…sehari kami tidor…Nadiah pon tak larat nak pergi kelas harini… Lepak rumah jer la kitorang…cas bateri….hehehhe…..

Dan harini Oct 27, 2006…adalah hari paling sejuk setakat ini sepanjang kami berada disini….suhu pagi ini ialah -4 darjah celcius….kitorang dapat tengok embun beku atas daun, daun-daun jadi keras dan hampir semua rumput dan pokok-pokok kecil mati….nih baru musim luruh…belum lagi masuk musim sejuk…macam mana la rasanya suhu time tuh agaknya…..sekarang nih pon dah beku muka aku rasa..hehhehe….

ok lar…hingga jumpa lagi….. Wassalam….

3 Responses to “Aidilfitri2006….pengalaman,pengorbanan dan harapan…”

  1. KayFaizaL Says:

    Slamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin. hehehehe musim2 raya ni susah cari internet. nampak kuih raya je. :)

  2. Ahmad Says:

    Tak lupa ucapan Selamat Hari Raya dari saya…

  3. Mohamed Hiekal Says:

    Terima Kasih atas ucapan.

Leave a Reply