Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…..
Langkah pertama aku dan isteri aku jejak kaki kat negara yang bernama United States Of America nih macam-macam benda mula bermain kat kepala kami…Boleh ker?…Selamat ker?…Kalau susah macam mana….sedara-mara , sahabat-sahabat semua jauh…. AARRGGHHH…..lupakan semua tuh…semua nih syaitan yang goda..cuba melemahkan semangat dan memudarkan harapan family kami…..Dah setengah dunia kitorang terbang…takkan nak berundur……!!!! Wife aku dapat ofer study kat University of Massachusetts dan aku pulak dapat J Visa…dimana visa nih membolehkan aku bekerja kat sini tanpa had…agak jarang bagi seseorang nak dapat visa jenis nih bila masuk US….dah rezeki aku agaknya… alhamdulillah…
22 jam dalam kapal terbang mmg memenatkan….dah la aku tak biasa tidor dalam keadaan duduk…22 jam la aku berjaga…habis semua movie aku tgk…habis semua drama aku layan…Allah sahaja tau mcm mana letihnya aku masa tuh… Nasib baik naik MAS…makan sedap….hehehhehe….Macam2 jenis muka bumi aku dapat tgk..nasib baik sepanjang perjalanan semuanya siang..dapat la tgh apa ada kat bawah tuh….Rasa bertuah diri aku nih dilahirkan sebagai rakyat Malaysia bila tgk kawasan padang pasir, pokok aper pon takde..mcm kosong takde ape2 pon kat situ…dan nampak ada bnyk rumah2 kat bawah tuh…bersyukur aku hidup kat Malaysia… .. syukur sgt2…
OK…kitorang sampai kat Newark Airport, New Jersey pada 3 september 2006 pukul 7 malam waktu US tapi kene tggu Amtrax Train pukul 6 pagi keesokan harinya….
Bermalam kat sini la nampak gayanya….Airport nih biasa jer….tak la gempak sgt…lawa lagi KLIA…tapi imegresen dia mmg wat screening kaw-kaw…Security jadi semakin ketat sejak Sept 11, hampir semua beg dia check…lama gak la kalau sapa2 yg kene check…tapi Alhamdulillah kitorang tak kene check langsung…semuanya senang…sampai kat kaunter kastam…diorang cop..terus lepas mcm tuh jer..beg tak bukak langsung….mungkin muka kami nih bukan muka terrorist kot…nasib baik aku dah buang misai ngan janggut aku sebelum fly arituh….hehehhe….
So…tggu la kami sampai 6 pagi keesokannya….macam2 orang kami jumpa masa bermalam tuh….ingatkan kitorang jer yg tido kat airport…ramai lagi rupanya…ada yang tggu train..ada yang tertinggal plane… ada yg tggu flight kul 5 petang keesokan harinya… sempat la gak aku borak2 ngan orang dari Russia dan dari Slovenia….aku ingatkan slang English aku diorang susah nak paham…rupanya diorang lagi hampeh… susah giler nak paham aper yg diorang cakap…. Malam tuh mostly org2 porto rican yang bekerja sebagai janitor kat airport tuh….cakap bahasa spanish…haram satu pon aku tak paham….hehheehehehhe….
Ok…seronok gak tgk gelagat org2 kat airport tuh…sedar tak sedar dah pukul 5 pagi…kitorang pon bersiap gi stesen Amtrax ..tggu train nak ke New Haven, Connecticut. Dengan beg bnyk mcm tuh…korang bayangkan lar mcm mana kami bawak….dah la tak boleh pakai troli….nak tercabut tangan aku nih sebab mostly semua beg aku kene bawak….hehehhe..lagi terasa masa sampai New Haven..time tuh kene transit dari train nih ker train ke Springfield…Kami kene pindah semua beg tuh ke train lagi satu dalam masa 3 minit…dah rasa mcm takde lengan dah lepas tuh….berat semua beg tuh masa kami timbang dekat airport arituh dalam 80 kilo…mau tak tercabut lengan…hehhehe…tapi alhamdulillah semuanya ok….Masa naik train dari New Jersey ker Springfield…macam-macam kami nampak, Dari bandar yang busy, kami lalu kawasan-kawasan perindustrian, lalu kawasan kampung….lalu kawasan yang agak terbiar…dalam train tuh pon macam-macam rupa orang ada…seronok ada, takut pon ada tengok diorang nih…maklum lar..kalau nak compare badan aku nih dengan badan diorang…puhh…jauh panggang dari api…besar betul….hehhehe…Sampai jer dekat Stesen Springfield, Massachusetts dalam pukul 9 pagi,ada kenalan Nadiah, Mary datang amik kami dan bawa kami ke rumah sewa kami di Holyoke.
3 jam jugak naik train ni tapi tak terasa sgt sebab dok tgk kawasan
sekeliling…biasalar..benda baru utk kami…semuanya menarik…menarik sebab semua mcm dalam movie….hehhehe…denga keadaan sekeliling, dengan banggunan…semua lar…sebijik mcm dalam movie…macam lawak plak…Perjalanan amik masa dalam 15 minit jer dari stesen ni ke rumah kami…dekat map nampak macam jauh jer Springfield ker Holyoke….
Sampai kat rumah kami…tuan rumah, Jamilah sambut kami…dia American yang dah convert Islam…dah dekat 15 tahun dia muslim…so tak la kami risau sgt. Alhamdulillah rumah kami cantik…kawasan sekeliling pon cantik dan selamat….Masuk-masuk jer bilik kami dah siap semua tilam, bantal..meja study dan almari baju…Alhamdulillah semua kelengkapan nih ada…. Mary and Jamilah yang bagi…mula2 dia kata bilik nih kosong, save budget kami….Dah bawak masuk barang kat bilik semua n kemas aper2 yang patut…. Terus kami pengsan….tido lar tuh….kul 2 pagi tuh baru kitorang bangun…korang bayangkan lar betapa letihnya kitorang nih…dari pukul 10.30 pagi tido….sampai 2 pagi….hehhehe….Lepas nih tugas kitorang nak kene ubah biological clock plak….hehhehe….yer lar…org sini bgn….kitorang tido…kitorang bgn…org sini plak tido…hehehe… lambat 12 jam beza masa dari sini ngan Malaysia… Alhamdulillah kami dapat setelkan masalah nih dalam masa 3 hari jer….
2 minggu pertama kat sini kami dok sibuk dengan nak uruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran Nadia kat UMASS nih….alhamdulillah semua berjalan dengan lancar…takde masalah pon..syukur kepada Allah…..pada masa yang sama cari cuba biasakan dengan jadual waktu bas kat sini…..biasakan dengan cara hidup kat sini..cara-cara orang kat sini…semuanya berbeza….nak kene adapt dengan cara-
cara orang kat sini agar tak kekok….Mostly orang2 kat sini very friendly and very civilised….bayangkan la kat sini kita boleh lintas jalan sambil tutup mata…confirm kereta akan berenti bila kita melintas jalan..sampai nak segan plak kadang2..dok tggu tepi jalan jer mesti kereta berenti kasi kami lintas….mula2 mmg nampak pelik..tapi lama-lama jadi seronok… Kat KL kalo lintas jalan tutup mata jawapannya celik mata kat wad lar…tuh pon kalo nyawa panjang…hehhehehe….
Ok, sampai sini sahaja time nih…kita bersambung plak pada tajuk "Berpuasa Di Perantauan"…nnt aku ada masa aku sambung k….hehhehe…