Bulan yang mulia

September 24th, 2008 by hiekal

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

 

  First of all aku nak minta ampun dan maaf kepada parents aku dan kedua mertua aku… halalkan makan minum kami berdua dan kami memang merindui mama dan abah/ayah. Rindu nak sambut raya kat sana…. Tapi apakan daya…. dan pada masa yang sama mohon ampun dan maaf kepada semua sanak saudara dan sahabat handai serta kepada sesiapa yang mengenali kami …maaf zahir dan batin dan Selamat menyambut bulan ramadhan dan hari lebaran. kami mendoakan agar anda semua berada dalam keadaan sehat walafiat dan happy selalu hendaknya.

Ini merupakan tahun ketiga aku berpuasa dan menyambut hari raya di bumi Amerika nih. Nak dibandingkan suasana menyambut bulan yang mulia nih disini dengan di Malaysia memang jauh berbeza. Malaysia lebih happening… but sini pon not bad… Malaysian community disini selalu buat buka puasa beramai-ramai dan sembahyang terawih bersama-sama. Hilang la sikit rasa rindu dengan kampung halaman. Cuma satu benda yang betul2 buat aku miss ngan KL… Pasar Ramadhan!!!!!…. 2 tahun berturut sebelum aku datang sini aku beniaga dekat pasar ramadhan dekat wangsa maju…. memang enjoy… layan gelagat orang2 beli makanan nak bukak puasa… nafsu semua tggi masa beli… bila dah buka tak terhabis… hahaha.. meman selalu jadi macam nih.. betul tak? kat sini pon Konsulat General di New York ada juga buat bazaar ramadhan tapi aku takde peluang nak pergi sebab diorang buat sehari je kan.. lagipon nak pergi sana susah sikit sekarang… sebab dah ada baby… sian kat dia kalau naik subway..dengan traffic…habuk n asap semua… and one more thing.. aku memang tak suka new york… it just too much….ada juga usaha beberapa orang melayu di West Haven cuba nak create suasana bazaar ramadhan dekat sini nih macam Kak Zef and keluarga Abg Anuar… Macam kak zef..dia masak and orang2 datang ke rumah dia n pilih sendiri lauk apa yang nak mereka makan untuk berbuka..ala-ala macam makan kat warong la…. amik nasik n lauk taruk atas… and Abang Anuar pulak dia jemput orang datang berniaga di halaman rumah dia..ala-ala pasar ramadhan…. Bagus gak la ada orang-orang macam mereka nih… enjoy la jugak berpuasa dekat sini. Macam aku dulu dah biasa beli kat luar untuk berbuka….senang la untuk aku.. kalau takde..kene masak sendiri la…

Cakap pasal time management kitorang sekarang… aku sekarang kerja dari 6 pagi sampai pukul 2 petang.. and nadiah kerja dari pukul 9.30 pagi sampai pukul 6.30 petang….. dan anak kami, kami hantar ke babysitter dari pukul 8 pagi sampai pukul 2.30 petang… nadiah hantar.. dan aku amik…. dan aku sambung jaga sampai la nadiah balik… itulah kerja aku every weekdays. dan kalau takde sapa2 yang jual makanan untuk berbuka… aku kene la masak…. kadang-kadang tertido masa petang… buka puasa makan roti je la… Boleh dikatakan life agak tough sekarang dengan nak bahagi masa untuk kerja and family but alhamdulillah aku still dapat manage lagi. Memang aku akui kehidupan kami memang mengalami perubahan yang begitu drastik bila dapat anak nih…..

Itulah serba sedikit cerita aku kali nih.. hingga jumpa lagi… Wassalam….

 

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Dulu berdua… Kini bertiga….

August 1st, 2008 by hiekal

August 1st, 2008                                                              10.39pm

Img_8746 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua………….. Alhamdulillah kami bertiga sehat walafiat …. dan memang letih sedikit kami berdua menjalani kehidupan setelah ada anak ni… pejam celik dan sebulan setengah dah usia anak kami..kejap je rasa… dan alhamdulilah… memang betul cakap orang… bila ada anak nih…. insyaallah rezeki akan bertambah… dan ternyata ada benarnya kata-kata itu… sebenarnya kira-kira sebulan sebelum anak perempuan Img_8750_1 kami lahir… aku dapat jadi assistant manager kat selang satu stesen dari tempat lama aku bekerja… alhamdulillah syukur….. masyuk la sikit… sebab tuh la aku makin susah nak update blog nih… makin busy…. dan minggu lepas pula Nadiah dapat panggilan dari  daycare untuk satu company buat ubat kat sini… setelah menjalani proses interview sebanyak 2 kali… alhamdulillah Nadiah diterima jadi cikgu Img_8775 kat daycare… tercapai jugak cita-cita jangkamasa pendek dia.. syukur lagi sekali ke Hadrat Ilahi….dan insyallah tengah bulan nih dia mula la kerja kat sana.

    Bercakap mengenai macam mana kami manage kehidupan masa Nadiah tengah pantang kat sini… hehehheh…. Sapa yang jaga Nadiah? Sapa yang jaga baby? Sapa yang uruskan hal-hal kat rumah? Jawapannya…kami berdua je… Mak aku nak datang…tapi tak boleh stay lama sebab adik aku still sekolah…. so aku cakap..better tungguImg_8803  dulu.. tggu adik aku cuti sekolah nanti… lama sikit boleh stay.. Kami akan OK.. insyalllah we’ll manage….. banyak support kat sini aku cakap… Mmg susah beb… dah la anak first… nasib baik aku jenis membaca jugak pasal nak nak jaga baby nih dan ramai gak member-member kat sini yang aku boleh mintak pendapat… Mesti best member-member aku yang bersalin kat KL… mak bapak sedara mara ramai.. semua bleh amik turn jaga… huhuhu… pengalaman beb… Img_8792 pengalaman…. hasilnya… aku lagi hebat salin diapers dari Nadiah sekarang nih.. hehehhehe…..anak kami pun alhamdulillah takde sebarang masalah setakat nih dan dia nih pulak kami dah train dia supaya tidur time malam… amik masa seminggu jugak nak ajar dia tidur time malam… dan sekarang nih.. dalam pukul 10 atau 11…sure dia akan tidur…Img_8827  lepas tuh pukul 4 macam tuh baru bangun nangis nak susu.. dapat la tidur lama gak time malam.. Seronok tengok dia membesar… Syukur keHadrat Ilahi atas kurniaan ini….

     Berbalik kepada cerita travel haritu…. Member aku yang ikut Img_8873 sekali travel haritu… Herman dah balik ke Malaysia for good… 10 tahun gak dia stay sini…sejak umur dia 20…. dah tiba masa nak balik ke Malaysia cari keje lain dia kata…. Dalam perjalanan ke Daytona Beach….. nampak plak signboard Kennedy Space Center… terus kami melencong ke sana… kalau ikut time memang dah tutup dah tempat ni…tapi nak singgah gak… nak tengok la apa ada kat sana…Florida2008_223  Kat tempat nih… dia macam devide jadi dua section… satu banggunan dia buat macam muzium tentang NASA dan satu lagi section ialah control center untuk launch roket.. tapi kalau nak ke bahagian lagi satu nih kene naik bas….. kami just jalan2 area muzium NASA nih je la… tangkap-tangkap gambar sikit pastu terus chow ke Daytona Beach…. Pastinya aku akan repeat balik tempat nih sebab aku memang minat hal-hal angkasa lepas nih. Buat pengetahuan korang semua… aku sebenarnya adalah salah seorang calon angkasawan Florida2008_228 Malaysia yang terpilih masa diorang buat random selection dulu… tapi ada hal yang berlaku pada pagi hari ujian pertama pemilihan angkawan membuatkan aku terpaksa skip hari tuh…. physically and mentally memang dah 100% ready untuk hari tuh.. tapi Allah Maha berkuasa… Dia yang menentukan segalanya…aku hanya akur pada takdir.

     Kalau korang tengok gambar-gambar yang aku post dekat sini… semua gambar-gambar dari Kennedy Space Center menuju ke Daytona Beach dan gambar di Jacksonville Florida…tempat kami Img_8840tido pada hari tuh… Tujuan kami ke Daytona Beach sebab aku nak tengok kawasan trek perlumbaan NASCAR. Daytona Beach nih selalunya memang penuh masa hujung minggu dan masa cuti semester… tapi masa kami pergi kawasn nih lengang sebab hari biasa kan… OK la… hingga jumpa lagi.. wassalam…

Syukur.

June 23rd, 2008 by hiekal

June 23, 2008                                                      6.10pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua….

Pb140084 Pertama sekali aku nak bagitau yang Nadiah dah selamat melahirkan anak pertama kami pada tanggal 13 June 2008(Jumaat) pada jam 3.44 petang waktu sini di Yale Hospital, New Haven Connecticut… kalau time Malaysia tuh 3.44 pagi. Syukur ke hadrat ilahi…semuanya berjalan dengan selamat dan lancar tanpa sebarang masalah. Ribuan terima kasih diatas doa-doa dan ucapan kalian semua. Terima kasih sekali lagi.

Mix_189 Berbalik pada cerita aku travel harituh…Kitorang sebenarnya tidur dekat Tampa sebelum ke Miami…Perjalanan dari Tampa ke Miami Beach mengambil masa 4 jam setengah…godek-godek GPS untuk setkan perjalanan…kami pun ikut je apa yang GPS tuh cakap… dan dalam pukul 3 macam tuh kami sampai Miami Beach. Masa kami lalu downtown Miami tuh pemandangan macam lebih kurang bandar Boston je…tapi bila time korang satu jambatan dari Miami nak ke Mix_208 Miami Beach…. Baru aku sebab apa Miami Beach begitu terkenal … Memang cantik kawasan nih… dan kalau korang tengok rumah-rumah diorang kat sini… pergh….memang cun… hal kereta jangan nak cerita la… BMW M6 dah macam kereta honda dekat KL dah.. punya banyak… dengan masing-masing ada bot sendiri kat belakang rumah… kat sini jugak la first time aku jumpa Lamboghini punya showroom….Ramai orang kaya la tuh maknanya… hehhehe…. Dah Img_8595 dekat kawasan pantai..korang dapat tengok sederet hotel kat sepanjang pantai tuh…. aku jalan dari South Beach sampai la ke North Beach…. dan seperti yang semua orang tau South Beach memang paling popular la kat sini… selain dari pantai yang cantik.. banyak la kelab-kelab malam kat kawasan ni dan memang senang korang nak jumpa celebriti-celebriti gi party kat sini pada waktu-waktu tertentu seperti New Year Party dan sebagainya….

Kitorang stay kat Casablanca Hotel haritu…hotel nih kat tengah antara South Beach and North Beach…. malas nak stay kat South Beach sebab busy sangat kat area tuh. Lepas kitorang check in je..terus kitorang ke Haulover Beach….mandi laut la apa lagi… lama gak aku tak mandi laut… walaupun rumah aku dekat ngan laut… tak terasa plak nak mandi kat sana… hehhhehe…. Masa kitorang pergi Img_8658 nih bukan waktu Peak Season… so mostly harga hotel mmg paling murah kitorang dapat… dan pantai kat sini…. LENGANG….. hahahahaha….  tak macam tengok kat Travel Chanel…. dalam TV nampak penuh giler pantai nih… sampai-sampai sini… sapa pon tarak….. huhuhuhuh…. dah mandi semua… kami balik ke hotel… nasib baik kat hotel yang kami duduk nih dia ada dapur sekali … bleh la kami masak kat dalam tuh.. save duit sikit dari makan kat luar. Dah malam Img_8704 sikit… kami saja je keluar nak tengaok Night Life dekat South Beach…..dan yes….memang happening giler tempat nih waktu malam… dah macam perta dah… padahal bukan weekend pon… kalau weekend macam mana la plak rupa tempat nih… dah habis pusing-pusing kat area tuh.. kami balik rehat. Nak prepare badan untuk perjalanan seterusnya plak iaitu ke Daytona Beach.

Keesokannya…lepas check out…. kami terus shoot ke Downtown Miami….tempat nih tak bape busy…ala-ala macam Boston la bagi aku… town yang relax…..dah habis cruising the whole town.. kami stop dekat Bayside Mall… salah satu shopping complex kat sini… mall nih tepi laut… cun gak la tempat nih… aku nak explain pon tak bape reti….. korang usyar je la gambar-gambar yang ada. Lepas je makan…kami terus kan perjalanan ke Daytona Beach dan buat pertama kali hujan turun dalam trip kali ini… hujan lebat masa kami nak keluar dari Miami……

Roomsaver Sini aku nak bagi tip bagi sapa-sapa yang nak wat roadtrip… tip nih mengenai hotel… kalau korang nak dapat offer untuk bilik hotel… masa korang travel kat highway tuh… korang stop kat rest area dan ambil buku roomsaver..buku tuh kaler hijau… buku nih berbeza setiap state.. lain state korang masuk.. lain offer dia… kebanyakan harga-harga bilik dalam roomsaver nih lagi murah dari offer dalam internet. Tip nih orang yang bagi kat aku… aku pas la kat korang dan memang harga lagi murah dari internet..aku dah compare…

Ok la…kita sambung lagi nanti….wassalam…

6.59pm

Kemana Menghilang?

May 15th, 2008 by hiekal

May 15, 2008                                                 11.15am

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Florida2008_349Kali terakhir aku update blog aku masa hujung bulan Florida2008_366 January lepas… dah dekat 4 bulan aku senyap macam tuh je… banyak gak email aku dapat tanyakan sebab apa aku takde update apa-apa… sebab utama bukannya aku malas nak tulis dah…. tapi sebab aku takde benda nak cerita… kalau sapa-sapa yang ikut cerita ku nih.. korang tau kan apa yang bleh buat masa winter…. tak kemana beb…. unless kalau banyak duit…boleh la travel mana-mana…aku cuma sempat gi main snowboard 2 kali je masa winter lepas… masa yang lainnya aku cuma stay rumah and kerja je la…

Sebelum aku melalut lebih panjang… Aku dan Nadiah alhamdulillah sihat… Nadiah pun dah 8 bulan sekarang…. tengah mengira hari la kami sekarang… Harap korang semua doakan agar semua akan berjalan lancar…

Florida2008_431 Sebenarnya kami baru balik dari roadtrip kira-kira 2 minggu lepas.. kali nih kami pergi area-area downsouth macam Florida, North Carolina, South Carolina dan DC….. trip kali nih ambil masa dekat 12 hari… Alasan kami buat trip nih sebab adik Nadiah datang visit kitorang… adik Nadiah nama Sabil tapi kitorang panggil boy je… Hari kedua boy sampai kami Florida2008_793 terus ke Disneyworld,Orlando di Florida…member tak sempat habis jetlag lagi… hehehhe…sian dia… sebab kitorang taknak buang masa kerana Nadiah dah 7 bulan mengandung masa tuh.. dan kitorang dah buat check up doktor sebelum buat trip nih dan doktor cakap nadiah memang fit untuk trip nih… maybe sebab selalu buat fitness dekat gym masa awal-awal mengandung dulu kot…

Img_8124 Perjalanan dari West Haven ke Orlando mengambil masa 26jam… sehari lebih kami drive…. tukar-tukar driver dan alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya… sampai-sampai sana dalam pukul 10 pagi kami terus ke Disneyworld…. tak pergi hotel dulu pon…citer kat orang semua cakap kami buat kerja gila…. Sebabnya ialah malam hari kami sampai tuh.. dekat Magic Kingdom, Disneyworld ada special event… iaitu pertunjukan bunga api…. daripada review orang semua cakap memang gempak.. sebab tuh hari tuh jugak kami masuk Disneyworld (event nih hanya ada pada hari Khamis dan Ahad sahaja)

Disneyworld nih memang besar…. Percaya atau tidak… korang Florida2008_964perlukan sekurang-kurangnya satu minggu untuk habiskan satu disneyworld… Dalam Disneyworld ada 6 taman yang bebeza tema.. dan untuk trip kalini kami hanya sempat habiskan 2 park sahaja iaitu Magic Kingdom dan Epcot. Kami juga sempat ke Universal studio disini…. Tips bagi mereka yang akan kesini.. Jangan beli tiket di pintu masuk… korang dapat save banyak duit kalau beli dekat kedai cenderamata di bandar Kissimee…. kira-kira 5 batu dari disneyworld.

Img_8234 3 hari kami spend masa dekat Orlando dan selepas tu kami singgah sebentar di Tampa dan Clearwater sebelum terus ke Miami Beach. takde benda sangat dekat Tampa, kitorang just tangkap-tangkap gambar dan terus ke Clearwater. Laut disini memang cantik .Bagi sapa-sapa yang nak travel area2 sini.. korang patut jadikan Clearwater sebagai salah satu checkpoint korang…..

Aku sambung lagi nanti… nak siap gi kerja dah nih… wassalam..Img_8316

12.06pm

Seharian di Stowe, Vermont.

January 30th, 2008 by hiekal

Jan 31, 2008                                                12.55am

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua

Phone_061 Ahad lepas (Jan 20, 2008) patutnya aku kena tolong Abang Sham untuk setelkan hal kereta dia tapi disebabkan dia tak berapa sihat, hari Isnin la dia kata… Jam dah pukul 10.30 pagi waktu tuh… sengal gak takde buat apa-apa harini… Cuti semester Nadiah plak tinggal seminggu lagi…. Tengah dok belek-belek yahoo travel…. tergerak hati nak ke Vermont… state yang paling terkenal untuk main ski… so kitorang cari la area mana yang the best kat Vermont dan kami dapati Stowe adalah kawasan yang tercantik di Vermont. Packing barang… check minyak hitam….nasib baru lepas service kereta 2 hari lepas… terus jalan… perjalanan kali ini mengambil masa 4 jam 15 minit.. ini menurut alat GPS yang kami pakai.. trip kali ini kami Phone_060 dah tak pakai map dah… pakai GPS lagi senang…  minggu nih mmg agak busy kalau di kawasan-kawasan peranginan macam kat Vermont… ini disebabkan cuti Martin Luther King Day…. dan kemungkinan besar kami tak dapat bilik hotel mmg amat tinggi.. tapi redah kan aja sebab Nadiah pon dah nak start kelas… saja la nak bawak dia jalan2 sebelum kelas start…

Tepat pukul 12 tengahari kami memulakan perjalanan….. Nak kata nak gi main ski….memang bukan la sebab Nadiah dah 5 bulan mengandung… tinggal aku sorang-sorang…hehhehe… next time la jawabnya… Motif utama trip kali nih…. saja jalan-jalan makan angin…release stress…. asyik kerja je sekarang… kene la rest…lagipon kat West Haven lama tak dapat snow…kali terakhir kawasan nih dapat snow yang banyak masa pertengahan Disember tahun lepas… tuh je la… Alhamdulillah sepanjang perjalanan dari West Haven ke Stowe….Cuaca mmg clear…dan kami selamat Info2 sampai di Stowe kira-kira pukul 5.30 petang… lambat sikit sampai sebab kami berhenti di Amherst nak setelkan beberapa pekara kat sana. Masa kami sampai… dah gelap dah …tak nampak kawasan sekeliling… musim winter nih memang waktu siang jadi pendek… semayang Maghrib pun dalam pukul 5 petang.

Dugaan kami memang tepat… hampir semua hotel sudah habis kene booking dan dekat 30 minit kami pusing dia bandar Stowe nih.. akhirnya dapat juga kami bilik di Stowe Inn… nih pon sebab orang yang booking bilik nih dia cancel last-last minit… Alhamdulilah… dah rezeki gamaknya… dah setel punggah barang dan mandi… kami pon keluar cari tempat nak makan… walaupun dah malam… tapi kawasan ini agak meriah dan ceria… ini disebabkan banggunan-banggunan lama yang masih lagi dalam keadaan baik dan keadaan sekeliling serta corak banggunan yang seolah-seolah mempunyai tema tersendiri untuk bandar ini. Setel makan..kami pun balik kebilik… terus tidor… letih sangat drive tadi… dah lama aku tak drive sampai 5 jam… dah la sejuk gile masa tuh.. iaitu kira-kira 1 Fahrenheit bersamaan dengan -17 celcius… suhu macam nih mmg buat badan cepat letih…

Di bandar Stowe ini terletaknya puncak yang paling tinggi di Vermont iaitu Mount Mansfield dan juga 10 minit dari Stowe… terletaknya Kilang Ben & Jerry…. satu jenama aiskrim berasal dari sini yang diantara terkenal di dunia. Kedua-dua tempat ini merupakan tempat yang akan kami lawati pada keesokannya… dan pada masa yang sama… disini juga terkenal dengan hasil maple syrup.

Keesokannya kira-kira pukul 9 pagi… kami bertolak ke Mount Mansfield iaitu kira-kita 10 minit hari hotel kami… perjalanan kesana memang mendamaikan….. ladang-ladang  serta keunikan seni pembinaan disini memang mengasyikkan…. dan setelah tiba disana.. kami dapati kawasan parking kereta dah separuh penuh… orang dah mula memasuki kawasan ini untuk main ski serta snowboard….  dan memang betul seperti yang diterangkan dalam yahoo travel… kawasan nih memang cantik dan memang sesuai untuk luangkan masa bersama keluarga atau sahabat…. hampir sejam setengah kami habiskan masa kat sini dan selepas tuh kami terus ke Ben & Jerry… nak tengok sendiri macam mereka buat aiskrim jenama nih.

Daripada carta mengenai sejarah Ben& Jerry nih… syarikat ini bermula dari 2 orang sahabat sekolah yang dah kantoi belajar… hehehe… mereka berdua ambil keputusan untuk amik kelas membuat ais krim dan memulakan perniagaan sendiri…. bermula dengan kedai kecil di stesyen minyak pada tahun 1977….. hingga lah berjaya menembus pasaran seluruh dunia….antara faktor yang membuatkan aiskrim nih berjaya ialah rasanya yang unik… berbeza dari pengeluar-pengeluar aiskrim yang lain… Dan setel tour dalam kilang nih… kami pun balik…..

Diharap story aku kali ini dapat bagi tips bagi mereka yang merancang nak gi vacation kat Vermont….. kalau korang nak tanya apa-apa lagi tentang trip aku kali nih… jangan segan jangan malu… sila la emailll insyaallah aku akan reply…. Ok la.. hingga jumpa lagi… Wassalam….

2.14am

Berat Sama Dipikul

December 27th, 2007 by hiekal

Dec 28, 2007                                                          1.28am

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

  Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk aku citer pengalaman aku kat sini lagi…. tapi sebelum mungkin masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga Muslim yang menyambutnya dan Selamat menyambut kedatangan tahun 2008…semoga tahun 2008 akan membawa seribu kabahagiaan dalam hidup kita semua…Amin….

  Alhamdulillah…. semakin lama semakin OK life kitorang kat sini…aku dan Nadiah pon dah pindah ke apartment yang besar sikit.. selesa la sikit kali ni…ada bilik yang proper…ruang tamu semua… pelan-pelan kayuh la bak kata orang…  dan pada masa yang sama… Boy pon duk sekali dengan kami… dia pun sama-sama bayar sewa rumah kali nih…So..ok la sikit nak bayar bulan-bulan sekarang nih… nak pulak musim winter nih… bil gas memang melonjak naik sebab pakai heater setiap masa… Kalau masa summer dulu bil gas dalam 20-30 dolar je sebulan… tapi masa winter, bil gas boleh cecah hampir 7-8 kali ganda… tuh pon dah kontrol termostat punya pasal… kalau jenis yang baru sampai… belasah sampai kasi suam bilik… menjawab la nak bayar…. hehhehe….  Tapi ok la.. dulu kami berdua kongsi-kongsi bayar bil semua.. kali nih dah bertiga… dan perjuangan kami disini dari berdua dah menjadi bertiga…..

  Cakap mengenai kerja… Boy dah mula jaga bahagian grill dekat restoren Bentara dan sikit masa lagi dia akan masuk bahagian dapur utama… tuh pon kene tunggu di ‘train’ oleh Abang Kush… bukan nak kata Boy tak boleh masak.. cuma dia kene  la masak ikut resepi restoren nih… takut regular customer makan rasa lain plak nanti…  Manakala cakap mengenai aku plak….. Aku dah start kerja sebagai Massage Therapist kat satu spa di sini…. tapi aku kerja sana 3 hari seminggu je dulu…. Kerja urut nih macam jual makanan jugak… nak build nama kat sini amik masa… kalau tangan aku nih kene nga taste diorang… ok la… dan dah dekat 2 minggu aku buat kerja nih dan Alhamdulillah feedback yang aku dapat dari client aku memberansangkan…. cuma kene sabar dan fokus dengan kerja je kali ini… Once kalau dah ramai yang mula nak repeat suruh aku urut… baru la aku nak buat full time… Harap korang semua doakan la aku berjaya kat sini….

  Ahad lepas (Dec 23, 2007) aku bersama 2 orang member satu tempat kerja kat Mobil pergi ke Boston….. Kitorang bertolak pukul 7 pagi dan sampai dalam pukul 9.40 pagi…. Suasana yang cukup berbeza di bandingkan pertama kali aku bersama family aku pergi dulu… masa aku pergi dulu… jalanraya memang agak sesak dan kawasan pelabuhan berhampiran New England Aquarium memang ramai pelancong masa dulu… tapi kali ni..lengang……. Aku terus park kereta dekat tempat yang sama aku park masa datang ngan family aku dulu dan terus jalan ke kawasan Quincy Market…… Ada la jugak pelancong kat sini…tapi tak la busy macam dulu… kiosk-kiosk kecik kat luar Quincy Market pon takde…. cuma yang bezanya..ada pokok krismas besar kat tengah-tengah jalan nak masuk ke kawasan nih….. Gambar-gambar dalam posting kali nih mostly aku amik masa daytrip kali nih…

Inilah kali pertama aku amik masa hampir 2 minggu nak abiskan update blog aku… mana taknya… masa aku start 28 Dec lepas… aku stop separuh jalan sebab aku dah ngantuk giler..pastu terus dok sibuk sampai takde masa aku nak siapkan….sampai la ke harini…. inipon aku gagahkan jugak nak siapkan… Lepas new year haritu takde apa-apa yang menarik berlaku… kitorang pon dah takde kemana lepas tuh.. lepak umah… ngan kerja je… nak kene kumpul duit sikit… Insyaallah kalau takde apa-apa masalah… kami akan balik kejap ke Malaysia dalam bulan 3 nih…. so kene la kumpul duit nak bayar tiket kapal terbang…… Ok la …hingga jumpa lagi… Wassalam….

Jan 11 2008                  2.14am

Perubahan Haluan Dalam Perjalanan

November 28th, 2007 by hiekal

November 28 2007                                                         5.17 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera….. Hampir 2 bulan kami menyepi kali ini… banyak betul email2 yang bertanya kenapa aku mendiam diri…. Sebenarnya bukan aku dah berhenti menulis…. tapi sejak 2 bulan lepas banyak kejadian yang berlaku dan ada beberapa perkara yang berlaku dalam 2 bulan lepas telah mengubah haluan perjalanan yang kami rancang selama ini dan perubahan kali ini bukan sahaja berkaitan dengan perancangan kami disini…tetapi perubahan kali ini akan mengubah kehidupan aku dan Nadiah pada masa akan datang dan perubahan kali ini membuatkan aku betul-betul busy  hinggakan aku dan Nadiah balik kerumah hanya untuk tidur…. dan bila cuti pulak… aku takde mood nak tulis sebab badan terlalu letih…. Mana tak busy… aku sekarang buat 3 kerja manakala Nadiah terpaksa buat 2 kerja dan sebab utama kami perlu kerja lebih nih ialah kerana ExxonMobil akan ubah polisi dalam sponsor pekerja dia dalam pendidikan pada tahun 2008. ExxonMobil USA hanya akan buat reimburstment kepada mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bahagian program yang berkaitan business sahaja. Manakala Nadiah pula ambil pendidikan….So terpaksa la kami kerja lebih untuk yuran semester terakhir Nadiah pada tahun hadapan. Kos pelajaran Nadiah adalah salah satu sebab utama kami terpaksa kerja lebih dan satu lagi sebab utama yang membuatkan kami terpaksa cari duit lebih nih Img_6037 ialah kerana pada bulan lepas kami ke Hospital Yale untuk buat medical check up sebab Nadiah asyik muntah-muntah masa pagi… Jeng…jeng..jeng… Korang mesti tau apa jadi kan???… dan memang benar tanggapan anda semua…. dan Alhamdulillah…syukur kepada Yang Maha Esa…. Nadiah rupa-rupanya dah sebulan lebih mengandung….. Kids dan bermula pada hari tu….aku terpaksa limitkan kerja Nadiah sebab tak nak bagi dia stress…. dah la nak kene buat assignment…..pergi kelas…kerja lagi… mana larat beb… Biar aku je yang kerja lebih…selagi larat badan nih…kerja je la beb… dan nasib baik aku tak start kelas lagi… kalau tak..lagi la pening…

Kerajaan Amerika ataupun state Connecticut khususnya memang menjaga kebajikan bagi mereka yang disahkan mengandung ni… Dalam kes kami disini, Insuran pelajar Nadiah akan membayar sepenuhnya kos dari disahkan mengandung hinggalah bersalin nanti Insyaallah….. itu bagi mereka yang ada insuran dan bukan semua insuran akan membayar 100% kos semasa mengandung hingga bersalin nanti. Bagi mereka yang tiada insuran atau yang kurang mampu, Connecticut ada program khas bagi mereka yang kurang berkemampuan, program ini dipanggil "Project Mothercare". Program ini bukan sahaja untuk warganegara Amerika tetapi bagi semua penduduk yang menetap di sini. Bagi mereka yang mengikut program ini, mereka akan diberi perkhidmatan perubatan semasa mengandung hingga bersalin tanpa perlu membayar satu sen pun. Bukan itu sahaja, mereka akan satu jumlah wang setiap bulan samada dalam bentuk duit atau kupon untuk membeli bahan-bahan keperluan asas seperti susu, cereal dan telur untuk para-para bakal ibu bagi menjamin mereka mendapat zat makanan yang diperlukan ketika mangandung.

Sibuk aku dok cerita hal-hal lain… sekarang nih aku nak cerita plak Raya benda-benda yang berlaku masa raya haritu…. Nih la tahun pertama aku beraya kat West Haven…. dan serius aku cakap… hampir sama beraya masa kat KL… open house tiap-tiap minggu…. makan, makan dan makan… tuh je la kerja kitorang masa raya lepas… Satay, rendang, ketupat… korang cakap je.. semua ada… Memang meriah suasana beraya kat sini.. tak la macam tahun lepas.. kitorang punya raya tahun lepas… memang suram….bosan…dan kalau ingat balik.. memang sedih beb…. dah la sunyi… takde member plak… Allah sahaja yang tahu masa tuh… dan Allah Maha Besar dan Pemurah… berkat kesabaran dan ketabahan kami.. tahun nih dapat kami sambut raya dengan keluarga baru… Syukur Alhamdulillah…. Dan pada Makan minggu terakhir raya tahun ni, Komuniti Melayu West Haven membuat sambutan Hari Raya disini.  Acara ini dibuat di Savin Rock Conference Center, West Haven. Ramai jemputan yang hadir terutama dari kedutaan Malaysia dan mereka yang kerja dan menetap disini serta pelajar-pelajar Malaysia. Memang meriah masa tuh… Ada acara Marhaban, pertunjukan fesyen kanak-kanak, karaoke dan acara yang paling utama ialah acara MAKAN!!!!…

Hingga jumpa lagi……Wassalam

6.30pm

Ramadhan dan 2500 miles Trip Bahagian 4

October 1st, 2007 by hiekal

May 1st, 2007                                                       5.56 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…. Makin lama aku kat sini…makin takde masa aku nak update blog aku sendiri… Kerja pun dah dua tempat sekarang… Nadiah pulak dah start kelas… hari Ahad je la hari yang betul2 aku dan Nadiah tak kerja… Aku pun dah tak kerja malam sekarang… semua dah di transfer ke shift siang. Alhamdulillah kehidupan disini makin lama makin ok…. cuma kadang2 kereta wat hal… belanja lebih sikit la minggu tuh.. tapi minggu depan dah ok baik sebab gaji sini every week dapat…

Sedar tak sedar…tahun nih masuk la tahun kedua kami berpuasa dan akan menyambut hari raya di perantauan…… dan kalau korang nak tau… aku tak dengar lagu raya lagu sampai harini…. bukan takde masa nak dengar… cuma aku je yang malas nak dengar…. Touching giler beb…. aku plak memang jenis yang rapat ngan family aku… Rindu aku nak peluk salam mak bapak aku masa raya… rindu nak makan ketupat palas nenek aku buat….rindu nak berkumpul ramai-ramai masa raya…….nampak gaya aku beraya ngan family aku tahun ni melalui webcam je la macam tahun lepas…..Nasib baik aku baru jumpa mak bapak aku bulan May lepas…so tak la rasa rindu sangat walaupun sememangnya memang terasa giler-giler ni… Allah je la yang tahu… Member aku Boy yang dok sini dekat 6 bulan pon dah nak balik KL minggu depan… syok betul dia dapat balik raya… Life dia pon kat sini alhamdulillah….dah ramai orang kenal dia sebab masakan dia… bukan sahaja dikalangan orang-orang Malaysia.. tapi dikalangan masyarakat tempatan terutama di kawasan hospital Yale… tak tau la macam mana keadaan regular customer dia nanti bila member aku ni balik Malaysia… Tak tau la samada Boy datang balik ke tak?…Tengok mana offer lagi menarik dia dapat nanti dia cakap… kalau kat sini lagi ok… datang balik la dia jawabnya…. hehheheh….  Dalam sebulan lepas aku update haritu… takde benda-benda menarik yang berlaku kecuali seorang sahabat kami iaitu Abang Utama dan isterinya Kak Destri telah selamat dapat anak perempuan 2 minggu lepas.

2500 Miles Trip… Bahagian 4

Holidaytrip20071036 Perjalanan kali ini memakan masa antara 10 ke 11 jam dari Boston menuju ke Niagara Fall. Dalam perjalanan ni kami berhenti 2 kali iaitu di Albany dan Syracuse…. tetapi takde rezeki untuk kami berjalan2 kerana hujan lebat masa kami sampai di Albany dan keadaan kurang menyenangkan ketika kami tiba di Syracuse membuatkan kami meneruskan perjalanan tanpa berhenti di situ. Walaupun perjalanan begitu lama tetapi tak begitu terasa sangat sebab dok perhati kiri kanan…ye lar..tempat orang… dan pemandangan menarik sepanjang perjalanan…. Dan Alhamdulillah kami selamat sampai kat Niagara Fall. Lepas check in… semua orang terbaring la…yang drive letih drive..yang duduk plak letih duduk. Niagara Fall ni terbahagia kepada dua… iaitu separuh milik America dan separuh lagi milik Canada. Bagi mereka yang ada rancangan nak datang kesini aku nasihatkan sila bercuti ke bahagian Canada sebab bahagian Canada lagi happening, banyak tempat-tempat serta banggunan yang manarik dan pemandangan ke arah air terjun Niagara Fall lebih cantik berbanding America. Aku tak tau sebenarnya dan sampai sini baru tau….huhuhuh…. tapi bagi family ok la..enjoy jugak kiotrang kat sini. Kalau aku tau memang bawak pasport la…tapi kita hanya merancang. hehehhe….

Keesokannya bila semua orang dah fully recharged, pagi-pagi la kitorang dah ke kawasan Niagara Fall nih… Sampai je kat sana… Nauzubillah… dapat kita lihat betapa indahnya kawasan ni, betapa besarnya kuasa Ilahi dan betapa kerdilnya diri kita dibandingkan dengan kuasaNya….. Tak guna aku explain..korang tengok je la gambar-gambar dalam blog kalo ni… dan korang perhatikan la sekali kawasan-kawasan di sebalik air terjun tuh…yang mana nampak meriah je tuh…tuh la kawasan Canada….. kat bahagian America nih macam taman je… Kat sini juga ada galeri yang menceritakan sejarah Niagara Fall nih… macam-macam cerita korang boleh tau… siap ada cerita orang pernah jatuh dari Niaga Fall nih dah selamat pon ada….

Dan habis pusing-pusing kawasan air terjun nih…. kitorang terus ke Maid Of The Mist(MOTM)…MOTM nih kitorang akan naik bot dan pergi betul-betul depan air terjun..kira mengadap Niagara Fall la…tengok air tuh jatuh dari atas…. kene turun tower untuk ke bahagian bawah air terjun…. ramai jugak pelancong masa nih… dan yang pasti orang Malaysia juga ramai melancong disini sebab tukang jaga lif tuh tau cakap melayu sikit2…terkejut jugak aku pak itam boleh cakap melayu… hehhehe…. dan turun tower diorang bagi baju hujan untuk pakai… kalau tak pakai basah diorang cakap.. aku budget basah sikit2 je la… dan pakai baju hujan semua..beratur la tunggu giliran naik bot nak ke arah Niagara Fall…. Sejuk gak la time nih dalam 14 darjah celcius… nak pulak kene air nanti…sure beku nyer….hehehhe……

Masa naik bot nak ke arah Niaga Fall nih… aku nak story pon tak tau macam mana… mau taknya…nak kene lawan arus untuk kesana… dan lepas tuh bot tuh berhenti kira-kira 500 meter dari air tuh jatuh…dari bot tuh korang dapat tengok macam tembok besar depan korang… angin memang kuat masa tuh…. dan tujuan utama baju hujan nih ialah untuk taknak kasi kami basah… tempias air terjun nih je dah macam hujan lebat masa musim tengkujuh….hehhehe…. patutla diorang bagi baju hujan… hehehh….Kalau korang pergi ke Niaga Falls nih…..  Maid Of The Mist is a must!!! dah habis tour nih  kitorang balik makan….  masa on da way balik hotel… nampak kedai jual kebab… kebab halal… terus kami serbu kesana…hehehhe… sedap gak… tak tau la sedap atau aku yang lapar….

Lepas makan kitorang terus ke bandar Buffolo…. bandar nih besar….cuma tak berapa teratur… dan tak kene ngan jiwa aku la.. cam tak best kat sini walaupun besar… mungkin sebab bandar nih bandar tua..so pembanggunan dan sistem dia bercampur dengan yang lama dan moden… aku just berhenti dekat HSBC arena dan terus balik ke hotel sebab nak rest.. esok kami nak ke Pennslyvania…State Of Independence….

Hingga jumpa lagi…wassalam….

8.19pm

Setahun Sudah Berlalu

September 6th, 2007 by hiekal

Sept 06 2007                                                11.23pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua….

Pejam celik pejam celik dah setahun (Setahun 3 hari dengan lebih tepat) aku kat bumi America nih… Dalam setahun nih macam-macam aku dan Nadiah pelajari dan pelbagai dugaan dah kami tempuhi… dan Alhamdulillah syukur kepada Ilahi..kami still kuat dalam mengharungi perjalanan disini… Semua ini berkat kesabaran dan ketabahan serta doa dan restu dari keluarga, rakan-rakan dan anda semua yang menambahkan lagi semangat untuk kami teruskan kehidupan disini… Terima kasih banyak-banyak kepada semua pembaca yang memberikan komen-komen yang membina dan email-email yang tak putus-putus memberi kata semangat kepada kami. Insyaallah kalau ada rezeki kita akan berjumpa satu hari nanti.

Sepatutnya minggu lepas lagi aku dah update blog nih tapi masa aku tengah sedap menaip hampir 2 muka blog haritu… boleh plak aku tetiba laptop nih buat hal… terhilang  secara tiba-tiba page aku taip masa tuh… Panas giler beb masa tuh… dah la nak dapat inspirasi dan masa free pada masa yang sama tuh susah… bleh plak buat hal… Hilang terus mood aku malam tuh… dan nasib baik harini aku ok… dan mood datang balik nak taip…

Dalam masa sebulan yang lepas…. macam-macam tempat aku dah gi… 2-3 hari lepas aku taip blog yang sebelum ni…Nadiah dapat surat dari The National Scholars honor Society (www.Magna-Cum-Laude.org) dimana dalam surat ini menjemput Nadiah untuk menjadi ahli dalam komuniti ini. Komuniti ini adalah bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik di sini. dan dalam 3 hari lepas aku taip blog yang sebelum ni… kitorang (Aku, Nadiah dan Boy) terus ke Washington DC…. nih pon sebab En Roslan dari Malaysian Student Department(MSD) jemput kami ke rumah dia…  Dah lama kami nak jumpa En Roslan…cuma takde peluang je… En. Roslan selalu hubungi kami sejak kami kat sini… bertanyakan keadaan kami disini… maklum la..datang US pakai duit sendiri nih memang tough sikit untuk memulakan kehidupan kat sini. En Roslan ada juga membawa kami berjumpa dengan beberapa orang-orang besar di MSD… dan ada diantara mereka yang juga pembaca blog aku…

Dua hari jugak aku stay kat rumah En. Roslan…. beliau sekeluarga memang layan kami dengan bagitu baik dan segala tunjuk ajar, penerangan dan nasihat yang beliau berikan membuatkan halatuju dalam perjalanan kami disini bertambah cerah. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik En Roslan sekeluarga.

Dah habis kami tour satu DC… kami terus pergi ke Virginia Beach iaitu kira-kira 4 jam dari DC… tapi motif kami bukan nak lepak kat pantai tu… tapi nak ke Chesapeake Bay Bridge Tunnel(CBBT). Ini merupakan salah satu dari keajaiban dalam dunia kejuruteraan. Kalau nak tau pasal projek CBBT nih korang boleh lawat ke laman web ni… http://www.cbbt.com/ .Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami kesini semuanya berjalan lancar… traffic pun ok..takde jem… dan kira-kira pukul 2 petang kami sampai ke Virginia Beach… Lepak sana dalam sejam sebab nak hilangkan letih… pantai nih cun and kira happening gak la dengan deretan kedai-kedai, hotel dan kedai makan… ramai jugak orang masa nih…. maybe sebab mucim cuti sekolah…. Dalam pukul 3 kami teruskan perjalanan ke West Haven dengan merentasi CBBT untuk terus ke Maryland menuju ke Delaware sebelum melintasi Philadelphia, New York dan mengakhiri perjalanan ini di West Haven Connecticut. Perjalanan dari Virgina Beach ke West haven kalau melalui laluan ini mengambil masa 10 jam. ini adalah kerana semasa melintasi Maryland, max speed semasa memandu disini ialah 50 batu sejam sahaja kerana kawasan ini kiri kanan ladang…. so takde highway…

Dalam 35 minit lepas bertolak dari Virginia Beach kami sampai di tol untuk melintasi CBBT. USD 12 aku kene tol untuk lintas jambatan ni… dan setelah aku melintas jambatan sejauh 20 batu ni baru aku tau kenapa mereka cakap projek nih merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dalam dunia kejuruteraan. korang dapat bayangkan tak kalau korang lintas kat jambatan macam jambatan Pulau Pinang pastu tetiba korang akan masuk ke dalam terowong di mana terowong tu terus menuju ke dasar laut dan naik kembali ke permukaan…. mereka terpaksa buat begini sebab nak bagi bot dan kapal dalam melintasi di tengah-tengah CBBT ni.

Ok la…nanti aku sambung lagi… mata pun dah mula berair ni… hehhe..

Wassalam.

Sept 7 2007                             1.08am

2500 Miles Trip!!!……Bahagian 3

July 31st, 2007 by hiekal

July 31, 2007                                                            12.06 am

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bulan ni merupakan bulan yang paling busy dalam hidup aku sepanjang aku dok kat US ni…..Sepanjang bulan ni pun banyak juga benda yang berlaku….Nadiah dah dapat result dia semester lepas…4 flat lagi untuk kali kedua….tuition waiver dari UMASS pun dapat diteruskan, Aku pun sekarang ni dah start niaga ngan boy kat depan Yale Hospital….tolong abang Akson & kak shila sebenarnya…, Kitorang juga dapat jemputan dari En Roslan iaitu bekas pengarah Malaysia Student Department di Washington DC (Sabtu ni kitorang pergi sana) dan benda yang agak menarik yang aku nak kongsi kat sini ialah mengenai kos perkhidmatan doktor gigi…. Gigi aku perlu ditampal sebab tampalan yang lama tercabut…so kene la repair balik…Korang nak tau berapa cas dia??…USD400 untuk tampal je beb….hehehheh…gilo kan??…pening la kejap masa tuh… masib baik kawan aku ada kenal sorang doktor gigi dari Indonesia yang kerja di Queens, New York…dia cas USD80 je…sebab serumpun… Alhamdulillah…lega rasanya… Aku dah plan nak balik KL dah sebenarnya kalo betul-betul kene bayar banyak tuh…. hehehe… better aku balik kalau kene cas macam tuh… tul tak??.. tiket plak dah mula murah sekarang ni… hehehheh.

Bercakap mengenai perniagaan aku ngan boy…. Kitorang jual nasi campur sebenarnya… 2 minggu pertama..memang slow giler… maklumla…baru lagi. Takde sapa yang kenal… makanan habis dok bagi sample je masa tuh… dan alhamdulillah… Makanan kami dapat sambutan yang mengalakkan  lepas tuh. Dari 10 orang je sehari hingga la orang beratur macam nak beli nombor ekor kat kedai kitorang sekarang. Hehhhe… Belum pun 1.30 petang makanan kami dah habis sekarang. Memang masakan kita boleh tembus pasaran Amerika kalau betul-betul goverment kita buat promotion. Benda paling laku kat sini… rendang dan satay. Paling bangga bila tengok muka customer yang frust bila kitorang cakap yang 2 benda tuh dah habis. Dah ada regular customer dah kitorang sekarang…. siap call dulu sebelum datang sebab takut habis. Berhasil promotion yang kami buat selama ni.

Pada masa yang sama..aku dah mula cari school untuk sambung belajar…. cuma aku tgh pening nak amik course mana… course mana yang menjamin masa depan yang lebih cerah dan course mana yang peluang pekerjaan lebih banyak…bukan sahaja di sini..tapi senang aku nak cari kerja "kalau" balik KL nanti…. Kami ke Washington nanti ni pon sebab nak bincang beberapa perkara berkaitan dengan pelajaran dengan En. Roslan. Kemungkinan Nadiah terpaksa berpindah ke university lain sebab ada beberapa subject yang diperlukan dalam course dia di UMASS dah tak offer kat sana… dan berharap dengan berjumpa orang-orang di Malaysian Student Department ni akan memudahkan lagi perkara ni. Itulah serba sedikit beberapa perkara yang berlaku selama ni.

Bersambung pula cerita mengenai roadtrip kitorang haritu…. Ok…. bangun pagi keesokan harinya..kami terus bertolak ke Gloucester, Massachusetts…tempat ni sebuah bandar pelabuhan yang kecil… kitorang ke sini sebab nak naik bot untuk tengok ikan paus…. kawasan ni memang famous dengan cruise untuk whale watching…. dan disebabkan jadual haritu…whale watching mula pukul 1.30 petang sahaja…dan waktu tu pukul 10.30 pagi…takkan nak tunggu 3 jam kot… So kitorang decide untuk amik cruise dekat Boston… sebab boston pon dalam sejam lebih je dari sini… Dalam perjalanan ke  Boston…kami singgah di satu tempat yang menarik bernama Salem. Tempat ni popular dengan ahli sihir…. siap ada museum dan perkampungan ahli sihir kat sini. Daripada apa yang aku baca..asal usul witch yang terbang naik penyapu tu datangnya dari tempat ni la….. Memang menarik tempat ni…nak pulak kalo korang masuk kedai cenderamata kat sini… Macam-macam barang untuk witch ni diorang jual…hehhehe….Korang memamg kene berhenti kat sini kalau datang ke Massachusetts ni.

Holidaytrip2007880 Habis berjalan kat sana kami teruskan perjalanana ke Boston dan tiba disana pada pukul 1.30 petang. Kami terus ke Boston Harbour untuk cari tiket untuk whale watching. Dan yang paling awal ialah kira-kira pukul 3 petang. Lepas beli tiket…kami terus ke Faneuil Hall Marketplace…kira-kira 2 blok dari pelabuhan. Tempat ni terdapat 5 banggunan termasuk Quincy Market yang begitu popular disini bagi sesiapa yang hendak mencari cenderamata dan makanan…. ada dekat 100 kedai makan kat sini…semua nya dalam satu barisan panjang….Kira macam  Central Market kat KL la kat sini… memang happening kat sini… macam-macam ragam orang kat sini korang boleh jumpa..ada yang buat street show…macam sarkis pon ada gak..hehehhe…. Sepanjang roadtrip ni..kerja aku dok kumpul fridge magnet je… hehheh.. asal berhenti je mana-mana.. aku cari satu. Buat kenang-kenangan….

  Dok leka berjalan….tau-tau dah pukul 2.45….apa lagi..semua rushing la ke pelabuhan untuk kejar bot. Kang melepas plak nak tengok ikan paus… Cruise ni akan mengambil masa hampir 4 jam keseluruhan.. iaitu 1 jam setengah untuk sampai ke tempat ikan paus sahaja…. lama tuh beb…. aku dah la dah lama tak naik bot… pening la gak masa tuh…nasib baik tak muntah….. nak elak muntah…aku keluar la ke dek…amik angin….sejuk giler masa tuh… dah la aku tak bawak jaket tebal….tahan je la… huuhhuhu….. Sampai je kat tempat lubuk ikan paus ni….kapten kapal bgtau suruh semua orang keluar untuk tengok  ikan…dia cakap harini agak susah nak tengok sebab cuaca agak berkabus membuatkan agak sukar nak detect kat mana ikan Holidaytrip2007966 ni….. dekat 10 minit la gak kitorang tggu sebelum ikan pertama muncul…. muncul je makhluk ni…terfikir kejap kuasa Ilahi… dan terasa diri ini begitu kerdil dibandingkan dengan saiz ikan paus itu sendiri….lagi besar dari bot ni beb… Memang leka tengok ikan paus ni… tau-tau dah dekat sejam kitorang dok perhati ikan ni… dan lepas tuh kapten kapal bgtau yang dia akan berpatah balik ke pelabuhan…. aku masuk-masuk je ke dalam kapal balik..terus tertido sebab mabuk laut…tau- tau Nadiah kejut sebab dah sampai….hehehheh….. Lepas tuh kami just jalan-jalan kawasan sekitar downtown je…Bandar Boston ni memang cantik dan bersih serta more relax jika dibandingkan dengan Manhattan yang sentiasa sibuk dan berserabut…..dah habis pusing town ni…kitorang straight ke hotel….masing-masing terus kong… letih…heheh….Kene rest beb…sebab keesokannya nak jalan jauh….iaitu ke Niagara Fall…kira-kira 11 jam dari Boston. Dalam perjalanan ni ada juga kami berhenti di tempat-tempat menarik….

Ok la…hingga jumpa lagi…wassalam

3.04 am.